Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, March 29, 2016

Join The Rebel Army


Assalamualaikum. Hye.

Lama tak update blog. Banyak benda nak tulis tapi malas nak tulis sebab banyak jadi bahan repek Twitter saja. Pegilah folo @hikaru875 kalau ada masa nak dibuang.

Jadinyaaa, aku bermodalkan sebuah buku yang baru habis dibaca mahu update blog yang hidup segan mati belum waktu ni dengan sebuah book review. Teruja tak?

Aku lah sebenarnya yang teruja. Buku ni member aku yang tulis tau. Selain teruja, aku juga ada sedikit jeles gittew.

Inilah bukunya. Rebel Dengan Tuhan by Ibnuddin.

Jangan risau buku ini tidak menggugat akidah.

First of all, aku kagum la dengan kawan aku ni sebab dah mampu hasilkan buku. Power2 jugak budak sekolah aku. Ada yang jadi selebriti youtube, ada yang mengasaskan universiti terbuka, ada yang jadi pengkaji, macam2 lah.

Tinggallah aku di sini habuk pun tarak tapi bernafas lagi kira oklah tu kot.

Ok now let's talk the book.

Buku ni of course lah bukan nak ajak kita lawan tuhan ke apa. Logic sikit lah kan. Rebel Dengan Tuhan is a catchphrase, a metaphor.

Apa yang kadang2 kita rasa bila kita berhadapan dengan musibah ke, rancang sesuatu tapi tak jadi ke, kena marah ke apa? 

Perasaan tak puas hati semacam kan? Rasa nak protes kan? Rasa geramnya la haih. Kan?

That's sort of the synopsis lah.

Dari sudut content, aku rasa Ibnuddin berjaya sampaikan mesej dengan berkesanlah juga. Isu yang dimuatkan dan kisah2 pengalaman dia sebagai pelajar, ada pasal perniagaan sikit, dan yang paling penting, sebagai hamba tuhan. Gittew.

Kita sebagai manusia kan ada jatuh bangkitnya. Apa jadi pun, Ibnuddin ajak kita kembali kepada tuhan. Jangan sesekali berpaling. Biarpun kadang2 rasa nak rebel. 

Antara part yang aku suka ialah bila Ibnuddin selit cerita pasal famili dia. Pesanan2 ayah dia dan kata2 nasihat mama dia, touching jugak lah.

Chapter Menanggung Tunggu aku rasa menarik sebab cerita pasal ragam manusia yang selalu sangat kita nampak. Pasal ketepatan masa.

Buku ni best sebab cara penyampaian dia. Kira lunak lah. Penulisan Ibnuddin pun memang aku dah folo lama. Ayat dia sedap dan tak poyo sangat. Ada part yang sentap tanpa perlu tryhard untuk menyentap. 

Diselitkan juga dalil2 ringkas yang berpadanan untuk menguatkan mesej yang ingin disampaikan. Maksudnya bukan tulis kosong ikut kepala sendiri la, which is a good thing to look up to. Sebab sekarang banyak sangat orang yang menulis purely based on pendapat sendiri semata2.

Mesej2 Ibnuddin ringkas tapi mendalam pada masa yang sama. Isu yang disentuh pada aku cukup relevan dengan kebanyakan pembaca. Terdapat beberapa chapter yang terasa seperti filler tapi masih sarat dengan isi, which is nice lah.

Kompelin aku cuma satu. Design. Aku tak prefer font yang bukan berwarna hitam sebab aku rasa susah nak baca. Lagi satu, kalau nota2 dalam buku ni seragam, lagi best aku rasa. Nampak fancy sangat. 

Ok inilah sahaja review. Silalah support penulis2 tempatan especially yang tulis buku bukan bertajuk suamiku sekian sekian.

Aku nak rate pun serba salah sebab member kan hewhew biarlah rahsia.

Pergilah beli dan baca. Recommended.

Thanks for reading. Bye ;)