Pemollow

THYB on Facebook

Monday, March 30, 2015

Money CAN Buy Happiness


Assalamualaikum. Hye.

Beberapa hari lepas, aku ada ikuti satu program ni. Ada Ustaz Zaharuddin lagi. 

Program tu cerita some stuff about kewangan, cabaran menguruskan perbelanjaan, apa benda yang sedang berlaku di Malaysia, dan sebagainya.

Aku ada jugak la catat apa yang patut tapi tak lengkap pun. Pergi program tu more like, nak tengok apa yang orang hebat kata pasal duit ni.

Nanti kalau rajin aku update kan di sini.

Dalam entry ni, aku just nak share my general opinion about money. As the title said, aku punya pendapat ialah money can buy happiness.

Those who say otherwise, sama ada dia tu miskin atau bodoh. Or both. Haha. Sounds really jahat, kan?

But come on lah. Be realistic sikit lah. Tak payah nak deep2 sangat lah. Ada duit boleh beli barang. If that cannot make you happy, I don't know what can.

Love? Oh please. Spare me that crap. Kalau nak jadi parents yang baik dan provide keperluan keluarga pun perlukan duit juga.

Hidup susah itu bahagiakah? Berkat? I refuse that answer. Kaya dan hidup berkat? How about that? Takkan tak mahu?

So just bear with me this once. Kaya itu best. Simpan lah duit mulai sekarang.

Cumanya sekarang ini, kehidupan semakin sempit. Dah jimat, dah cermat. Still tak boleh nak buat apa2. Still kena sakit ikat perut. 

Orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin. Cukai sana sini, naik harga sana sini, pulangan tak ada. Public service macam haram juga.

Bila kita cakap pasal apa benda pun, semua boleh jadi indah dan baik2 belaka.

Cakap pasal duit, dia jadi lain sikit.

Bodoh boleh belajar sampai pandai. Kalau hodoh boleh buat pembedahan plastik.

Nak belajar bagus2 kena ada duit untuk tuisyen, buku, apa semua. Pembedahan platik mana ada free unless nenek hang yang buat untuk hang.

Kalau miskin, nak buat macam mana?

Senyum 1000x kat peminta sedekah pun dia takkan kenyang. Simbolism kena faham, dik.

Shallow thought of mine pasal duit. Aku malas nak argue lebih2. Been there, done that. Bila aku kata money CAN buy happiness, I know what I'm talking about.

Don't try to disagree.

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, March 24, 2015

Grey Is The Colour, If I Have A Heart


Assalamualaikum. Hye.

Aku terdidik dengan sifat malu sejak kecil. Bunyi macam takabbur betul. Hahaha.

Tapi bila dah besar2 ni aku makin jadi tak berapa nak malu. Aku pun tak tahu kemana hilangnya kemaluanku.  *And now it sounds so wrong.

Bila sejak kecik kurang keyakinan diri, inferiority complex la jugak sikit2, tapi tak teruk sangat kot, aku jadi susah nak fit in.

Aku tak pandai sangat berkawan.

So, if 1 is very clearly noticed and 10 is invisible, I might rather want to be at 8.

Makanya, aku jenis tak kisah sangat pasal appearance. 

Dulu kecik2, aku pakai t-shirt ja all the time. Baju berkolar ada, tapi aku pakai bila nak pergi kenduri saja. 

Sejak kecik aku macam tu. Pakai baju yang agak2 lawa bila ada nak pergi mana2, kalau waktu lain aku pakai baju buruk biasa.

Bila form 4, aku pandai pergi kedai bundle. Kan aku jenis tak suka berbaju lawa, salah satunya sebab baju baru mahal harganya.

Baju bundle murah. Design cantik, kaler lusuh, nampak sangat modest dan miskin. And somehow, it grows on me.

Aku punya pendapat, dah la muka macam mesin kukur kelapa. Buat apa bazir duit beli baju mahal? Pakai baju murah sudah. Lebih kurang lah.

Atau kurang kesyukuran? Mungkin juga.

Sekarang ni, aku punya cinta terhadap baju bundle dah tak berbelah bahagi. Baju2 aku yang baru cumalah kalau ada orang bagi, atau bila hari raya.

Aku ada la jugak beli baru kadang2. Tapi design mau simple, kaler mau yang tak terang sangat. Banyak pantang larang aku ni.

Lain, semua bundle.

Ini sangat merisaukan aku sebab aku sekarang dah berumur yang mana baju2 bundle ni dah tak sesuai. Kawan2 semua segak berkemeja, blazer, neck tie.

Aku masih t-shirt indie dengan sweater jacket.

Bila tengok kawan2 pergi mesyuarat besar, pakai suit, aku rasa jeles juga. Kagum, tapi aku tak mahu begitu. Tapi nak. Tapi takmau. Gila babi ka apa ni?

So I design my own formal attire, yang aku tengok ada jugak orang buat, dan aku taktahulah sama ada I can get away with it atau terpaksa juga ikut the majority.

It pains me somehow that appearance has been standardized and only accepted to be in certain ways. Kata freedom sangat. Freedom taik kucin.

***

Sebenarnya nak cerita pasal betapa aku tak malu pergi memborong barang2 senior yang nak balik Malaysia. Dah la aku bukan baik sangat dengan dia. 

Sampai enam plastik barang aku ambik. Tapi plastik kecik la. Hehe.

Aku cilok sweater hitam sehelai, yang saiz S, kecik nak mampoih tapi boleh la nak buat outerwear. Lepas tu ada la lain2 sikit kan. Takkan nak list semua kan.

Oh, dan sehelai blazer yang tertulis DRY CLEAN ONLY tapi aku rendam jugak. Aku doakan benda tu tak mereput.

Well, it's more or less beli bundle lah kan? I love it.

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, March 21, 2015

Hudud Itu Bukan Huduh 4


Assalamualaikum. Hye.

Kenapa 4? Sebab dah pernah tulis 3 entry sebelum ni. Tak apa tak penting tak payah cari bukan best pun.

Well, semua tahu Kelantan dah luluskan dan nak laksanakan hukum hudud, which is nice lah. Kita doakan yang baik2, semoga semuanya dimudahkan. Amiin.

Tapi semua juga tahu, ada satu video tu kan, alah semua tahu kan? Video tu lah.

Aku malas nak takes side. Tapi aku rasa dia ada point. Maybe bukan betul sepenuhnya, maybe ada part of the video is trash. Maybe lah.

Tapinya, orang2 yang nak kata dia tak beriman lah, kafir lah, ahli neraka lah apa semua tu, dah faham betul kah hudud itu apa?

First of all, HUDUD. Dengar perkataan ni, apa yang ada dalam kepala kamu?

Kalau dijawab potong tangan, rejam, sebat, maka ketahuilah, pemahaman kamu pasal hudud sangat sangat sangatlah rendah, cetek, singkat.

Baca tak entry Dr MAZA yang ini? Dia ulas dah cantik, jadi tak payahlah aku ulang apa2. Pergi baca. Eh nantilah baca entry dia. Habiskan entry ni dulu. Hahaha.

Zaman nabi dulu, orang berzina dah tahap datang mengaku depan nabi, minta dihukum sebab takut dosa.

Zaman kita, orang berzina sebab seronok. Nampak beza?

Kalaulah ada yang sudi datang mengaku, fine, kita timbulkan syak macam nabi buat. Kalau dia insist mengaku dan minta hukuman, kita bagi. Sebab dah laksana kan?

Tapi orang yang tak mengaku?

Apa cara nak ukur success rate hudud nanti? Adakah dengan bilangan tangan yang dipotong?

Sekarang ni, curi tabung masjid kena denda teruk. Tapi orang atasan curi hak orang bawahan, senang2 lepas.

Macam yang aku pernah baca di Fb sapa tah share, hudud itu hukum Allah. Sempurna. Pelaksanaannya itu oleh manusia. TAK sempurna. 

So faham2lah. Orang kritik atau "tak setuju" or so they say, bukan maksudnya mencabar hukum tuhan ke apa. 

Jangan jumud sangat lah. Jangan judgmental sangatlah.

Macam mana nak justify hukuman penzina zaman sekarang ni? Pornografi merata, senang cari di internet, kalau takda internet, buat sendiri pun boleh.

Dari segi teori, orang nak buat seks tapi agama letak syarat sebab nak bezakan manusia dengan binatang. 

Bukan setakat agama, norma masyarakat pun tak terima seks bebas ni. 

So kena kawen lah. Tapi nak kawen sikit punya susah. Mahal gila babi. Adat2 bodoh nak kena ikut. 

Mula2 tadi katanya nak kawen sebab nak ikut agama. Tapi panduan agama dalam perkahwinan takmau pulak ikut.

Orang hidup susah nak makan pun kena catu. Orang atasan hidup senang lenang. 

Bila orang susah mencuri, kena denda. Orang atasan buat salah boleh pejam mata. Babi kan?

Ketelusan itu aku SANGAT ragu. Kalau sungguh telus, baguslah. Respect. Kalau dua kali lima, memang pergi matilah.

Kita tak sepatutnya takut dengan hudud sebab kita tak buat salah. Lainlah kalau kamu berzina on daily basis maybe lah takut.

Tapi kita sebenarnya takut benda yang kita tak faham. Benda yang kita gesa2kan.

Aku tak kata kita kena ada negara macam utopia baru nak laksanakan hudud tapi that's basically it.

Bila negara dah aman, rakyat hidup tak menderita, tiada sebab nak berlakunya jenayah, maka pada masa ini, siapa yang merosakkan keamanan dengan jenayah2 tu memanglah layak dihukum.

Tapi, keadaan sekarang ni? 

Masalahnya ruang jenayah tu terlalu luas terbuka dengan faktor2 mendorong pulak bersepah2.

Dan pelaksanaan sangat meragukan sebab selama ni yang kita nampak rakyat2 bawahan saja yang dikuatkuasakan undang2 orang atasan kebal belaka.

Letak gambur burung hudhud dalam entry hudud agak2 ada tak orang kata "mempermainkan agama! kafir!" 

Bila orang kata tak sesuai, kita terus panggil orang tu ahli neraka. Tu pun nak jadi pembela hukum tuhan konon. Puih.

Bersyukurlah caci maki orang, kafirkan orang, ugut orang, semua tu tak termasuk dalam hudud.

Allah jualah yang maha bijak.

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, March 20, 2015

The Thoughts Inside 2


Assalamualaikum. Hye.

Dulu (tak la dulu sangat pun baru jugak la lagi) aku pernah tulis entry ini.

Sekarang ni, that urge to judge someone's life comes again. Hahaha.

Aku bukan apa. Aku manusia. Memang judgmental itu ada dalam darah dagingku.

Bezanya aku dengan kamu ialah, aku mengaku. Betul tak? Betul kan?

Ok maybe judgmental tu bunyi macam jahat sangat. Kita panggil nama yang baik sikit. Panjang sikit tapi mungkin lebih sopan.

Aku tengok orang dan aku fikir dalam hati serta memberi pendapat sendiri mengenai situasi orang tersebut tanpa dia mengetahui.

Boleh macam tu?

Kalau sebelum ni pasal member aku yang seolahnya meroyan, dan aku end up meroyan as well, kali ni lain sikit.

Ini pasal someone else, yang sedang menghadapi masalah kehidupan kot. Which is I find it weird sebab orang ni supposed to be strong, tahu?

Tapi dia macam broken lah sekarang ni. Aku nak tolong pun aku segan sebab ya lah kalau dia macam broken, aku rasa aku ni dah in pieces kot.

Nak kena tutup muka, shut all the senses lah lepas ni.

Cumanya, berdasarkan entry lepas tu, yang mana bila aku kesiankan orang meroyan, aku pulak ditimpa bala sampai aku meroyan.

As I am already broken, kalau aku kesiankan yang ini, entahnya aku kena hempap jadi debu terus kot?

Wa iya nauzubillah lah.

Tak apalah I think the best thing to is to stay away from anyone's business.

Nak siap2 ada program nak attend. Bukan selalu aku join program tahu? Ok lah.

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, March 18, 2015

Biasa Lettew


Assalamualaikum. Hye.

Dalam subjek Bahasa Melayu dulu, kalau ditulis "alah bisa, tegal biasa" dalam karangan, kita akan dapat markah tambahan.

Maksud peribahasa tu tak payah lah aku explain di sini. Takkan tak tahu? kalau tak tahu cari sendiri lah.

Cuba tengok dan baca post ini

Ada kaitan kan dengan peribahasa tadi?

Kita sekarang ni, sebenarnya dah terbiasa dengan sesuatu, yang membuatkan kita biasa dengan sesuatu, sama ada betul atau salah. 

Kita tak kisah, asalkan dah biasa.

Contohnya, budaya kapel budak2 sekolah.

Kita tak rasa nak kata benda tu salah sebab dah biasa. Mak bapak pun ok ja.

Tapi kalau nak kawen, banyak lah mulut2 berbunyi. Sebab tak biasa kecik2 kawen. Kecik2 kapel takpa.

Benda yang kita tak biasa, kita jadi takut. Itu lumrah. Kenapa kita tak takut kucing? Sebab dah biasa. Cuba kalau harimau tu keluar masuk rumah. Mesti kita tak takut harimau.

Benda takat kapel2 tu kira isu kecik lagi lah. Takda benda pun. Rokok? Small matter. Semua orang buat.

Tapi sekarang ni kita semakin dibiasakan dengan benda2 yang lebih besar. Homoseksualiti misalnya. Liberalisasi agama misalnya.

Benda yang tak ramai sangat orang buat. Kalau di negara kita, benda ini masih dikira taboo dan masyarakat masih reaktif against them.

But we are getting there. I guarantee it.

Bebas, terbang tinggi. Boleh jadi hidup, boleh jadi jatuh dan mati.

Liberation, kebebasan, hak asasi. Manusia tak suka dikawal, dikongkong. Mahu bebas kononnya.


Jadi, apa?

Thanks for reading. Bye ;)

Time Is Money So Let's Waste It


Assalamualaikum. Hye.

Ke manakah perginya semangat nak tulis entry konon, bajet nak update banyak2 konon, padahal...

Kahkahkah ke mana perginya masa aku dihabiskan? Jujurnya aku pun tak tahu.

Mungkin sibuk fikir pasal benda yang sepatutnya aku tak fikir, tapi aku fikir juga. Bunyi macam orang meroyan.

Sebenarnya memang betul. Aku terkilan juga bila jadi macam ni. Banyak benda yang aku rancang, tak jadi. Sebabnya, aku tak tumpu betul2. 

Aku sibuk bazirkan masa fikir pasal benda yang aku tak boleh ubah.

Bila aku tak boleh ubah, maka aku berangan apa yang aku nak berlaku, agar berlaku dalam kepala aku.

So, lama lah aku berangan, sebab benda yang aku nak tukar tu baannyaaakkkkkk sangat.

Kadang2 aku rasa berangan itu ialah suatu perbuatan yang sangat keji. Menipu.

Apa yang kita nak, kita tak dapat. Apa yang kita harap, tak terjadi. Apa yang kita benci, itulah yang datang.

Semua boleh dibetulkan dalam angan. Putar macam filem, boleh edit sesuka hati. Apa yang salah, kita betulkan.

Tapi realiti akan datang juga nanti. Macam mak yang kejutkan anaknya solat subuh. Padahal anak tu dah berangan yang dia dah bangun mandi, solat apa semua.

Tapi cuma dalam angan, dalam mimpi.

Dan aku berzalim dengan diri sendiri, aku gunakan masa yang aku ada, yang bukan milik sempurna aku, aku bazir.

Untuk, kamu*.

Merujuk kepada orang tertentu yang pastinya bukan pembaca blog ini.

Maafkan aku, aku.
Ampunkan aku, tuhan.

Tengoklah kalau rajin aku buat something dengan blog ni. Pecahkan tradisi sikit ka apa oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, March 3, 2015

The Annual Rants


Assalamualaikum. Hye.

So it's that time of the world again specifically in Malaysia lah sebab aku kan orang Malaysia so aku cerita pasal apa yang berlaku di Malaysia lah.

Malaysians ni suka cakap bila ada isu. Me included. Dah tadi kata aku pun Malaysian kan?

Setiap tahun, benda yang berlaku setiap tahun akan menimbulkan isu yang sama setiap tahun. Nak bagi contoh paling obvious ialah seperti berikut :

1. Bila tiba bulan puasa, akan ada isu teraweh 8 rakaat vs 20 rakaat.
2. Bila tiba bulan Februari, akan ada isu couple dan Say No to Valentine's Day.
3. Bila tiba bulan Rabiul Awal, akan ada isu apa hukumnya menyambut Maulidurrasul?
4. Dan bila tiba bulan Mac iaitu sekarang ni lah isunya tentu result SPM.

It's pandemic nowadays orang cakap pasal result cemerlang belum tentu menjamin masa depan cemerlang dan orang yang result teruk pun boleh berjaya blablabla.

Well, that's the truth. Cumanya yang aku hairan, why the need of making that thing a big fuss? 

Sebab, things will always go both ways. Kalau ada benda yang boleh dijawab "Ya", percayalah 99.99% benda yang sama boleh juga dijawab "Tidak".

Faham maksud aku?

Orang dapat result sraight A's tak semestinya berjaya dalam kehidupan. Betul.
Tapi orang yang dapat result straight A's yang berjaya pun bersepah2 dalam dunia ni.

Orang yang result tak cemerlang, still berjaya dalam alam kerjaya. Betul.
Tapi orang yang result tak cemerlang dan end up being a trash pun bukannya sikit.

Bila ada yang kata SPM tak menjamin masa depan lah bagai, aku faham sangat situasi tu. Been there, done that. 

Aku pun straight A's masa SPM. Tengok aku sekarang. Takdalah successful mana pun.

Tapi ada jugak kawan aku yang straight A's, seimbang dunia akhirat, sambung mengaji overseas, pencapaian tiptop, relationship dengan family and friends pun bagus. All the good stuff.

True true true, result exam bukanlah indicator untuk decide masa depan kita gelap atau cerah, tapi sudah2lah nak cakap something sounding like "bilangan A tak penting", "SPM bukan penentu apa2", and the likes.

Those achievers had done their part, belajar sungguh2, tuisyen, study group, etc. Bukan duduk saja goyang kaki atau mana2 organ badan yang boleh digoyang, lepas tu dapat straight A's.

Those yang tak achieve sangat pun belajar juga. Cuma bukan rezeki kot. So tak apalah. Life goes on. Betul lah tu SPM is not the end of the world. It's the beginning.

Siapa yang dapat result bagus, senang sikit nak apply biasiswa ka apa, mudah sikitlah perjalanan dia nanti.

Siapa yang result tak berapa nak bagus, jalan still terbuka luas. Kena usaha lebih sikit saja.

Bila dah masuk alam pengajian tinggi, attitude kena jaga dan always start from zero. Ini pun aku dah faham benar. Been there , done that juga. 

Tak kira kamu dapat apa time SPM, kalau malas, tak guna juga. Contohnya aku. Masuk U tak perform sangat pun sebab malas terlebih.

Tapi itu salah aku dan bukan salah straight A's aku time SPM dulu.

Ingat apa aku cakap ni. It always goes both ways. Apa2 benda pun. Exam cemerlang lepas tu melingkup? Ada. Exam cemerlang lepas tu semakin berjaya? Pun ada.

Samalah exam melingkup tapi berjaya lepas tu? Ada. Yang exam melingkup lepas tu makin melingkup sampai dah tak jadi orang? Pun ada.

Aku tak mahu bersangka tapi kadang2 sampai satu tahap aku rasa those people making posts about how A's tak menjamin masa depan bagai sebenarnya sedang mencipta defense mechanism untuk mengubati hati yang lara.

Tapi bila melihatkan apa yang dikata itu sebenarnya make sense, tapi tak terpakai untuk semua, so aku conclude yang tadi itu lah. It goes both ways. Always. ALWAYS.

Jadi adik2, result exam dapat apa pun, bersyukur dan move on. Jangan lupa ucap terima kasih kat cikgu2 dan mak bapak.

Result bagus, jangan lupa diri. Result tak berapa nak bagus, jangan berhenti usaha. 

Ada orang melingkup time sekolah bila masuk U dia perform. Ada orang perform time sekolah tapi melingkup time dekat U.

Ada juga orang yang cemerlang dan perform di sekolah dan di U. Last but not least, ada juga yang melingkup di mana2 dia berada.

It's decided by yourself. Not the many A's or the less A's in that damn piece of paper.

Do what you do but don't stop learning.

To achievers, stop being proud of what is written on that exam slip. Be thankful and keep on working hard.

To the not so achieving achievers, stop quoting Bill Gates iykwim. Be thankful and keep on working harder.

Make mistakes, learn, fall down, get back up again. Live life, move on. SPM dah habis, next chapter of your life starts right away. Good luck.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Taaruf


Assalamualaikum. Hye.

Bagi meraikan apa yang aku tulis dalam entry sebelum ni, aku rasa ok jugak kalau aku mulakan semula blog yang hidup segan mati tak mahu ni.

Let me do some quick entries (notice the plural form indicating more might be coming in the future) pasal diri sendiri bajet2 orang baru nak mula blogging.

Bagus juga boleh compare adakah aku orang yang sama beberapa tahun dahulu dan beberapa tahun akan datang.

Ececeh nanti lama2 bila dah takda idea, recycle balik entry pengenalan lepas lima tahun. Bijak bijak macam iklan susu Nespray.

Ok, as people already notice, nama aku di sini ialah Hikaru Yui. Dulu pakai nama yui92 sebab alias aku di mana2 pun pakai nama tu. 

Tapi macam pelik pulak pakai nama dengan nombor. So lately aku stick dengan Hikaru Yui saja.

Kenapa tak pakai nama sendiri? Sebab pendapat aku, di media sosial ni aku lagi prefer jadi anonymous saja. Bukan tak bersyukur dengan nama sendiri ka apa. 

Aku juga tak suka guna gambar sendiri atas sebab yang sama. Ok pasal gambar maybe sebab aku kurang keyakinan diri kot. Hukhuk.

Aku juga sejenis manusia yang pelik. Manusia pelik ada dua kategori. Pertama, pelik yang unik yang orang rasa best.

Kedua, jenis pelik yang orang tak faham dan dia sendiri pun tak faham diri dia so semua orang pun dia benci dan semua orang pun benci dia.

Sadly, aku ni pelik yang kedua tu lah. But idgaf anyway.

:)

Semakin tua, aku rasa aku semakin merepek. Ini sungguh menyedihkan. Aku tengok pertumbuhan kawan2 aku yang sebaya mostly ada pencapaian best2 jugak lah while here I am writing a pathetic entry for a lame blog.

Tapi aku tak rasa pulak nak bunuh diri ka apa. Cuma, lately aku rasa macam malas sikit nak hidup tapi belum rajin nak mati (ayat disclaimer).

So aku macam dah bosan la nak take part dengan benda2 di sekeliling aku. Slow2 sikit dah la ni.

Tunggu masa aku nak bosan main Dota ja maybe after that la kot aku boleh jadi productive sikit. Kot lah, kot.

As for my writing here, honestly aku still rasa takut nak tulis 100% aoa yang ada dalam kepala aku so aku filter jugak mana yang aku rasa patut.

Maybe I should stop doing that so I can learn new things kalau aku buat salah ka apa kan instead of playing safe writing nothing.

Tapi most of the time aku selalu ada different opinion so yeah I consider that as a good thing.

So that's basically it. Kalau ada apa2 nak tanya silalah ke http://ask.fm/hikaru875 lagipun inbox aku kosong ja question of the day ja tiap2 hari terasa sunyi pula. Hiks.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, March 1, 2015

What a 23-year-old should post, tweet, or blog about?


Assalamualaikum. Hye.

Entry spesis ni dah banyak kali aku tulis dan banyak kali juga aku kata dah tak mahu tulis lagi entry2 macam ni tapi tengoklah aku tulis juga. Haha.

Tak apa boleh guna trump card "ini blog aku suka hatilah aku nak tulis apa kalau tak suka tak payah baca" atau kalau nak radikal sikit boleh guna perkataan2 melibatkan najis mughallazah. Tapi tak perlu lah kot kan.

Dulu masa baru2 blogging, mestilah aku tulis sebab nak follower ramai. Bila mengenangkan rupanya blog aku ni tiada pembaca aku pun givap lah.

Lepas tu rasa nak kaya so kenal2 dengan ads dan nuffnang tapi tu pun tak kesampaian juga.

Bila dah macam jumpa tujuan hidup sikit, aku mula blogging untuk diri sendiri pulak, share cerita dan pahatkan memori kenangan terindah apa semua tu lah.

Lepas tu fasa malas.

Blog2 yang aku folo, selalunya macam tu juga. Dia ada tema awal2 tu, lepas tu mula jadi personalized, unless kalau blogger tu memang dah niche kan blog dia dan dia memang devoted dengan niche yang sama sampai kiamat.

Cuma, selaras dengan peningkatan usia blog dan penulis blog, aku tengok selalunya bentuk2 entry akan berubah.

Contohnya, dulu dia cerita sarapan makan apa dan dimana dan dengan siapa, tutti frutti berapa cawan dia telan, dia pergi zoo jumpa siapa, dan lain2 cerita. Sekarang, dah besar sikit, entry2 mula menjurus isu semasa, dan pendapat pasal isu, atau benda2 yang bermanfaat sikitlah kalau nak baca pun.

Ok, aku dah 23 tahun. Tapi blog ni masih tak memberi impresi yang aku ni dah berumur taraf belia. Banyak ja kawan2 aku yang kata blog aku ni macam blog budak2, cerita merepek, dan sebagainya.

Itu pun aku bersyukur lah sebab dia kata macam tu maksudnya dia ada lah baca jugak sikit2. Kahkah terasa sungguh loser.

But then again, what am I supposed to do? Orang cakap jadilah diri sendiri la, stay true to yourself la, buat sesuatu jangan kisah orang kata apa la, dan macam2 lagi bullshit yang in the end, people judge like there's no tomorrow.

Sebenarnya aku yang insecure dan judge diri sendiri. Tapi itu tak lain tak bukan disebabkan persekitaran juga. Mana boleh salahkan diri. Wajib salahkan orang atau benda lain. Kahkah.

Sekarang aku dah ada dua ribu lebih tweets yang 98% daripadanya tak lain ialah benda2 merepek tak memberi faedah kepada pembangunan insani atau rohani.

Facebook aku pulak mostly aku share post2 9GAG yang aku rasa cambest. Haih.

Jeles tahu, tengok kawan2 punya media sosial yang penuh dengan manfaat dan memberi kesan kematangan bila kita tengok. Tak macam aku, dah tua tapi post benda pelik tah apa2 lagi.

Nanti dah umur 60 main komputer lagi. Tu pun kalau umur 60 lah. 

Kahkahkah sedih woi oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)