Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, October 25, 2015

Rontua


Assalamualaikum. Hye.

Berdasarkan memori aku, dulu ada seorang member sekolah yang sebut orang tua bunyi macam rontua. Shortform gitu lah kot.

Aku tak pasti dia sendiri ingat ka tak dia pernah cakap macam tu. Kahkah aku pulak yang dok teringat.

Minggu lepas ambik round Geriatrics. Segan pulak nak cerita kerana kisah lama masih mengantui. Tapi tak apalah orang cakap kena move on.

Round tu bosan sikit hahaha tapi ada beberapa benda yang aku rasa aku nak cerita. Tapi memang takdalah nak buat summary chapter by chapter ka apa kan.

Apa yang aku belajar, Geriatrics dan Pediatrics sepertinya sama. Cuma patient ja berbeza. Satu cabang deal dengan budak, satu cabang deal dengan rontua.

Dua2 kumpulan berbeza, tapi banyak jugak persamaannya.

Kena bagi extra attention, senang sakit, tak tahan sakit, susceptible to infection, jatuh pun boleh sakit, tak boleh kawal kencing, dan sebagainya.

Tapi aku rasa nak jaga rontua lagi mencabar. Sebab budak2 kecik ni, baru lagi hidup. Dia bukan ingat pun apa benda time baby tu.

Rontua, dah lama hidup. Dah banyak hadapi susah senang, pahit manis, apa semua lah. Nak pulak bila dah tua, banyak benda yang dulu dia boleh buat sekarang dah tak boleh.

Kawan2 pun ada yang dah mati. Sebab tu rontua cepat stress, cepat murung.

Physiology pun banyak berubah. Paling senang orang abaikan ialah minum air. Bila tua, thirst sensation berkurang tau. So kena minum air selalu walaupun tak dahaga.

Bila tak dahaga, tak minum, nanti dehydrated, pastu dapat penyakit.

Paling pilu bila belajar bab Delirium dan Dementia. Betapa kalau budak kecik tak tahu apa, berak merata pun comel lagi.

Tapi bila rontua jadi macam tu, it's like a whole different thing. 

You know what I mean. There's no if at the front of the sentence because I'm sure as heaven and hell you know what I mean.

94 : 4-5

Oh oh ada satu benda menarik yang aku tak expect. 

Doc ada tanya popquiz laa kalau anda ada suami 65 tahun, dan ayah 85 tahum, dua2 diabetes teruk, suka makan benda manis, minum pepsi macam minum ayaq masak, merokok dan sebagainya, siapa yang anda akan nasihat untuk ubah gaya hidup dan beri rawatan?

Aku jawab ayah dia laa sebab dah tua senang sakit apa semuanya kan.

Tapi doc tu jawab lain.

It's about life expectancy.

Suami dia tu muda lah jugak lagi. Banyak lagi tanggungjawab. Nak kena sara keluarga sebab masih kategori mampu. Tapi ayah dia tu... hmmm...

Life expectancy is short, we should let them live as they like. They wanna drink pepsi? Let them drink pepsi. It is our job to help them live as they did in their early life.

Something like that.

Sama jugak macam kalau rontua ada kena buat appointment doc hari2 ka apa kan. Doc pesan jangan just buat appointment ikut masa doc.

Kalau patient tu selalu buat benda yang dia biasa buat contohnya pagi2 pergi surau, lepastu lepak kedai mamak, sebelum tengah hari baru dia kosong tak buat apa.

Maka janganlah appointment tu kita buat waktu pagi dia nak buat aktiviti tu. Buat la waktu yang dia free tak buat apa. 

Sebab nanti kita akan ubah rutin dia. Dan mengubah rutin rontua adalah tidak best untuk dia. 

Dah la life expectancy dah pendek. Kena pulak adapt dengan jadual rutin berbeza. 

Stress pakcik tu.

Faham kan? Aku harap maksud aku sampai lah. 

Ohhh satu lagi aku lupa. Doc cakap pantang larang tok nenek bila deal degan geriatric patient ialah ayat ni : "Oh itu biasa bagi rontua macam pakcik/ makcik".

No. Bila rontua komplen apa2, jangan sesekali jawab macam tu unless memang apa yang dia komplen tu berkaitan dengan physiological aging.

Aku sendiri selalu jawab macam tu sebenarnya dengan mak ayah aku. Sentap sekejap dalam kelas time tu.

Semoganya kita semua dijadikan tuhan anak yang baik, dan menjadi sebagai anak yang baik juga.

Kalau depa nak ambik gambaq gaya ni, ambik ja lah tak
payah cakap "mak dan ayah dah tua, behave sikit" ka apa. Haaa gitu.

Our parents did their best caring for us. Will we do the same?

Semoganya. Semoga.

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, October 20, 2015

Of Books, People, and Traveling Alone


Assalamualaikum. Hye.

Aku nak cerita pasal flyte aku hari tu.

Dah sampai Mesir dua minggu baru nak cerita. Kakaka.

Summary : Aku syak jerebu di Malaysia bakal interfere dengan flyte so aku pun plan nak gerak awal sikit. Lepas tu ada pulak member aku kata nak melawat aku di KLIA (padahal aku yang beria2 ajak kahkahkah) maka aku pun mintak la kakak aku tolong beli tiket yang awal waktunya. Sekali tak delay pun. Elok ja. Aku pun menunggu dengan sabar. Seb bek ada bawak buku. Ya ya baru nak baca2 buku. Selama ni pemalas. Ini pun bukannya konsisten sangat pun. Haha.

Cakap pasal buku, sebagai seorang makhluk pemalas, aku terpaksa baca buku2 yang isinya pendek2. Maksudnya, aku tak boleh baca novel sebab panjang maka aku jadi tak teruja nak baca.

Koleksi cerpen macam tu, haa aku suka lah. Atau buku yang macam kompilasi entry blog atau catatan Fb ka apa. Tak kisah asalkan pendek2 dan boleh baca sikit2.

So aku pun beli buku2 ni. 

Koleksi cerpen. Member aku pun ada jadi penulis dalam buku ni. Nanti2 aku buat review eceh.

Aku follow mamat ni kat Fb. Aku rasa dia different so I like laa. Aku beli tapi abang aku yang bayar. Hehe.

Dan ada jugak seorang makcik yang aku tak tahu nak cerita macam mana tapi dia hadiahkan aku "buku" juga masa di rumah haritu. Cuma aku tak bawak lah sebab buku ni  aku dah ada. Banyak2 nanti tak baca tak elok pulak. 

The Greatest Book.

Move on to people and traveling alone. Aku rasa kalau nak cerita perasaan aku (perasaan saja lah pengalaman macam tak ada) jalan sorang2 boleh juga buat modal entry lain.

Aku dah biasa jalan2 sorang tapi setakat pergi makan atau beli2 barang di shopping complex saja lah. Naik flyte sorang ni macam kali kedua kot.

Aku tak suka sebab leceh nak kena jaga barang especially bila nak guna tandas.

But other than that, it's very peaceful. Takda siapa nak kacau. I can do my thing. Silently judging people (which is fun) and be judged by people (which is not fun but I don't care ayway so...) all the way.

It's blissful.

Tapi sunyi sikitlah. Maka aku pun mengajak member datang melawat. Kahkahkah tak malu. Dah la tak malu, menyusahkan orang pulak tu.

But he came anyway. Auuww so tacink lah sekejap. Borak2 lepak2 makan2 sikit. It was a good time. Bukan nak jumpa selalu lepas ni but who knows?




NOOOOO~~~ Don't goOoOO~~

Bye Fahmi. All de best. Doakan aku sama :)

Sebenarnya ada ajak sorang lagi tapi dia tak dapat datang sebab ada lah kerja dia kot. Tak apalah.

Hang sapaa nak suruh orang mai tengok hang kat airpot? hah? hahh?? haahhh???

Kahkahkah.

Nak cerita pasal anak sedara aku baru beranak tapi gambar tak ada. Nantilah aku suruh mak dia send. Haha. Tolong2 jaga anak sedara is fun walaupun agak mencabar jiwa.

Sorang lagi incoming. Tak sempat tengok sebab dah balik sini. Sobs...

Oklah papai.

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, October 17, 2015

Keterbantutan


Assalamualaikum. Hye.

Kelas mula awal tahun ni tak macam selalu. Aku tertinggal sesi introduction. Round kedua pun skip dua hari.

Tapi doc tu ada cakap dia boleh tolong apply excuse so dia mintak aku fotostat passport dengan tarikh aku balik sini. Ok lah kot.

Ada banyak benda nak tulis sebenarnya. Nak cerita pasal anak2 sedara, nak cerita pasal proses merehatkan jiwa di rumah, cerita balik airpot jumpa member, dan cerita pasal kuliah baru ni lah.

Lepas tu, baru kusedari rupanya masa ja berubah. Aku tak. Kahkah.

Masih sama. Masih.

So apa pun tak buat. Bermalas2an macam tak ada kerja padahal banyak ja benda boleh buat. Penting2 belaka pulak tu.

Alasan aku kali ni ialah, aku nak slow down sikit. Malas nak rushing2. Tapi aku memang dah slow pun selama ni. Slow lagi, jadi statik terus lah.

Dan dalam dunia yang makin laju. Memang cari mati.

Masalah banyak tapi tak selesai sebab malas nak bertindak. Maka bantutlah saja.

TAPI...

Aku ada baca sesuatu yang menarik dari sebuah buku. It's a nice distraction. Jangan risau. Bukan main game Dota. Lain.

It's about something that I like. 

Aku rasa boleh laa apply benda tu. Daripada buang masa main Dota dengan noob babi baik aku fokus kepada hobi.

Aku target main Dota 1-2 game saja sehari. Target ok, target. Aku tak janji. Hehehe.

Mari belajar bersungguh2, membaca, menulis, dan buat kerja sendiri tanpa kacau orang lain.

Aku cuba, ok.

Coldplay pun cakap benda yang sama.

Thanks for reading. Bye ;)