Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, May 31, 2015

English Teacher, Pastry Chef


Assalamualaikum. Hye.

Jumaat ritu, ada senior universiti aku datang buat talk. Super senior jugak lah sebab antara batch2 yang paling awal di Ainshams tu.

Selama ni aku ingat JPA hantar ke Mesir mula2nya Ainshams, lepas tu tukar ke Kaherah, baru2 ni ja hantar Ainshams semula. Simplified version betul.

Rupanya ramai jugak pun lulusan2 Ainshams ni. Kira hebat jugak la. Bangga jugak la sikit.

Benda biasa, bila ada senior yang dah grad, dah pass HO, dah jadi MO, atau nak sambung apa2 specialty, maka benda yang dicakapnya hampir2 sama.

Soalan2 yang budak2 tanya pun hampir sama. 

Tapi talk haritu bagi aku agak seronok lah. Semangat rasanya bila tengok grad universiti aku ni rupanya power2 juga. So kalau dia boleh, basically orang lain pun ada peluanglah juga.

Kata brader tu, momokan2 grad Mesir tak power apa semua tu takdalah betul pun. Depends dengan orang jugak kot.

Tapi beza darjat kerajinan beliau dengan aku, mungkin ada sedikit ketara. Haha.

Apa yang buat aku jadi sayu ialah bila dia cerita part cabaran kerja tu lah. Setiap kali pun teringat benda yang sama.

What the hell am I doing here? Rasa down sangat. Frust. Gittew.

Brader tu kata lagi, degree medicine ni tak semestinya kerja nanti jadi doktor. Boleh ja nak kerja benda lain. Ada banyak jugak peluang nanti.

Tiba2 aku teringat balik cita2 aku dulu atas apa subjek yang aku paling suka di sekolah. Bahasa Inggeris. Seronok tulis essay, join kelab debat bagai.

Atau benda yang aku rasa suka tengok dan rasa inspired iaitu kerja kedai roti. Aku rasa tu pun best jugak. Buat roti, bagi orang makan.

Entahlah. Aku pun pening juga.

Kadang2 nak jadi ahli sihir, tukang tilik, ramal masa depan, menumpaskan jin dan jembalang.

Mungkin kalau dah tuhan letak aku di sini, ada dia nak bagi apa2lah kot. Mudah2an aku mampu sabar. Dan redha.

An apple a day keeps the doctor away.
But if the doctor is cute, screw the fruit.


Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, May 24, 2015

Tangan Dua Cuma


Assalamualaikum. Hye.

Sebelum ni, aku bolehlah dikatakan jenis yang suka mengumpul.

Apa benda yang aku dah ada, aku tak kisah nak ada yang lain. Menambah koleksi, biar banyak. Kalau yang ini dah bosan guna, ada yang itu.

Berjenis2, bukan cuma satu. Boleh tukar2. Boleh pakai yang lain.

Dulu, masa aku tak jaga diri sendiri.

Kain baju, makan pakai minum aku, ada orang yang tolong jagakan. Aku tak risau.

Mungkin sebab itu, aku dulu tak kisah untuk ada lebih dari satu. Saling ada, saling menjaga. Aku tak sendiri. Ada yang tolong.

Cuma sekarang, dengan tangan aku yang cuma ada dua, aku semakin tak larat.

Penat bahu nak pikul, bukan setakat barang yang ada bentuk. Kadang hati yang terlalu abstrak, sekejap halus sekejap keras batu, sekejap sejuk sekejap membakar, sesak jugalah nafas aku.

Aku tak larat. Rupanya aku bukan jenis yang kuat.

Apa yang ada, aku sekarang suka lagi kalau aku jaga seadanya, yang lain, aku lepaskan.

Sama ada berpindah milik, hilang, atau aku ucap selamat tinggal.

Dulu susah juga sebab sentimental sangat. Apa saja aku simpan, pembungkus gula2 pun berzaman2 baru aku buang.

Masa di sekolah dulu, aku simpan pembalut gula2 bawah plastik alas meja. Hiasan, kata aku.

Dan itu barunya gula2 murah beli di koperasi sekolah. Apa cerita masa diluang, emas tak ternilai katanya orang? 

Suara yang aku dengar dan ingat terngiang2.

Dan bila aku nak buang kamu dari hidup aku, dan aku rasa rindu, sayu. Apa kamu tak rasa yang sama semasa kamu buang aku dulu?

Apa kau datang semata2 nak ucap selamat tinggal dibila nanti? 


Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, May 23, 2015

Less Is Not More


Assalamualaikum. Hye.

Aku jamin ramai orang pernah tahu dan dengar pasal frasa "less is more".

Maksudnya, aku tak berapa nak pasti tapi kalau ikut apa yang aku faham, it sort of pasal kita tak payah la nak berlebih2 sangat.

Sikit2 sudeehhh.

Tapi kadangnya, kalau dah less tu maksudnya less lah kan? Macam mana pulak lima lagi banyak dari sepuluh? Kan?

Mungkin dalam konteks hari dan minggu, kita boleh kata DUA minggu itu lebih panjang dari TUJUH hari.

Dan variable x dan y itu, semestinya tak sama bagi semua orang.

Apa yang cukup untuk aku, mungkin terlebih untuk kamu. Apa yang berbaki untuk aku, mungkin belum memadai untuk kamu.

Kita ada apa yang mereka tiada. Mereka ada apa yang kita tak pernah ada. Selalunya macam tu lah.

Dan bila kita bercukup dengan seadanya, mungkin kita akan lebih gembira.

Mungkin.

Takkan sempurna. Tak perlu tunggu.

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, May 19, 2015

Bad Habits, Good Habits


Assalamualaikum. Hye.

Sebagai manusia, biasalah kalau ada masalah nak hilangkan bad habits atau nak mulakan good habits.

Sebabnya, kita memang diprogram untuk suka benda2 seronok yang bersifat short term which is bad habits. Salahkan nafsu. Kahkahkah.

Tapi, kita boleh bentuk semua habits ni dengan mengulang benda yang sama banyak kali. Lama2 nanti biasa. Baik atau buruk, lama2 akan biasa.

Bezanya, lama2 nak bentuk bad habits itu sesingkat tiga hari. Lama2 nak bentuk good habits tu, tiga bulan, tiga tahun, pun kadang2 tak cukup.

Hidup ini sungguh keji. Atau mungkin kita yang tak cukup berusaha agaknya.

Mari aku share kisah aku secara ringkas.

Kelas ophthal ada interactive session yang tak berapa nak active. More like, interpassive atau inter-irreactive sebab budak2 lengai kecuali mereka2 yang pulun.

Aku sebut pulun sebab aku jeles. Bahasa yang lebih indah ialah rajin berusaha. Kahkahkah.

Cuma dua kali aku menyekip kelas dan sekarang aku dah terbiasa untuk balik rumah bila doc masuk lambat. Padahal aku pergi kelas pun bukan awal sangat.

Pulak tu, selama tiga round tu aku ada jugak datang kelas awal tapi still tak boleh konsisten. Sekali dua terdatang awal itu pun sebab salah tengok jadual.

Nampak tak betapa kejinya?

Tipu.

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, May 2, 2015

Tamak Ebola


Assalamualaikum. Hye.

Semalam berlaku satu peristiwa yang buat aku sedar rupanya sifat tamak itu ada dalam diri cuma kita tak perasan.

Kadang2 tak sedar langsung pun. Serius. Scary gila kot.

Kisahnya bermula, Dota 2 The International Championship dah on going. Kiranya dia punya promosi, jualan2 compendium semua dah start.

So biasalah bila keluar compendium, community market akan jadi huru-hara sikit.

Aku rasa macam malas nak beli compendium walaupun item2 lawa nak mampos buat diri ini kepingin gittew.

Tapi aku dah transition dari pengumpul item kepada penyimpan item yang aku nak pakai saja. Lagipun dah ada steam wallet so malas lah nak trade2 bagai. Ada nak apa2 beli terus dari community market lah.

Lagipun trader semua sekarang ni dah macam yahudi. Tamak dan kedekut dan suka hisap darah trader lain. Eh bunyi macam racist pulak.

Jadinya aku pun tak pusing sangat lah pasal benda tu. Tiba2, dalam tengah excited tengok update, sekali aku punya balance steam wallet jadi 100 USD lebih. And I was like, what???

Rupanya2 unusual courier aku ada orang beli. Dan tahukah kamu apa benda first yang aku buat?

Aku cari balik gem yang ada kat courier tu nak recheck harga. Tapi listing semua dah zero. Masa tu community market tengah messed up. Then terlintas satu benda dalam kepala aku.

Harga naik kah? 100 USD tu harga ok atau rendah sangat sampai ada orang beli? Patut boleh jual lagi mahal tak? Ahhh ruginya tak check semalam.

Money money money.

Nampak tak aku punya dysfunctional waktu tu? This tamak thing just came out of nowhere. Aku sendiri rasa tak percaya how could I ever be like that.

Teruknya rasa.

Dan mungkin tuhan nak ampunkan aku (if tamak is ever a sin lah) maka dia pun ambik balik 100 USD tu sebab malam tu transaction reverted.

Rupanya ada glitch dalam community market tu decimal point apa benda tah yang melibatkan rupiah dan dolar.

Aku syak nilai rupiah tu jadi dolar kot so indon kan kaya berjuta2 rupiah dia ada so tetiba jadi dolar maka mereka pun rampage shopping spree lah. Agaknya lah aku pun tak tahu.

So aku pun sedihlah sebab hilang 100 USD tapi tak sedih sangat sebab masih kaya lepas tu courier pun dapat balik cuma nak jual courier memang tak senang lah kan.

Cumanya nak cerita, even with virtual money pun manusia yang tak punya apa boleh jadi macam tu, apatah lagi bila duit fizikal ada depan mata.

Patut la rasuah berlambak. Orang salah guna kuasa demi kekayaan dan macam2 lagilah. Penindasan, eksploit, monopoli apa semua. Huh seram jugak lah.

Semoga hati tidak rosak.

Thanks for reading. Bye ;)