Pemollow

THYB on Facebook

Friday, January 29, 2016

Kematian Seorang Bujang dan Ini Ialah Lakonan


Assalamualaikum. Hye.

Januari 2016 agak aku nanti2kan sejak tahun lepas lagi sebab ada dua penyanyi kegemaran nak keluarkan album baru.

Macam biasa, aku justify pelanunan muzik sebab miskin takda duit nak beli album ori maka melanunlah saja.

Mula2 sekali ialah album Cemas! Di Disko Itu bertajuk Kematian Seorang Bujang.


Band ni aku tak layan sangat sampailah tahun lepas yang mana aku join debat dengan budak Syahmy ni dan dia kata band ni best. Ok best lah juga sampai aku cari balik album lama dan layan dari awal kononnya nak melihat progress band tersebut.

Album ni best sebab semacam experimental sikit la banyak jenis lagu jugak lah maka tak bosan. Tapi formula lagu masih lagi sama macam yang band ni selalu buat. Boleh detect persamaan dengan album sebelum ni tapi masih fresh dan terasa baru gittew.


Lagu yang bukan single dan aku rasa best ialah Gila Bererti Bijak.


Next ialah album Ini Ialah Lakonan daripada Sia, penyanyi kegemaran yang suaranya sangat distinctive dan kalau ada siapa2 yang kata suara Sia tak sedap, maka ketahuilah aku label dia kurang pendengaran tapi dalam hati sajalah sebab malas nak gaduh kan. Hehe.

Cumanya album ni, aku berbelah bahagi juga sebab ada beberapa lagu pelik. Well, to Sia's defence, album ni ialah lagu2 reject dari artis lain. Dia tulis lagu2 ni semua tapi artis lain reject so dia ambik buat album sendiri.

Ramai juga pemuji pemuja Sia di Youtube kata artis2 tu semua reject sebab tak mampu nak nyanyi sebagus Sia tapi sebagai peminat yang pada masa yang sama ada rational judgment, aku rasa takdalah semua lagu2 tu best. 

Promotional single semua aku dah layan awal2 lagi iaitu Bernyawa, Burung Dilepaskan Bebas, Kejutan Murah, Sejuta Peluru, Tak Boleh Dihentikan, dan Dewa Maut.

Lagu yang bukan promo tapi aku dengar sekali terus jatuh cinta ialah Rumah Terbakar. Selalunya aku ambik masa sikit nak suka lagu2 baru bak kata orang putih it's growing on me.

Tapi lagu ni sekali dengar ja terus aku suka sebab dia ada feeling lagu2 lama Sia zaman sebelum dia dikenali sebagai penyanyi jerit2 thanks to David Guetta's Titanium.

Aku syak ramai yang kenal Sia dengan lagu Titanium lepas tu senyap jap lepas tu kenal balik sebab lagu Chandelier. Well, nope Sia has been around since your grandmother's hair is still black.

Lama dah dia ni dan lagu dia dulu2 macam tu lah rilek2 ja tak jerit2 pun. But still nice and pleasing to the ears, or my ears at least.

Lagu lain yang aku suka ialah Gelas Pecah, Ruang Di Antara, dan Gerakkan Badan Awak. Lagu yang aku rasa pelik dan bukti takdalah semua lagu Sia best ialah Rekaan Manis. Tah apa2 lagu ni. Pelik yang amat. Aku tak suka.

Lagu Kesan Tapak Kaki pulak serupa gila dengan Burn The Pages. Nice, tapi redundant semacam.

Sekian sahaja review album lanun saya. Tekanlah link2 berkenaan untuk test dengar. Ada lagu yang masih belum masuk Youtube nanti2 aku tambah link kalau rajin. Sebenarnya takda link sebab album tu tak rilis pun lagi tapi aku melanun awal sangat peminat lah katakan.

inb4 "kalau minat belilah album ori" nak buat macam mana lah kan tak ada bajet mencukupi. Nak makan pun kena catu, inikan nak beli album original. Kirim salam lah.

Itulah saja nak update pun kali ni okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: