Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, July 6, 2016

8 Sebab Ramadan 2016 Sangat Berbeza Dari Sebelumnya. Nombor #6 Pasti Membuatkan Anda Terkesima!!!


Assalamualaikum. Hye.

Tajuk dah serupa blog cari duit dengan sensasikan benda tah apa2 demi nak dapatkan trafik. Kahkah.

Ok mulanya aku nak tulis panjang2 dengan details tapi berlaku sesuatu yang tak dijangka maka aku pendekkan jadi entry ringkas sajalah.

Saja nak rakamkan perkara2 yang berlaku sepanjang ramadan tahun ini sebab banyak sangat drama especially di twitter silalah folo @hikaru875 kahkah promote twitter sendiri.

Not in particular order tapi sort of dari awal ke akhir ramadan lah.

#1 Orlando shooting

Kes orang tembak orang. Christina Grimmie pun terlibat dan meninggal dunia. Satu benda yang mengejutkan sebab berlaku awal2 ramadan. Isu LGBT naik mendadak lepas insiden ni. Aku pun baca banyak artikel pasal LGBT melalui tweeps yang aku folo dan honestly, ada jugaklah POV baru yang aku dapat.

#2 Makan Secara Terbuka Di Bulan Puasa

Isu yang dihangatkan oleh Mrym Lee, dengan misi membanteras moral policing yang menghalang orang yang tidak wajib berpuasa daripada makan secara terbuka di siang hari. Aku rasa dia ada point tapi cara dia apply tu tak best. Benda takda masalah kalau orang yang tak puasa reti sorok2 sikit makan tu dan orang yang puasa reti bertenang tak menggelabah kalau ada orang yang tak puasa nak makan. Chill lah sikit.

#2(extra) Denda Kalau Tak Tutup Aurat

Isu hampir sama, pasal moral policing. Sebab aurat tu hal sendiri dan bukan tanggungjawab kerajaan katanya. Aku rasa pakaian tu biarlah sopan dan tutup aurat tapi kalau sampai nak paksa dan denda, aku rasa tak berapa kena. Tambahan pulak peraturan jenis target rakyat marhaen ja. Cuba denda Rosmah tu dulu baru la rakyat takut dan ikut.

#3 Hafiz Mahamad Birthday Surprise

Tak best isu ni saja letak sebab nak bagi banyak. Setakat nak suwiit2 belanja makwe. Tak realistik sebab tak semua boleh buat pun. Cuma annoying bila makwe2 mula tag pakwe masing2 sambil compare itu ini. Bosan. Tak payah nak makwe pakwe sangatlah, dik.  

#4 Difteria

Antivaxxers bebal dan bodoh jenis tak mahu belajar dan tak sudi diajar. Silalah berbangga atas pencapaian anda dalam meningkatkan jumlah pesakit difteria di Malaysia. Penyakit yang sepatutnya boleh dicegah dengan vaksin, dengan peratus keberkesanan yang tinggi.

Taapiii, nak jugak ikut kepala sendiri. Lepastu manipulate sunnah dan agama. Haih. People already died because of this stupidity that spread in the society kot tak reti2 nak ambik pengajaran lagi.

#5 Anti Grooming Law

Benda ni agak merisaukan juga. Ada orang share pasal kanak2 dah tak selamat sebab sexual predators dan grooming sedang berlegar2 di internet. Mereka akan mendekati kanak2 sampai kanak2 tu jadi selesa, lepas tu mulalah buat benda2 pelik. Mak ayah kena pantau lebih anak2 masing2 dan tak payahlah nak provide sangat smartphone. Tunggu sampai anak2 tu cerdik sikit.

#6 Anak Dara Stress Basuh Pinggan

Ini mungkin benda paling lawak dalam dunia. Bila isu basuh pinggan pun disensasikan sebagai masalah gender role dalam masyarakat. Aku rasa minah yang buat benda ni jadi isu ada hujah yang solid juga tapi tetaplah tak relevan sebab hal dalam rumah sendiri tak payah nak salahkan masyarakat sangat lah kot.

#7 Arlina Banana Nak Bunuh Diri

Entahlah nak komen apa. Ada yang kata dia nak cari perhatian. Ada yang kata dia memang betul2 bermasalah. Tapi aku lagi berat dengan, kalau sungguh ada masalah mental, takdanya nak seronok main twitter bagai. 

#8 Madinah Kena Bom

Benda paling mengejutkan. Selain Madinah, sebenarnya banyak lagi bandar lain yang kena. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Lepas tu tentu2lah islam dihentam dari semua sudut. Paling banyak kecaman keganasan tu bermula dari agama sendiri. Makin ramai pulak yang kritik isi kandungan Alquran. Tapi semua yang kritik tu macam cerdik pandai belaka takkan tak faham konteks?

***

Ok itulah saja ringkasan benda2 yang aku folo di dunia maya ini sepanjang bulan puasa. Sampai tak terfokus buat ibadah yang lebih dituntut. Semoga tuhan ampun. Hukhuk.

Rasanya banyak ja lagi tapi tak tercukupkan pulak. Jadi lah banyak ni. Google sendiri lah kalau nak yang lain2 tu. Haha.

Lepas ni dah nak exam. Dah tak boleh nak folo sangat benda2 ni semua. Puasalah sekejap lagi. 

Lepastu nampak apa terus nak respon bajet orang kisah sangat kahkahkah

Doakan aku rajin oktengsbai.

Thanks for reading. Bye ;)

1 comment: