Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, February 9, 2016

Rontua 2


Assalamualaikum. Hye.

Untuk membaca Rontua bahagian satu, sila klik sini macamlah orang nak baca sangat.

Sekarang sedang cuti winter. Banyak benda aku nak tulis sebenarnya tapi aku tangguh dan bermalas2an sampai semuanya pun tak jadi. Habuk pun tak ada.

Tambah pulak Dota ada winter compendium dengan misi2 untuk diselesaikan lagilah haram aku nak buat benda2 yang berfaedah. 

Tapi ini aku tulis sebab aku rasa macam sudden realization lah, sort of.

Entry kat atas tu aku tulis dalam round Geriatrics. Masa tu aku ada la tertanya2 dalam kepala kenapa soalan cases pasal orang tua ni selalu sangat ada kaitan dengan jatuh (dalam tandas, dekat dapur, jatuh tangga, dan sebagainya) lepas tu ada tulang patah.

Fragile sungguh.

Memanglah osteoporosis. Belajar ja tapi tak boleh nak imagine terjatuh pun boleh patah tulang.

Sampailah tadi malam. Segala2nya berubah sekelip mata. Ok actually beberapa kelip jugak lah.

Nak ceritanya, aku jatuh dalam bilik ayaq tadi. Sebelum ni pernah ja jatuh tapi sempat tahan dengan tangan, atau jatuh landing lawa tak sakit apa. Lagi selalu macam nak jatuh tapi sempat rebalance diri sendiri dan tak jatuh pun.

Tapi tadi... tadi... aku jatuh buntut dulu. Tangan tak sempat nak hadang. Selalu jatuh nampak lantai, tadi jatuh nampak siling.

Sakit. Gila. Babi.

Time jatuh tu memang bunyi macam nangka busuk jugak la. Aku pun terkejut. Tak pernah jatuh lagi macam ni kat sini. Selalu sikit2 ja.

Aku bangun. Pegang singki. Buntut tu memang sakit gila lah. Area ada tulang tu. Tulang pinggul kot haha malas nak check.

Lepas tu aku jalan masuk bilik. Time jalan tu memang tak straight la. Lepas tu mata jadi kabur2 sikit. Macam nak pitam tu. Tapi aku sempat la duduk atas katil.

Time tu aku perasan masa aku batuk dan berdehem, telinga rasa bengang. 

Belakang baju basah sikit. Sejuk. Dan sakit. Makin lama makin gelap. Pastu aku baring. Tak kisah sangat sebab basah sikit2 saja.

Lepas tu vision jadi ok balik. Nampak clear balik. Lepastu member aku masuk bilik. Aku cakap2 dengan dia. Rasanya dia tak perasan apa2 kot. Maksudnya takda lah teruk sangat. Jatuh sikit ja lah.

Tapi sebab aku tak biasa. Sakit gila lah rasanya. Rasa macam dah tak mau masuk tandas dah.

Lepas tu aku cuba tunduk, ginjat, berjalan, angkat kaki tinggi, berdiri sebelah kaki, gerak2kan area tu. Sakit, tapi takda limitation of movements lah. Masa solat tu, rukuk, sujud, duduk tahiyyat semua tu ok cuma sakit sikit. 

Dan aku rasa impak jatuh tu telah kacau saraf kentut ka apa aku rasa macam nak kentut ja lepas tu. La ni sambil tulis ni pun tengah kentut la ni. Kahkah.

Then I started to think,

Aku muda lagi. Minum susu selalu. Nak kata calcium deficient tu tak la kot insya allah. Tulang kuat lagi la kan. Tapi sakitnya ya robbi. Ada kemungkinan aku yang mengada tapi mengada aku berasas kot. 

Sapa yang dok cakap banyak tu cuba hang pi punggai diri sendiri bagi jatuh dalam bilik ayaq tengok sakit ka dak. Haih.

Itu aku, yang usia belum suku abad pun gila tua bunyinya suku abad. Macam mana kalau yang jatuh tu mak ayah kita yang umur 50 tahun, 60 tahun, atau tok kita yang 70 tahu, 80 tahun tu?

Tambah pulak kalau yang jatuh tu obese ka, memang ada osteo ka, bukan semua orang BMI ideal dan bukan semua orang minum Anlene Gold.

Bukan ditaja oleh siapa2.

It makes sense now yang jatuh ialah satu benda yang bapak serius. Dalam kelas bila dokter ajar pasal tajuk Fall Injuries, aku rasa macam dahsyat sangat ka jatuh sampai nak patah tulang bagai?

Lantai simen, ada possibility terhantuk kepala kat lantai ka apa, atau singki, atau tub mandi, atau apa2 lah.

Sekarang ni, buntut aku masih terasa sengalnya. Aku rasa (mudah2an) ni trauma biasa saja kot sebab kalau ada tulang retak ka apa mesti aku tak boleh duduk kan mesti aku pergi hospital sambil meraung2 kan. Ni macam ok ja ni aku doakan tak ada apa2lah.

Aku mula rasa alas lantai tu tak payah tunggu tua baru nak pasang, dan bolehlah mula cuci lantai bilik ayaq sekarang kot.

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: