Pemollow

THYB on Facebook

Friday, January 8, 2016

Endoscopy dan Sedikit Unsur Kejakunan


Assalamualaikum. Hye.

Disebabkan bukan selalu aku nak pergi hospital dan ward sebab diriku malas sejak azali, maka bila ada sesi yang memang dalam jadual kelas kena melawat ward atau tengok doktor2 buat kerja aku pun jadi seronok lah.

Hari tu ada masuk tengok doktor buat endoscopy. Jakun jugaklah sekejap sebab tak pernah tengok pun sebelum ni depan mata.

Ada komputer, skrin, dan doktor yang buat tu macam tengah main game ja aku tengok. Hahaha. Lepas tu ada doktor yang bagi2 arahan dan guide doktor yang tengah main game tu. Tengah training kot. Agaknya lah.

Best round Tropical Medicine ni. Doc Enas siap ambik satu sesi untuk semata2 nak explain jadual dan aktiviti2 padat round ni. Kena buat report bagai untuk 0.5 markah hahaha semangat betul beliau.

Sempoi2 ja bilik dia pun.

Colonoscopy. Itulah rupanya ruangan dalaman buntut anda sekalian (dan saya).

Procedure ni terpaksa terminate sebab taik banyak sangat tak boleh nak teruskan. Doc kata patient tu mungkin tak betul2 ikut arahan sebelum mulakan procedure tu sebab tu ada banyak najis lekat2 dalam saluran usus dia.

Sebelum colonoscopy, kena makan apa-benda-glycol tah untuk kosongkan perut tu. Ada banyak lagi tapi aku kan bajet2 cucu Imam Syafie maka tak salin apa benda. Lepas tu lupa.

Tapi aku ingat laa doc cakap dulu2 pakai mannitol sekarang ni dah tak pakai dah sebab ada side effect. Benda glycol tadi tu selamat lagi la.

Lepas tu ada sorang doc ni, budak2 tu kata muka dia macam Najib. Kahkahkah maafkan kami doc sebab membuat penghinaan sedemikian rupa menyamakan anda dengan Najib tak guna tu.

Nak letak side by side comparison tapi tak sanggup.

Tiga procedure jugaklah hari tu. Endoscopy untuk biopsy stomach, colonoscopy untuk biopsy colon tapi tak jadi sebab taik melekat, dan endoscopy untuk dilate-kan cardiac achalasia.

Menurut doc, biopsy tu kan kita cobek2 sikit tisu usus tu sort of menyebabkan luka jugak lah. So kalau preparation dia tak cukup bersih, berpotensi menyebabkan infection pulak nanti. Tak pasal2 dapat penyakit iatrogenic caused.

Lepas habis, bergambarlah. Terbaca jugak orang share pendapat murid2 zaman sekarang ni suka bergambar dengan cikgu, sampai dah macam hilang hormat terhadap guru.

Entah lah aku rasa ok ja nak ambik gambar. Haha tapi kalau cikgu dok berposing melawa atau budak2 dok buat lebih kurang dengan cikgu time bergambar, maybe yang tu kena kawal lah.


Kalau ada yang folo twitter aku, aku cakap pasal doc mengantuk tu ada dalam ni. Hahaha maafkan saya doc. Anda dah okey sebenarnya kami yang lalai dalam melawan hawa nafsu ketika belajar.

Tapi nak katanya, aku siap sempat la berangan2 drama2 kehidupan dalam kepala, cerita pasal doc tu ada masalah dengan gepren dia dan gepren dia nak mintak putus sebab dia bosan. Kahkah teruk sangat dah tu.

Hai anak2 murid. Sampai bila baru nak faham betapa perlunya terima kelemahan cikgu kita sebab kita sebagai murid pun takda lah cerdik mana.

Apa nak buat. Kelemahan masing2. Sama2lah baiki.

Ok itu saja lah nak cerita. Aku rasa macam kerap pulak update blog. Mungkin boleh dibuat misi tahun ini nak update blog sekerap mungkin.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

3 comments:

Fatin Farhani said...

Polyethene glycol. Haha. Sebelum tu, kena jaga diet, pastu nil per oral. Kalau patient nak kena buat surgery, selalu nak empty bowel dia bagi fleet phosphosoda. Kalau Msia la, untuk OT. Kah3

Hikaru Yui said...

@Fatin Farhani waahhh powernya beliau. haha

Fatin Farhani said...

Aku tau sebab dipaksa tau saja. Kalau tak tau, memang nak kena sepak dengan surgeon la time bst. Huhu.