Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, April 30, 2015

Bila Dah Annoyed


Assalamualaikum. Hye.

Suddenly rasa nak update blog. Mulanya nak cerita pasal ASFaD haritu tapi cerita dah basi kahkah tu laa peram lama sangat.

Jadi malas lah nak cerita pasal ASFad. Kita move on saja lah. Nak cerita pasal salib pun malas juga sebab dah banyak orang ulas.

Lagi satu, payah benda ni. Orang sensitif terlebih. Cakap pasal sensitif terlebih, tweet sapa tah yang pasal budak oversea melancong budak local terseksa lepas tu budak oversea bukan setakat tweet balas.

TULIS ESEI TERUS! Kahkahkah.

Kenapa kita malas nak react atau overreact? Haa itulah akibatnya bila dah annoyed. It's either you stay in silence or rant everything at once.

Jadi hari ini, aku pergi klinik sebab nak folo up treatment minggu lepas. Aku sakit telinga, lagi. Dah kali kedua. Recurrent ni. Bahaya tau.

Tapi tak apa sebab ubat minggu lepas macam ok lah berkesan juga sakit dah kurang cuma tak pasti dah sembuh betul atau tak.

Macam mana pulak aku boleh jadi tak pasti? Tak tanya doktor kah?

Jawapannyaaa ialaahhh, I AM ANNOYED.

Maunya tak sakit hati. Dah la orang arab potong queue. tapi dah memang bangsa dia begitu, aku lantakkan saja. Kalau dah babi, babi jugak. Tak payah ambik pusing.

Maka, aku mengharapkan warga2 profesional akan bertindak meredakan tekanan jiwa. Ya lah nak folo up kita nak yang baik2 lah kalau tak baik pun kita nak explanation apa semua.

Sekali, ada minah mana tah dah la masuk potong queue aku, lepas tu dia start buat discussion apa jadah pun aku tak tahu. Rasanya student sebab dia ada sebut benda2 pharma, nama ubat, cephalosporin, etc.

Si doktor tu pun satu hal jugak. Dah ada patient depan mata, tak payah nak diskusi sangat lah. Nak kata bangang, kerja doktor. Tapi common sense zero.

Patient datang jumpa hang, nak rawatan, nak dengar hang explain. Student jumpa waktu lain lah. Kalau aku ni memang patient yang nak participate dalam sesi mengajar tak apalah juga.

Tekanan perasaan betul.

It's very annoying tunggu macam orang bodoh dalam bilik tu. Bila dah annoyed, aku punya sesi pun jadi macam antara nak dengan tak nak. Jawab pun jadi malas2. Nak tanya untuk kepastian pun jadi malas.

Last2 aku pun tak pasti telinga aku dah ok atau belum. Tapi sakit dah tak ada. Ok lah kot. Cumanya dia kata still ada remnants of secretion, tak boleh nak tengok tympanic membrane, dan kalau nak buat ear wash pun tak boleh.

Bila aku baca orang share komplen di Fb pasal pegawai kesihatan atau pekerja2 bahagian kesihatan (doctors, nurses, and the likes), aku rasa macam 

"eh come on those people nak tolong hangpa tengah sakit respek la sikit" 

tapi bila berhadapan dengan situasi macam ni, baru aku tahu sakit hati tu macam mana sifatnya. Kita bukan nak komplen sangat pun cuma dah tengah sakit tu, jadi annoyed lebih lah.

Bayangkan kita ada urusan dengan orang, lepas tu dia boleh rilek buat benda lain dulu, layan orang lain yang lewat dari kita, dah tunggu punya lama, dia buat bagi kena tunggu lagi.

Common sense mana hah?

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, April 19, 2015

Telur Goreng


Assalamualaikum. Hye.

ARAHAN : GORENG TELUR UNTUK DIBUAT LAUK NAK MAKAN DENGAN NASIK.

Mudah tak arahan di atas tu? Macam mudah.

Lalu mak kita atau ayah kita pun ajar cara nak goreng telur. Pilih telur, letak minyak dalam periuk, panaskan periuk dan minyak, masukkan telur, tunggu sampai masak, kalih2 sikit, angkat. 

Lepas tu makan lah dengan nasik.

Kadang2 mak dan ayah tak ada, abang kakak ada. Kawan2 pun ada boleh tolong kalau tak tahu.

Mudah sebenarnya kalau ikut step, ikut cara, dan yang paling penting, tak banyak songeh.

Kita kadang2 meletakkan diri dalam situasi yang kita sendiri tak tahu jawapan. Tapi disebabkan kasih sayang orang kepada kita, dimudahkan cara juga.

Kalau nak letak kicap boleh tak?
Kalau nak letak lada boleh tak?
Kalau nak separuh masak boleh tak?
Kalau nak letak bawang boleh tak?

Kalau nak buat telur bentuk bunga, boleh???

Selagi mana sesuai, yang kita sendiri tengok pun kita boleh tahu, sekadarnya itu, gorenglah telur tadi sebagaimana yang kita mahu.

Tapi, sifat kita, makin lama makin menjadi sebenarnya.

Kalau letak milo boleh tak?
Letak cuka dan esen vanila boleh tak?
Goreng guna minyak rambut boleh tak?

Bila diajar goreng telur di dapur, kita segaja cari masalah lain. Betul, zaman berubah, ada yang guna dapur elektrik. Apa boleh goreng telur kalau tak guna api? 

Hal berkaitan, boleh difikirkan. Kita bincang cari jawapan.

Nak goreng di luar rumah, tapi hujan jadi macam mana nak buat?
Goreng tepi jalan. Asap kereta, habuk, asap rokok. Boleh makan lagi?
Tak ada minyak. Ganti dengan hydrochloric acid boleh tak?
Macam mana nak goreng telur di dasar laut?

Asal benda yang mudah, kita susah2kan. Soalan yang berkadar, kita jadikan besar. Benda yang boleh difikir sendiri, kita rumitkan sampai sesat jalan mati.

Kalau goreng telur sambil menyanyi boleh? Sambil melompat?
Nak goreng telur pakai tumit tinggi boleh?
Kalau pegang terus telur dalam periuk panas tu tak pakai sudip ok tak?
Kenapa nak guna minyak? Guna air tak boleh?
Kalau masa tengah goreng telur tu berlaku gempa bumi, nak teruskan menggoreng atau lari?

Lepas tu kita kata goreng telur itu susah nak mampos. Malas lah nak goreng telur. Makan nasik kosong saja lah.

Ini cerita pasal goreng telur. Agama pun macam tu lah lebih kurang.

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, April 15, 2015

Small Matter Is Still A Matter No Matter What


Assalamualaikum. Hye.

Matter is anything that has mass and occupies space. Ingat lagi tak definisi ni adik yang di bangku sekolah?

Better lah ingat definisi scientific terms daripada ingat nama pakwe, makwe semua tu.

Small matter apa yang berlaku baru2 ni? Kunci rumah hilang.

Small matter sebab, ya lah kunci rumah ja pun. Bukannya hilang kena curi lepas tu nanti pencuri tu track rumah aku yang mana satu lepas tu dia pecah masuk.

Walaupun ada possibility tapi tak jadi sampai macam tu lah kot. Kunci aku dah banyak kali hilang sebelum ni.

So hilang lagi? Apa cemerkap sangat? Tak reti simpan barang ke apa? Maybe.

Cumanya kali ni agak devastated sebab yang hilang sekali ialah keychain KREKO yang ada pita pengukur yang aku selalu guna.

Serta... serta... serta... PENDRIVE 16GB!

Hadoih.

Tekanan jiwa jugak la memikirkan kat mana la aku jatuhkan. Semalam pergi menempel adik2 buat jubah di Zagaziq. Lepas tu seluk poket eh takda kunci.

Kunci rumah hilang, boleh sepak terajang pintu. Kunci hati hilang?
Nak sepak terajang perut? :D


Selalu kalau tak ada, sama ada aku letak dalam beg atau tinggal di rumah. Tapi selongkar beg, tak jumpa. Cari di rumah tak jumpa.

Innalillahi wainnailaihi rajiuun lah wahai kunci ku dan pita pengukur ku dan pendrive ku.

Benda small matter akan jadi big matter contohnya macam kes aku ni, kunci hilang tu ok tapi hilang sekali dengan keychain dan pendrive yang aku cakap tadi.

Seolahnya, hilang satu benda, dan benda tu bawa sekali benda2 lain, yang penting, yang kita sayang.

Itu kunci, keychain, dan pendrive. Now replace it with people.

They are gone, and they took with them all the memories, laughter, shoulders we want to lean on. For example, a friend. 

So it matters after all.

Deep tak entry ni? Deep kan sampai terkambus tak boleh keluar.

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, April 12, 2015

Friendship Never Dies, But We Do (reblogged)


Assalamualaikum. Hye.

Ini entry lama yang aku dah delete tapi sebelum delete aku simpan ke sini sebagai reblogged entry lah sangat padahal entry sendiri tak malu betul reblog entry sendiri kahkahkah.

Cumanya aku rasa relevan, sebab masalah aku hari ni, terlalu sama macam apa yang aku pernah tulis dulu. Dan aku malu.

Bila dulu tulis kemain sebab bukan kena pada diri. Sekarang boleh rasa. Susah rupanya nak live up to our own writings. Ok here goes.

***

Aku tutup nama orang yang tanya. Dulu aku terpublish dengan nama dia kot. Haih.

Jujur aku katakan, banyak strangers dalam hidup aku sekarang ni. Kawan2 yang dah lama lost contact sejak sekolah tutup, lepas tu jumpa masa ambik result SPM, lepas tu hilaanggg.

Sebenarnya aku kot yang memencilkan diri. Haha tiap2 kali nampak online di Facebook rasa nak message chat tapi dalam masa yang sama rasa macam mengganggu dia pulak nanti. So tak jadilah nak chat.

Mungkin situasi yang sama berlaku pada kawan2 kita, dan kita merasakan kawan kita menjauh. Lalu kita pun malas nak kecoh lebih. Dia ingat kita sibuk kita ingat dia sibuk dan dua2 pun sibuk lepastu kemesraan pun mula pudar seperti lagu Rossa kurasakan pudar dalam hatiku rasa cinta yang ada untukmu ececeh.

Jadi sebab itu aku rasa apa yang boleh kita buat ialah confront kawan kita tu. Confront di sini bukan maksudnya kita pergi soal dia macam2 lagak kita pihak polis dan dia tu pesalah juvana. Bersemuka dalam erti kata tanya elok2 kot2lah ada kita buat salah ke apa kan?

Lepas tu kita kena act natural. Act bermaksud perbuatan kita pada waktu itu, bukannya berlakon. Sebab kadang2 memang kawan kita betul2 sibuk lepas tu buat macam tak layan kita tapi kita terasa lebih mengalahkan orang ada mood swing.

Ada sesetengah manusia dilahirkan dengan genetik suka menyendiri maka dia pun macam tak berapa nak click dengan kita sangat. Tak payah terasa dengan orang macam ni. Aku kenal seorang sahabat yang bercirikan karakteristik tersebut. Sakit hati sungguh nak dapatkan perhatian dia. Orang takda perasaan macam ni kita kena cool ja. Ajak lepak2, buat aktiviti hangout sekali sekala, cukuplah.

Tak payah nak bukak soal hati ke apa sebab dia tak minat. Kalau dia dah desperate ada masalah macam Desperate Housewives masa tu baru dia cari kita. Dan masa tu sila tunjukkan yang kita kawan sejati dan tolonglah sekadarnya.

Ada jugak kawan yang memang sentiasa ceria di depan kita, tapi rupanya ada maslaah jiwa terpendam. Ada yang jenis suka maki hamun kita tapi dalam masa terdesak merekalah yang ada di sisi kita. Yang spesis suka maki hamun lepas tu bila ada masalah dia lari jauh2 pun ada. Banyakkk.

Kawan2 kita banyak ragam sampai kita letih nak melayan. Tapi sedarkah kita yang kita pun sebenarnya terlebih ragam jugak bagi kawan kita tu? Sebab kita kan tak sempurna. Kalau kita rasa kawan kita annoying, maka ada ja probability kawan kita merasakan yang sama.

So bila dia rasa macam kita dah tak berapa nak kacau dia, dia pun slow2 angkat kaki. Lepas tu jadi stranger.  Maka berbaiklah. Maybe tak payah nak bff sangat tapi sekurang2nya biarlah mesra.

Macam mana pulak kawan baik yang kita ingat kita dah kenal luar dalam, dah tahu minat dia, apa yang dia tak suka, binatang apa yang dia takut, nama mak dia, saiz kasut ayah dia, dan warna gigi palsu nenek dia, all the stuff?

Manusia boleh berubah. Terima hakikat itu dan rasanya takda manusia yang mampu buat kita sakit jiwa lagi. Kadang2 kita ada cikgu yang baik dengan kita tapi tiba2 jadi baik dengan budak lain dan kita terasa. Kadang2 dengan mak ayah sendiri kita rasa macam tu. Apatah lagi kawan2?

Terima saja manusia tidak sempurna. Mungkin kita melebihkan orang lain sampai kawan kita rasa tak dihargai. Who knows? Forgive and forget lah.

Tapi seriously wujud jugak orang yang memang jenis tak ingat kawan bila jumpa kawan baru. Kalau ada kawan2 kamu dari spesis ini maka silalah cari klik lain. Bersyukurlah dia dah tak menjadi klik kamu. Orang macam ni tak reti nak menghargai orang lain. Kalau dia dah insaf dan bertabat nasuha bolehlah maafkan dia. Kalau dia buat donno maka memang dia layak mendapat penampar. Sila beri jika perlu.

Hargailah kawan2 anda. Kalau rasa tak puas hati, cakap ja. Jangan biar hati sakit nanti apa yang dia buat kita rasa tak suka. Dia cadang apa kita kata tak bernas. Dia suka apa kita kata dia takda taste. Apa yang dia ada kita rasa jeles.

Kenapa jadi macam tu? Sebab dalam hati dah ada unfinished business. Sangat tidak sihat dan berbahaya untuk kesejahteraan emosi dan jiwa. Jika anda sayang diri, sila bersihkan hati dari hasad, dengki, dan iri. Insya Allah hidup lebih diberkati dan senang hati. Jiwa yang tenteram membenci orang lain takkan tenang menghadapi hidup sehari2 dan takkan bahagia sampai mati. Believe it or not?

It's better to let go than to hate okbai.

p/s :: eh macam best pulak nak publish jawapan formspring sebagai entry blog. Lepas ni nak karang panjang2 terus dan autopublish lah. Haha silalah tanya.

***Tulisan aku kecikkan supaya susah dibaca sebab aku sendiri segan orang baca apa yang aku tulis ni sebab aku sendiri tak buat***

What now? Do I have to go? Do I have to? Do I really have to?

I'm torn apart by my own words.

God, help me please.

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, April 10, 2015

Been A Bad Anne


Assalamualaikum. Hye.

Cambest pulak rasanya tulis tajuk entry guna perkataan bahasa Inggeris untuk berbunyi perkataan bahasa Melayu lepas tu buat ayat.

So do you get the title? Of course la kan tanya pulak lagi.

Takda apa nak cerita pun sebenarnya. Cuma tadi aku nampak gambar junior sekolah yang sekarang ini sudah menjadi abam sado. Baguslah bagus. 

Aku tak kisahlah dia nak buat apa pergi mana makan apa pun. Kawan2 aku pun dah ramai yang sedar kepentingan menjaga badan dan exercise ni semua. Good good.

Tapi kadang2 aku skeptik jugak la puak2 penjagaan badan ni nak sihat ka nak bertakabbur riyak ujub sum'ah dan apa tah satu lagi aku lupa.

Ok aku mengaku sajalah ada juga sedikit jeles dalam diriku melihat geng2 ni angkat berat. Aku tak termotivasi untuk buat benda yang sama walaupun teringin juga nak berbadan enam peket.

Sebab apa nak enam peket dan bukan satu pouch? Mestilah sebab nak post gambar di internet. Betul kah atau tak betul kah?

Kalau sungguh nak sihat, silalah bersenam. Nanti bila badan dah cantik, ambik gambar pakai jubah pun orang nampak lah sihat.

Apa yang aku hairan, asal work out ja snap pic. Tak tutup aurat pulak tu.

Jadi, aku mahu ulang apa yang aku cerita pada junior aku (ni junior lain) pasal tutup aurat. Kita kena tutup aurat tu sebab tuhan suruh. Simple as that. Nak alasan apa lagi?

Lagi satu, memang lah badan kamu hak kamu nak exploit macam mana suka hatilah. Tapi, ada hati yang akan terancam.

Pertama, hati sendiri. Bila badan dah cantik, dan sado, post sana sini, orang puja dan puji. Mesti hati akan rasa syiok punya. 

After that, you will work out for health, AND attention. Bila gemuk sikit, terus jadi insecure. Nanti takda siapa nak puji.

Kedua, hati perempuan. Apa kamu ingat orang perempuan takda nafsu?

Ketiga, hati lelaki. Kahkah part ni, junior aku terus insaf sekejap. Seram katanya. Well, sebagaimana hati perempuan, hati lelaki juga boleh terusik tahu?

Ada sesetengah orang lelaki, hati dia ada penyakit sikit. Sebab tu di sekolah menengah, jangan main bogel tak ketahuan dalam asrama. Pada yang memerhati tu, bukan semua hatinya sihat. Faham?

So, silalah berwaspada. Mana lah tahu, disebabkan kamu, ada yang lurus menjadi bengkok. Tak pasal2 ja.

Dan snaplah pic workout yang bersopan untuk motivasi bersama. Lubang pusat tu bolehlah tutup kot.

Pakai baju dengan seluar panjang pun boleh la nak angkat berat.

Alaaaahhhh no biggie lah. Hang tu yang jeles badan sekeping papan orang lain badan macam kayu balak memang lah layak post di media sosial biaqpila orang nak buat apa pakai apa pun...

Ok la ok la babai.

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, April 6, 2015

To Lace Or Not To Lace 2


Assalamualaikum. Hye.

Sambungan dari entry hari tu, aku nak share soalan yang aku tanya di luar waktu pembentangan tu. Plan nak tulis soalan sekali tapi kertas tu dia tak pulangkan. Soalan dijawab atas kertas baru.

More or less, soalan aku ialah pasal personalization (not a real word) penulisan tu sendiri.

Akak tu ada la cakap pasal kena jadi diri sendiri, gaya menulis sendiri, identiti penulis, dan lain2. Jadi soalan aku ialah macam mana nak keep all that and at the same time nak menulis. 

Benda2 yang macam dalam entry lepas iaitu berdisiplin, gaya bahasa standard, kena tulis orang faham, dan segala mak nenek peraturan yang aku benci tu lah. 

So here goes the answer. Aku salin sebijik2.

Wassalamwbt...

'Setakat mana' itu satu lapangan yang tiada had bagi penzahiran identiti penulis. Untuk permulaan, saranan saya, agar :

1. Mencuba menulis dalam pelbagai genre/ topik/ bidang.

2. Nilai hasil penulisan melalui perbandingan hasil-hasil penulisan diri yang telah dibuat melalui :
-kritikan pembaca
-kritikan daripada orang yang mahir dalam bidang/ topik/ genre.

3. Setelah 2 langkah di atas, saudara harus berusaha menulis dalam satu lapangan/ genre yang saudara benar-benar mahir.

4. Untuk bacaan/ hasil karya yang diterima umum - dinasihatkan agar saudara memilih topik yang menyentuh semua peringkat umur, semua lapis pendidikan merentas masa.

5. Zahirkan identiti melalui 
-gaya bahasa
-genre (non-fiksyen, fiksyen)
-topik

Boleh rujuk satu petikan Raja Ali Haji dalam "Gurindam Dua Belas" :

"Cari olehmu sahabat,
yang boleh dijadikan ubat.

Cari olehmu guru,
yang boleh tahukan tuap seteru."

Jadi, situasinya sama dengan identiti seorang penulis. Pembaca mencari penulis yang membuka dimensi fikir untuk dijadikan prinsip pegagngan dan sandaran.

-K. Hani & K. Sarah-

Haaa itulah dia lebih kurang soalan aku dan itulah dia jawapan yang aku dapat. Terima kasih banyaklah sebab sudi menjawab.

Walaupun ada beberapa part yang masih kabur2 gittew. Hahaha.

Ok rasanya aku ada jugaklah tulis pelbagai bidang ni. Nak kritikan pembaca tu susah sikit sebab blog ni ada orang baca kah? Komen pun haram nak ada. Kahkah.

Lepas tu nak fokus genre apa? Entah no idea.

Nak zahirkan identiti melalui gaya bahasa, gaya bahasa aku punah-ranah tunggang langgang semua ada. Nak zahirkan melalui genre, tadi dah cakap no idea. Nak zahirkan melalui topik, haaa dulu2 blog ni suka tulis topik aurat. Kakaka.

So yeah I'll see what I can do. Thanks again for the lovely reply. I really appreciate it.

Berat sungguh menulis ni. Tu yang malas tu. Kikiki.

Bukan aku nak menulis sangat tapi betul lah antara mimpi2 yang teringin nak capai ialah tulis buku gitu. Tulis hapa benda merepek ja lebih,

Aku juga sedang mula2 nak membaca buku. Oleh kerana aku ni bukanlah avid reader, so aku baca ikut penulis. Yang mana aku suka dan kenal, aku baca lah.

I don't know. I just do stuff according to me. I know it is gonna take me to Nowhereland. But I just don't really care.

Actually, I care. A bit.

=p

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, April 5, 2015

To Lace Or Not To Lace


Assalamualaikum. Hye.

Haritu aku join bengkel penulisan (lagi).

inb4 dah masuk bengkel penulisan pun guna bahasa rojak lagi.

Well, aku join nak tambah apa yang kurang. Bukan aku tak tahu penulisan tu apa. Tapi, bila ada yang nak kongsi, why not just go and learn some new stuff?

Even if it's not new, there's still no harm, kan?

Basically, bengkel tu banyak share pasal disiplin2 menulis, adab2 semua tu lah. Lepas tu ada lah sikit2 teknik2 menulis dan apa yang perlu dibuat untuk menghasilkan karya patuh syariah.

Haaaa jangan ingat syariah ni dalam usrah saja tahu?

Ada kertas kerja dengan banyak info dan padat jugaklah untuk aku sendiri pun. Nanti2 aku share.

Entry ni cuma respon peribadi aku lah pasal penulisan as a whole. 

Sebelum apa, mungkin aku ni, mungkin lah bukan ditakdirkan untuk masuk bidang penulisan secara serius because I don't have what it takes to be a writer.

More precisely, I don't want to have what it takes to be a writer.

Sebab rata2 dari pengisian bengkel tu cakap, nak menulis kena begini, nak menulis kena begitu. Maka, memang tak kena lah dengan jiwa aku.

Aku prefer buat ikut suka hati sendiri. 

Tapi, penulisan yang baik itu ada ciri2nya. Bahasa, gaya tulis, tema, blablabla yang memang aku tak pernah ambil pusing sebab aku malas. Haha itu lah sebabnya pun.

Jadi buat masa ini, cukuplah berblog kot. Mimpi memang lah nak tulis buku. Nanti2lah.

Kenapa nanti? Ada dua sebab.

1. Who I am?

Karya2 tulisan yang agung2 tu mana ada tulis pelik2 ni. Memang pun setiap satu itu teliti, banyak usaha dicurah baru boleh hasilkan tulisan yang bagus. Maka kepemalasan aku ni memang tak deserve lah tulis buku. Hahaha. Sobs...

2. What I want to do?

Sama macam yang atas, tapi kali ni apa yang aku sendiri nak buat. Bila ada syarat2 penulisan yang baik, aku secara automatik lose interest sebab aku tak rasa benda yang bebas perlu bersyarat.

Pasal itu tak boleh ini tak boleh, maka aku pun bertambah malas,

Betul lah betul takkan nak tulis benda sia2 tak bermanfaat nanti tuhan marah pula. Cumanya aku tak suka bila ada yang berautoriti nak letak label bagus tak bagus. Who decides that? Bukan penulis tu sendiri kah?

Hurmmm aku sebenarnya tak tahu nak explain macam mana so ini pun penghalang juga. Bila orang baca tak faham, gagal lah penulis. Well... yang ni aku setuju.

Sambil2 tu nanti, aku share benda yang best dalam kertas kerja tu nanti. Oh aku juga ada tanya soalan dan jawapan tu ditulis atas kertas sebab aku tanya luar waktu pembentangan.

Lain entry aku to lace.

=p

Thanks for reading. Bye ;)