Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, February 25, 2015

The Thoughts Inside


Assalamualaikum. Hye.

Be careful. Just be.

Pernah lah kan, aku tengok ada kawan aku di Facebook ni, selalu sangatlah nak share benda2 putus harapan, patah hati, kecewa kecuwi semua lah. Lepas tu nak move on.

Punya lah lama proses moving on dia tu sampai berbulan2 jugaklah. Dan tak move on lagi rasanya tu. Still sharing all those kind of posts and quotes and stuff.

Dalam hati aku macam "eh dia ni dah putus harapan katanya nak move on so move on saja lah kenapa dok share benda2 feeling macam meroyan ja aku tengok haih" something like that.

And guess what???

What you just thought, not yet give, but you already get them back. Karma, bitches.

Rasanya tuhan nak ajar, supaya jangan busy body kisah orang atau nak fikir sangat pasal hal orang sebab nanti bila kita kena hadapi situasi yang sama, rupanya manusia tend to do the same thing every time. Stuck in place, can't move on, lepas tu meroyan di mesia sosial.

Dulu2 maybe tak ada wall Fb nak luah perasaan so conteng dinding atau toreh pokok. Baguslah dengan perkembangan teknologi gejala vandalisme dan kezaliman alam sekitar dapat dikurangkan.

Tapi kita boleh belajarlah. Bila nampak spesis2 begini di mana2, tak payah judge laju sangat. Bukan nak suruh empati ke apa, just try not to be nosy. 

Cumanya kalau kita rasa dia macam merepek dan buat benda sia2, try not to do the same thing when we are given the same problem later in life.

These thoughts inside, banyak ja lagi contoh2nya cuma tak perlulah detailkan di sini sebab tadi kan dah kata tak mahu jadi busybody menyusahkan diri dengan urusan orang so lantak lah orang nak buat apa pun.

Selagi mana tak mengganggu kitaran tidur, atau proses perkumuhan harian, maka bolehlah kita abaikan dan tak serabutkan kepala dengan hal2 tak penting tersebut.

Please shut up :)

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, February 16, 2015

Sakit, Penat, dan Berpeluh


Assalamualaikum. Hye.

Benda apakah yang kalau kita nak bagi jadi best, 
kena buat sampai sakit, penat, dan berpeluh? 
Tekalah teka.

Beberapa menjak yang lalu iaitu semenjak, dua menjak, tiga menjak dan lebih, 
aku perasan sesuatu yang selama ni pun aku dah perasan tapi aku buat tak tahu.

Aku lihat ada beberapa orang, kawan2 aku jugak pun, 
yang mana mereka ini aku tengok selalu sibuk dan nampak penat. 
Muka cengkung, mata lebam, badan macam tak cukup zat, dan lain2 ciri berkaitan.

Aku nampak mereka ni sakit. 
Aku nampak mereka ni penat. 
Dan of course, mereka ni selalu berpeluh2.

Bukan, mereka bukan ada penyakit jantung, 
atau tekanan darah tinggi atau darah gemuruh jiwa semangat membara ka apa. 
No.

Mereka ni kuat berusaha. Itu kot sebabnya.

Contoh mudah ialah, bila ada apa2 program atau majlis, 
mereka ini buat kerja banyak. 
Aku bila habis program, aku pecut balik rumah. 
Mereka ini tunggu dan kemas tempat program. 
Kalau ada masak2 guna kawah, merekalah pembasuh kawah.

Nope, not me. Them.
:)

Bagus tak mereka ni? Bagus kan? 
Aku selalu nak jadi macam tu. 
Teringin tapi tak terjadi2 sampai hari ini. 
Hihi.

Kalau ada benda nak buat, kena sungguh2 dan put some effort in it. 
Kalau nak selesa all the time, memanglah takkan sakit, penat, dan berpeluh. 
Tapi nanti ada something yang, what word to describe it... 
lacking?

Benda yang lacking tu, aku tak pernah kisah selama ni. 
Tapi mengenangkan apa selesa yang aku ada, 
ialah disebabkan ada orang lain yang terpaksa bersakit, berpenat, dan buat kerja sampai berpeluh, 
aku rasa kesian pulak dengan diri sendiri.

Why can't I have perseverance in me? 
Why do I always have to run from difficulties?
Why am I so weak? 
Why it's hard for me to do that?

Tapi disebabkan darah bermalas itu sebati dalam diri, 
memang sampai masa entry ni aku tulis pun, 
aku tak rasa pulak nak jadi AJK ka apa. 
Kahkah no way never ever. 
Harap maaf. 
Kirim salam.

Cumanya ketahuilah betapa aku sanjung dan puji, 
segala jasa kamu, tak kisahlah kawan2 aku, atau cikgu2 aku, 
abang kakak aku, mak ayah aku lah especially.
Maafkanlah aku.

Now this is me.
:D

Be it in study, atau kerja2 amal, atau persatuan, atau apa saja lah,
usaha kena lebih sikit sampai badan terasa sakit penatnya dan berpeluh setitik dua.
Mungkin aku patut mula dengan diri. 
Tapi bukan sekaranglah. Eh pulak?
:)

Doakan aku rajin suatu hari nanti oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)