Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, May 25, 2016

Arabisashit


Assalamualaikum. Hye.

Lamanya tak update blog. Mesti ramai yang rindu. Ok boleh muntah sekarang.

Sekarang ni banyak lepak twitter ja. Malas nak taip panjang2. Meroyan di twitter mudah sikit. Tak leceh macam nak tulis blog dan audiens tak ramai macam di Fb. Ya di Fb juga audiens aku tak ramai sebab siapalah aku tapi ada jugak yang dok tengok dan komen so rasa tak secure gitu.

Di twitter, aku ada folo manusia2 femes yang kata2 mereka jadi keramat oleh follower2 mereka yang ramai tu. Dalam banyak2 tu ada feminis2 dan social justice warrior (SJW baru google tadi) dan forumnis2 dan macam2 lah jugak.

Kiranya aku cuba nak explore benda lain sama la selain dari merepek pasal diri sendiri dan maki hamun team mates dota yang noob.

Enough with the intro nobody cares about. Aku nak tulis pasal forum arabisashit yang aku baca baru2 ni. Forum tu aku tak tengok pun lagi sebab tak jumpa rakaman tapi snippet2 forum tu aku dah tengok dan mostly cakap pasal bangsa melayu yang nak sangat jadi arab.

So here's my 2 cents.

Bab pakaian.

Arab punya pakaian ialah jubah, kain tutup kepala, dan kalau perempuan ada tambahan lagi purdah, niqab, burqa, dan seumpamanya.

Kita pula, sebagai bangsa melayu yang kaya dengan budaya, ada baju melayu, baju kurug, batik, pelikat, songkok, dan macam2 lagi lah.

Kalau masalah arabisashit ialah kita kemaruk nak pakai jubah, aku rasa tak adil lah. Soalan aku cuma satu. Bila sangat kita pakai jubah pun?

Dalam permasalahan kain baju, sebenarnya yang didewa2kan ialah pakaian dari barat. Sedar tak dari sekolah rendah lagi kita diajar pakai pakaian yang dinampak segak menurut barat?

Baju kemeja dengan necktie untuk pelajar lelaki terutamanya. 

Sampai besar pun macam tu juga. Asal ada majlis rasmi (lah konon) atau interview, mesti disuruh pakai begitu. Berdosa kalau selekeh. Haram mutlak. Wajib pakai baju kemeja dengan tali leher, kasut hitam bertutup. Afdal pakai blazer untuk pahala sunat. Baru professional.

Untuk orang perempuan yang melayu, dilonggarkan sikit peraturan ini. Tak wajib pakai macam perempuan barat pakai. Baju kurung pun dah kira cukup formal. Tapi mereka masih boleh meraih pahala sunat dengan memakai blazer juga.

Tapi kalau nak diikutkan, banyak juga orang perempuan yang mula berpakaian seperti barat juga. Masih atas alasan yang sama. Untuk tampil kemas dan professional. Kemeja dan seluar, pakai dengan jaket. Kasut mesti tumit tinggi. Barulah jalan bunyi keletak keletuk.

Di manakah jubah? Dekat masjid, di hari raya. Ada orang bagi pakai jubah masa acara rasmi? Aku jamin perdana menteri pun takut nak pakai sebab tak mahu dikecam tak cukup segak dan professional.

Ya. Jubah2 ni semua tak lebih sekadar fesyen semata2. Arabisashit dari sudut pakaian, dari mana datang pun aku tahu.

Bab bahasa.

Bahasa arab juga menjadi topik dalam arabisashit. Ahlan wasahlan saya ucapkan kepada anda semua. Syukran sebab sudi baca Sesedap Oren. Jazakallah kerana sudi meluangkan masa. Apa khabar? Kheir? Eh anda sakit? Syafakallah saya ucapkan. Saya doakan awak sihat seperti sediakala, biiznillah.

Ramadan dah dekat. Pasti ramai yang teruja untuk bersahur dan kenikmatan iftar. Malam akan diisi dengan solat tarawih dan aktiviti qiyam di masjid. Kemudian kita akan bersama2 menyambut kegembiraan eidul fitri selepas sebulan berpuasa.

Jangan lupa jalankan tanggungjawab zakat fitrah. 

Dapat kan tujuan aku tulis perenggan kat atas tu?

Ada sesetengah pihak menyatakan penggunaan perkataan2 arab dalam perbualan seharian sebagai suatu bentuk arabisashit juga.

Bahasa melayu merupakan bahasa yang hidup. Setiap tahun, ada ja perkataan baru diserap menjadi kosa kata. Tatabahasa juga berubah2. Aku ingat lagi masa sekolah dulu sementara nak tulis karangan dalam PMR, sempat jugak lah kena suruh sekejap2 tulis imbuhan "memper-" jika selepasnya adjektif tidak boleh diletak imbuhan "-kan" selepasnya.

Memperkasakan - salah. Memperkasa - betul.

Lepas tu tiba2 boleh pulak.

Kata penguat tak boleh lebih dari satu. Dipanggil lewah.

Saya berasa amat gembira sekali - salah.

Lepas tu tiba2 ter-, paling, dan amat boleh digabung pulak.

Dan macam2 lagi.

Satu benda yang aku ingat sampai sekarang, cikgu bahasa melayu aku cakap, "bahasa, kalau sampai suatu ketika ia terlalu sempurna, sampaikan tiada ruang untuk penambahan, maka ia akan menjadi statik dan mati, kerana dunia ini bersifat dinamik, dan akan sentiasa berubah".

Cikgu aku kata bahasa sanskrit pupus sebab ni lah. Sila tanya beliau. Aku cerita balik saja.

Jadi, apakah arabisashit ini suatu bentuk penjahanaman bahasa? Atau ia sebenarnya menjana evolusi bahasa melayu untuk menjadi lebih kaya perbendaharaannya?

Kalau nak diikutkan pun, perkataan bahasa arab yang dimelayukan tidaklah sama seperti perkataan2 baru yang dicipta anak2 muda yang tiada asalnya pun.

Kalau sembahyang disebut solat, sekurangya maksud sebenar masih merujuk kepada benda yang sama.

Cuba bandingkan perkataan2 arab tadi dengan istilah2 yang terkenal dalam kalangan anak2 muda misalnya sado, pishang, dan payung.

Bab agama (dan budaya).

Aku tak pandai nak hurai benda ni sebab kurang membaca, mungkin. Tapi pokok pangkalnya, arabisashit dalam perkara ini ialah apabila arab dipandang lebih islam berbanding yang lain.

Asal apa yang arab itu, maka ia terlebih islam berbanding apa yang lain.

Ini merangkumi semua di atas. Bahasa dan pakaian terutamanya.

Baju kurung? Baju melayu? Tak cukup islam. Kena pakai jubah baru cukup islam.

Nak pergi mana tu? Sembahyang? Tak cukup islam tu. Nak pergi solat. Ok baru cukup islam.

Malam ni nak berbuka makan apa? Apa? Berbuka? Tak cukup islam betul. Iftar lah. Baru lebih islam.

Nampak tak apa masalahnya? Sebab aku tak nampak.

Tapi disebut juga hal2 wahabi dan salafi dalam permasalahan arabisashit. Mungkin sekadar bahasa tiada masalah tetapi corak fikir dan pemahaman agama? Ok ini benda besar.

Sepertinya, kita melihat arab sebagai contoh terbaik dalam memraktikkan islam. Tetapi, negara2 arab sendiri banyak kucar-kacirnya. Antara perkara yang dibangkitkan ialah penindasan wanita dalam dunia arab.

Contohnya, wanita di negara2 tertentu tidak dibenarkan memandu dan diwajibkan berpakaian dengan cara2 tertentu.

Sebagai manusia yang hidup pada tahun 2016, yang mana hak asasi manusia ialah suatu benda yang wajib diperjuangkan, dan kebebasan ialah hak milik setiap insan, maka sebarang bentuk ideologi yang membelenggu manusia dalam apa jua bentuk wajiblah ditentang.

Jadi, kalau jubah arab tu bersifat menutup seluruh badan, maka ia perlu dilawan. Arabisashit mengongkong umat manusia. Kita mahu bebas. Tudung kepala pun penindasan. Mana ada kewajipan tutup rambut dan kepala. Semua tu arab, bukan islam.

Aku tak mahu sentuh banyak sebab aku sendiri tak cukup maklumat. Tapi, isunya sama. Arabisashit ialah ancaman kepada islam dan pengamalannya.

Persoalan.

Apa yang aku hairankan ialah, apa sebenarnya masalah dengan arabisashit ni?

Orang melayu hilang apresiasi budaya kerana takjub dengan arabkah? Atau benda ni berlaku lamaaa dulu lagi?

Sejak bila kita dah tak pakai baju melayu? Sejak trend berjubah datang, atau kita yang mengagungkan baju dari budaya lain dulu?

Dulu masa kecik2, aku suka tengok cerita pendekar2 yang ada disiarkan di Tv2 dan Tv3. Semutar Hitam tajuk ceritanya. Kalau yang perempuan tu, walaupun pakai baju kurung dengan kain batik tutup kepala, masih boleh berpencak silat tau.

Tapi sejak bila kain batik ni menjadi bahan berkemban semata2?

Kita sebenarnya hilang selera dengan budaya sendiri sebelum datang arabisashit lagi. Kita dah lama give up apa yang kita ada dengan apa yang ada di barat.

Dari segi bahasa dan pakaian, sememangnya kita mendewakan barat dari arab.

Dari segi pengamalan agama, bukankan arabisashit sebenarnya membantu kita lebih dekat dengan islam? 

Alquran diturunkan dalam bahasa arab. Nabi diutuskan dari bangsa arab. Aku tak katalah menjadi arab tu bermaksud menjadi islam. Cumanya, bukankah lebih mudah untuk mempelajari sesuatu dengan bahasanya sendiri?

Bukan kita ganti bahasa melayu dengan bahasa arab pun. Istilah2 tertentu saja. 

Sedangkan bahasa inggeris (walaupun aku sangat2 suka bahasa ini) diangkat menjadi bahasa kedua dan bertutur dengan bahasa inggeris dipandang sangat intelek. Acara rasmi wajib cakap omputeh baru nampak professional.

Pakaian arab juga tidaklah menyalahi konsep berpakaian dalam islam pun. Pakaian melayu pun dah cukup elok sebenarnya. Tapi kenapa kita takutkan arabisashit sedangkan kita menerima seadanya fesyen2 barat yang terang2an tidak menutup aurat bagi wanita, dan berlebih2an menutup aurat bagi lelaki?

Dari sudut geografi pula, apa bangang nak pakai kemeja, necktie, degan blazer? Kita warganegara Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Bawah sikit dari monsun tropika. Negara kita panas nak mampos kot. Nak jugak pakai berlapis2 siap ikat leher dengan tali. Professional konon.

Tapi boleh pulak nak suruh orang perempuan pakai tudung? Ok ini dah masuk bab feminism.

Malas nak sembang bab feminism ni satgi panjang sangat pulak.


Kesimpulan.

Orang malaysia yang berbangsa melayu terutamanya, menyerap budaya macam span. Apa saja yang ada, orang melayu akan cepat adapt dan terbiasa, seterusnya diangkat menjadi trend.

Arabisashit ialah benda yang baru kelihatan. Mungkin ia bermula sejak sekian lama tapi dalam bentuk yang tidak kelihatan seperti cara fikir atau pemahaman dan pengamalan agama islam.

Bentuk fizikal arabisashit seperti pakaian dan bahasa, aku rasa baru2 trending saja.

Tetapi, ketaatan orang melayu mengikut apa saja yang ada di barat, sepertinya wahyu baru turun. Dalam segenap aspek kita berkiblatkan barat tapi tak ada siapa nak bising pun.

Bahkan cara berpakaian dan pergaulan yang kebaratan, iaitu terlebih bebas, yang sama sekali bertentangan dengan budaya timur (dan islam) tidak diendahkan bahkan diangkat menjadi kebiasaan.

Kerosakan bahasa melayu dengan penggunaan bahasa rojak yang berlebihan, atau mengeja dengan gaya yang tidak sepatutnya, aku rasa tiada kaitan pun dengan arabisashit.

Budaya dan trend dari mana pun, menjadi kegilaan orang melayu. Contohnya K-POP dan hipster. Berapa ramai yang terjebak?

Aku di sini menyatakan pendapat, selagi mana apa yang dibawa arab itu tidaklah menyalahi syariat pun, sekadar berbeza bentuk budaya, maka tiada masalah pun.

Arabisashit yang superfisial, seperti pakaian dan bahasa, tidak menjejaskan langsung kemelayuan sesiapa.

Arabisashit yang deep, seperti pemahaman dan pengamalan agama pula, aku berlepas diri sebab tak pandai sangat.

Tapi, setakat pemahaman aku yang cetek ini, kita masih boleh menapis apa yang kita mahu ambil. Kita bukannya bangsa yang bodoh sangat pun mengkaji. Jadi sepatutnya tiada masalah.

Adakah budaya kita terancam dengan arabisashit? Pendapat aku, tidak. Kita lebih terancam dengan westernisashit. Tapi kita buat2 buta.

Berapa banyak ideologi dan fahaman2 dari barat yang datang dan menyebabkan masalah dalam pelbagai bentuk? Namun, dengan keterbukaan yang kita ada, banyak perkara baru yang kita pelajari.

Maka, aku rasakan arabisashit ini pun ada satu dua perkara yang boleh kita ambil manfaat.

Adakah arabisashit perlu diperangi demi kemaslahatan budaya melayu, sedangkan nazak budaya melayu sejak sekian lama tidak dipeduli kerana kita sibuk menyembah barat?

My point being, budaya melayu terhakis dengan pembaratan sejak sekian lama, dan arabisashit tak menjejaskan sangat pun budaya melayu bahkan masih ada persamaan2 tertentu yang bersesuaian antara keduanya.

Dipersilakan untuk tidak bersetuju. Sebarang pendapat lain boleh diberikan sekiranya ada.

Thanks for reading. Bye ;)