Pemollow

THYB on Facebook

Monday, January 4, 2016

Of Growing Old and Growing Tired


Assalamualaikum. Hye.

Tahun sudah baru. Diri masih lama. 

Setiap tahun ada azam tahun baru. Malas pulak nak berazam apa2 tahun ni. Move on lah dan terimalah hakikat diriku ini bukan spesis ada matlamat. Kahkah sedih.

Entahlah nak disempenakan apa lagi. Tahun baru dah lepas beberapa hari. Nak bagi alasan apa lagi? Hari jadi?

Ya. Tak lama lagi. Tak best birthday awal2 tahun ni. Orang sibuk. Tak macam dulu2 mesti celebrate, mintak hadiah, macam2 lah. Tak malu betul.

Mungkin makin tua ni, makin penat. Masa muda2 dulu, rasa macam hidup tu kena ada roller coaster, kena ada drama, baru best. Sekarang ni rasa macam nak duduk rumah dan tidoq. Jangan ada orang kacau.

Hidup tak berkat agaknya. Takut juga.

Entahlah. Bila fikir apa aku buat setakat hidup ni, macam tak ada apa. Angan nak jadi penulis buku, sejak sekolah dulu dah berangan tapi usaha zero. Malas tu kalau boleh tukar jadi duit, jutawan dah aku ni kot.

Sekurang2nya aku nak repair apa yang boleh. Benda2 external yang boleh aku pegang. Ruang yang menempatkan aku. Orang yang aku jumpa. Cuma tak tahu nak mula dari mana.

Atau orang yang aku pernah sayang, yang sekarang ni dah ke mana perginya. Depan mata tapi tak ada.

Selagi mana boleh, aku sentiasa ingat, walaupun aku cuba2 untuk buat2 tak nampak.

Betapa besar salah setiap tahun, bila asyik teringat nak sukakan hati manusia. Termasuklah hati sendiri.

Lupa pulak tuhan tu.

Ada.

Kahkahkah

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Timah In The House said...

hanglaaaa...
masih gigih update blog tiap hari ka cmana?
amacam mesir?
kahkahkah

Hikaru Yui said...

@Timah In The House mesti laaa masih gigih. tapi tiap hari tu dak laa. tua dah xlarat.