Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, January 28, 2015

Apakah Tujuan Buluh Dilenturkan?


Assalamualaikum. Hye.

Aku sebenarnya agak ragu2 dengan sebilangan peribahasa melayu antaranya yang pasal buluh dan rebung ini lah. Kita lenturkan buluh tu ada tujuan kah? Aku google sekali lalu tapi tak dapat jawapan pun. 

Nak kata untuk buat lemang, aku tengok lemang buluh tu straight ja pun. Dah tu sebab apa? Kalau ada siapa2 yang tahu silalah kongsi.

Ya, aku tengah nak tulis pasal isu itulah. Isu yang sinonim sungguh dengan buluh dan rebung ni.

Elok ja straight... nak lentur bagi bengkok buat apa?

Bila isu ni mula2 naik dulu, tak terlintas langsung pun di kepala aku tentang apa2 contradiction dengan Islam ke sunnah ke apa. Aku teringat pasal hadis ajar anak solat umur 7 tahun dan kalau dia tak solat umur 10 tahun kena rotan tu pun bila orang timbulkan.

Sebab pada aku, rotan anak tu ialah generally bermaksud kaedah nak ajar anak dengan punishment bila anak buat salah. Bukan semua orang pakai pun. Cuma kalau ada yang nak guna cara tu, dibolehkanlah.

Maka, bila baca artikel di internet pasal kementerian nak jadikan rotan anak itu sebagai jenayah, aku assume benda ni sebagai kementerian nak limitkan cara mak bapak nak didik anak. Tak terlintas sikit pun di kepala aku pasal benda ni bertentangan dengan Islam ke apa.

Sebab rata2 yang ulas, semua nak kaitkan dengan hadis, lepas tu ramailah pulak yang nak counter dengan mengatakan yang Islam itu tak letak pun rotan sebagai cara nak didik anak. Islam itu lemah lembut dan berkasih sayang maka merotan anak itu bukanlah nilai Islam.

And so on, and so forth. I was like, what... the... hell?

Aku rasa orang2 yang counter tu semua mesti puak2 yang kata hudud tu ganas sebab asal sebut hudud ja dia nampak potong tangan. Samalah kes rotan anak. Dia nampak kalau rotan anak tu maksudnya keganasan rumah tangga. Macam tu kot.

Padahal takkanlah mak bapak punya bengong tahap celaka sampai anak salah sikit terus nak pukul sampai berbirat ke apa. Kalau ada, haaa sumbatlah dalam lokap tak apa. Masalahnya mak bapak yang rasional dan guna rotan untuk mendidik dengan cara yang betul tu macam mana kira?

Mungkin ada yang nak kata, "ada cacat dalam kaedah mendidik anak, sebab tu sampai kena guna rotan..."oh well, aku nak tengok jugaklah cara mereka ni ajar anak macam mana.

Nasihat, cakap baik2, beri contoh teladan, bagi hadiah blablabla aku rasa cikgu2 dah buat mak ayah dah buat anak bila besar jadi jahanam juga. Anak perempuan tak tutup aurat juga. Anak lelaki hisap rokok juga. Couple juga, berzina juga.

Aku tak kata anak2 yang kena rotan jadi ahli syurga belaka. Ramai jugak yang pernah kena rotan makin rebel jadi samseng tak guna pun ramai. Aku tahu.

Tapi itu cara nak didik anak dan selagi mana dalam batasan, aku rasa tak ada satu kaedah pun yang boleh dipanggil sebagai jenayah.

Betullah artikel tu kata rotan yang menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi. Dah tu, kalau dah kena jentik pun emosi terus tak stabil, kena rotan sikit entah2 anak report polis pasal mak ayah sendiri. Ewah2 penat beranak dah tu tak boleh nak ajar pulak?

Eh budak2 bukan lahir2 terus jadi obedient boleh program dengan mulut "buat ini, jangan buat itu", "tengok ni, ikut... tengok tu, jangan ikut", "ini salah, itu betul".

Kalau anak kamu nak pergi pijak bara api, larang dia. Kalau dia nak pergi jugak, bagitahu dia bara api tu panas nanti melecur, sakit. Kalau dia nak pergi jugak, pegang dia jangan bagi dia pergi. Kalau dia nak pergi jugak, tarik tangan dia bawak pergi tempat lain. Kalau dia nak pergi jugak?

Libas kaki dia awal2 biar dia sakit tak boleh berjalan nak pergi pijak bara api daripada kaki dia terbakar sebab kamu tak buat apa2.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, January 25, 2015

Cerpendra : Balik Malaysia dan Kesengalan


Assalamualaikum. Hye.

Soalan karangan cerpendra (cerpen drama) ala2 UPSR : Tulis sebuah karangan yang diakhiri dengan ayat cliche "walaupun penat, aku berasa sangat gembira".

Ok here goes.

23 Januari ialah tarikh aku balik Malaysia untuk cuti winter walaupun ada exam lepas cuti wajiblah aku balik juga sebab nak uruskan passport dan juga hal2 dalaman yang tak enak diceritakan di sini nanti termencarut banyak pula.

Aku balik dengan Hafif (bukan nama sebenar) dan Abu (bukan nama sebenar juga). Di airport, tetiba nampak Nazirah Sukainah eh lupa pulak dia pun balik hari ni flyte yang sama pulak tu.

Mula2 tu ada budak2 universiti Kahiro kena tahan masa scan beg sebab bawak balik Baraka banyak sangat. Tapi tak apa sebab last2 setel tak kena rampas pun.

Masa nak check in, terjadilah sesuatu yang TAK DIJANGKA (baca dengan nada iklan Fair and Lovely lakonan Melisa Maureen dan Azizan Nin...ja turtle hiks bajet lawak lettew kalau ada siapa2 yang ingat).

Akak Etihad yang sepatutnya check in beg2 kami telah buat benda lain iaitu bagi offer jadah apa tah yang telah mengubah segala2nya pada hari itu. 

Katanya, flyte overbooked so kami kena transfer naik flyte lain dan oleh kerana masing2 baik hati luhur budi peribadi terpuji bagai so kami dengarlah makcik tu explain. Terus jadi makcik dari akak sebab tengah tension kan.

Mula2 tu dia offer flyte Egyptair diract flyte ke KL, sampai dalam pukul 5:30 petang which is not bad la sebab flyte ke Penang kan pukul 7 malam.

Tapi dalam offer dia tu pun rupanya banyak merepek juga. Bukannya semua orang dapat flyte yang sama pun. Lepas tu mulalah dia nak pergi buat benda lain dulu lah apa meninggalkan aku, Hafif, Abu, dan Nazirah tertunggu2.

Dalam pada itu, ada sepasang kekasih baru kawen (bukan fakta) datang join the club of the chosen ones... more like the fucked ones sebab kena transfer flyte bagai. Lelaki itu bernama Ibrahim Fitri (bukan nama sebenar) dan isterinya bernama Salimah Humaira (sudah pasti bukan nama sebenar juga sebab bunyi macam watak novel Alaf21 sangat).

So, kami semua pun berbual2 rancak untuk menunjukkan seolah2 kami ni peramah sangat padahal cakap sepatah dua saja tapi Ibrahim Firti itu agak peramah juga. Dia sebaya aku tapi macam matured la gaya dia aku pulak dengan rambut ala shaolin maka malu2lah aku yang memang sedia pemalu kerana malu itu sebahagian dari iman.

Maka bermulalah drama.

Suasana semakin mendebarkan dan semua orang sudah tensyen sebab sikap berlembut2 sangat. Patutnya, masa makcik kaunter tu (kita letak namanya Latipah) nak offer tu we should say "NO!" firmly and whatever comes next from her mouth will be replied with "Fuck you, bitch" from us. Baru mudah cerita.

Ini tak, kami dengar explanation dia, dia punya offer, compensation yang tak berapa nak compensate, siap dia lobi dengan hotel bagai pastu aku laju ja tanya "with food?" sebab masa tu memang lapar macam nak gila sebab sarapan cereal semata2 dan burger yang ditempah pun tak sampai sebab delivery jenis lambat orang dah bagitahu kata ada flyte pun tak boleh nak kawtim hantar awal padahal bukan rumah jauh sangat pun.

Lepas makcik Tipah explain semua benda, kami pulak dok sembang sesama sendiri kononnya nak discuss pros and cons padahal kalau dah biar lama2 macam tu memang maksudnya "you heard it all so it means you're taking it and fuck you all" lah kan.

And we were fucked for sure. Mula2 kami tiga orang saja. Pastu aku pun tak sure kenapa tiba2 Nazirah pun ikut join sekali jadi the chosen ones. Lepas tu tak pasal2 pasangan merpati dua sejoli tu join jugak. 

Apakah mereka ternampak ganjaran yang besar oleh Allah azzawajalla ka apa. Aku dengan Abu memang mencarut macam machine gun. Nasib baik Hafif cool. Bagus2 dia kena ada check and balance.

Tiba2 kesunyian airport dipecahkan oleh jeritan seorang makcik berbaju biru. Baju biru dia ketat standard orang arab la kan tapi zip dia di belakang as if dia pakai sweater terbalik it was funny like shit. Dah la buruk. Cantik lagi jaket Afif Ruhaifi aku. Apa jadah jaket Afif Ruhaifi? Malas nak cerita.

Aku syak dia pun sama macam kami lah jenis kena tukar flyte. Masa tu aku dah bebel sama Hafif patutnya kita pun buat macam tu, be firm and strong to say NO bukan jadi baik hati sangat nak dengar dululah apa dan seperti biasa Hafif buat pasrah dia kan lebih beriman berbanding aku.

Sambil2 tu makan marshmallow yang Hafif beli di kedai sebelum datang airport. Aku melantak paling banyak sebab aku kan tak berapa nak kenal erti kemaluan bila bab makan so aku makan ja lah dah orang offer.

Salimah Humaira siap bagi snek roti kering berperisa MSG (sebenarnya aku tak sure siapa yang bagi sama ada Salimah Humaira atau Nazirah Sukainah tapi budak perempuan la yang bagi dan aku ambik buka dan makan dengan Hafif sebab lapar. Abu tensyen sampai hilang selera makan dan dia hilang beberapa gram berat badan.

Lama sikit baru diketahui bahawa makcik berbaju biru ala2 sweater terbalik tu rupanya bukan nak kena tukar flyte ka apa tapi sebab dia datang lambat dan gate dah tutup. And I was like, "ooo..." padahal dia punya fight macam dia innocent sangat padahal dah lambat check in gate dah closed ka apa memang salah dia lah kan. Bising pulak makcik tu.

Sekejap2 dia macam cakap baik2 mungkin dia merayu kot tapi sekejap2 dia jerit2 tinggi suara aku syak makcik ini sedang PMS. Boleh jadi Premenstrual syndrome atau postmenopausal stress.

Biarlah kat dia. Lepas tu tiba2 ada satu lagi drama iaitu rupanya flyte direct ke KL pun tak cukup juga. Babi sungguh tadi cakap lain tetiba jadi lain. Dah la orang ada flyte nak kena catch up. Oh cakap pasal catch up flyte, flyte aku, Hafif, dan Abu ialah pukul tujuh, dan flyte Nazirah pukul lapan. Pasangan merpati baru kawen takda flyte domestic rasanya so mungkin atas dasar itulah mereka ambil jugak offer yang tah apa2 tu. Mulia sungguh.

Drama semakin kompleks bila flyte direct ke KL hanya ada tiga dan oleh kerana sebelum itu makcik Tipah dah kawtim sama kami siap cakap "don't tell other people" mula2 aku ingat dia nak reserve flyte Etihad yang asal tu rupanya dia dia reserve yang flyte direct Egyptair sebab ada kosong tiga saja.

Maka, Nazirah pun dilema sebab flyte dia kan pukul lapan tapi flyte yang dia kena ambik ni bawak ke China dulu dan sampai pukul berapa tah tapi yang pasti dia akan miss flyte domestic dia.

Dan, pasangan baru kawen juga terpaksa bercerai sekejap sebab flyte ke China cuma ada dua maka sang suami pun beralah dan pergi ke Turki sendirian sebab takkan dia nak biar Nazirah pergi China sorang pulak kan.

Kami tiga orang pun ok ja lah time tu dan tak terfikir pulak nak split ka apa sebab oh well, we have flytes to catch too so just get on with it lah kot.

Lepas dah agak2 pasrah tetiba ada orang cakap flyte asal Etihad tu ada satu kosong dan kami bersepakat memilih Nazirah untuk take that flyte sebab dia kan seorang. Pasangan bahagia boleh sama2 pergi honeymoony kat Chinatown ka apa dan kami tiga orang stay with Egyptair.

Rupanya kata2mu hanya mimpi di siang hari winter yang tak berapa nak sejuk sebab masing2 tengah panas hati agaknya. Last2 tak dapat pun flyte tu. Aku syak tu seat perempuan meroyan berbaju biru ala2 sweater terbalik tapi dah kalau dia tak dapat masuk, kenapa pulak Nazirah boleh masuk kan? 

Apabila sudah malas nak cakap banyak, kami pun setel tiket dan passport, dan gerak untuk pergi makan. Tak dapat hotel pun. Penipu punya makcik Tipah. Dasar lidah bercabang. Tudia sampai macam tu sekali aku geram dengan makcik Tipah.

On the way nak pergi makan, kami berenam a.k.a the chosen ones telah melalui suatu tempat yang tak pernah dilalui mana2 rakyat Malaysia di Mesir or so I thought lah dan kami dapat melihat bagaimana beg2 kargo dipunggah dah macam lawatan sambil belajar kanak2 sekolah pula.

Sampai tempat makan, dia bagi sandwich sorang satu, roti sesej sorang satu, air mineral sorang sebotol dan air gas sorang setin. Nazirah dan Salimah Humaira tak minum air gas sebab mereka kata nanti perut kembung maka kurang kejelitaan so kami pun dapat 2 tin extra. Terima kasih banyak.

Masa ini, Ibrahim Fitri sudah tidak bersama kami. Dia punya flyte agak awal so dia pergi check in siap2 kot. Aku kan kurang keramahan so aku pun tak tanya banyak. Tengok2 dia dah tak ada di situ so aku assume dia dah gerak la kot.

Dalam tandas masa nak ambil wuduk, ada pakcik hulur tisu eh baik hati pulak pakcik ni nak berhulur tisu bagai bukannya aku nak pakai pun tisu tu sebab aku ada handkerchief tapi dah dia hulur aku ambil lah juga rupanya nak mintak duit. 

Hamboih huloq tisu buleh segenih mudahnya hidup hang. Oleh kerana aku ni kedekut taik hidung _____ (tak sure sebab tak pernah rasa) maka aku pun tak bagi. Tapi aku senyum2 lah sebagai ganti sebab senyum kan sedekah. Literalis sungguh.

Lepas tu nak pergi ke Terminal 3 dari Terminal 1 rupanya jauh juga. Mulalah datang syaitonirrojiim yang menawarkan teksi tapi harga mahal gila babi. Jenis sial suka nak ambil kesempatan aku doakan mereka sempat bertaubat sebelum mati. Aku doakan aku yang bermulut puaka ini juga sempat bertaubat sebelum mati.

Lepas tu jumpa juga shuttle bus yang free orang Malaysia kan suka benda2 free so kami pun naik dan Terminal 3 here we go!

Drama seterusnya takes part there. Dia ada melepasi beberapa terminal sebelum nak sampai ke Terminal 3. Salah satunya ialah Seasonal apa tah. Lepas tu kami pun sampai di Terminal 3.

Tiba2, Nazirah Sukainah menjerit sekuat hati "Salimah Humaira! Salimah Humaira hilang!!!" dan dalam kekalutan itu, kami semua bergegas mendapatkan Nazirah dan cuba menenangkannya. Ok tipu mana ada dia menjerit bagai. Nazirah itu cool orangnya.

Rupanya Salimah Humaira sudah tersilap turun dan dia turun awal. Memang masa sampai di Seasonal tu kami macam buat gaya nak turun tapi dah tak tulis Terminal 3 so kami tak jadi turun lah. Mungkin Salinah Humaira nampak macam kami nak turun so dia pun turun laju2 sebab siapa yang sampai dulu di terminal akan mendapat hadiah misteri. Ok itu juga tipu.

Maka, Hafif yang memang sudah dikenali dengan sifatnya yang heroic telah memecut laju ke Seasonal untuk mencari Salimah Humaira. Abu mengikut sebab dia sudah lama tak exercise. Aku duduk situ saja dengan Nazirah takkan nak tinggal Nazirah sorang2 pulak kan eceh padahal sebab aku malas nak ikut lari.

Di suatu tempat yang lain :

"Oh tuhan, mengapakah aku diuji sebegini? Sudahlah kau pisahkan aku dengan suamiku, kini kau pisahkan aku dengan kawan2 baruku?"

"Apalah dosaku, tuhan? Apakah?"

Salimah Humaira menangisi nasibnya yang sudah macam cerita Adam dan Hawa. Sudahlah baru kawen, kena berpisah pula. Lepastu tertinggal group pula. Aduh malangnya nasib haih.

"Tu laa... nak sangat hadiah misteri konon. Kan dah terkalut turun bas sampai turun kat tempat lain." Salimah Humaira bermonolog. Dia tunduk mengambil sebatang kayu lalu dicoret2kan di tanah dengan simbol2 ala hieroglyph yang dia sendiri tak faham satu habuk.

tut tutt tuttt... tut tutt tuttt... 

Salimah Humaira menelefon Ibrahim Fitri, bukan mencarut. Asal tut ja mencarut eh?

"Hello, bang. Emma tersesat ni. Nak buat macam mana ni?"
"Hello, yang. Macam mana Emma boleh sesat? Bukankah Emma berpegang kepada AlQuran dan hadis?"
"Ahak... ahak... ahak... habis lawak lettew?"

Salimah Humaira sudah annoyed dan dia mematikan telefon. Dia bertekad untuk berjalan kaki sampai ke Terminal 3. Jadi apa pun jadi lah. Aku wanita kuat. Independent woman kot. Jangan main2 baqhang!

Baru selangkah, tiba2 muncullah kelibat dua jejaka dari kejauhan. Hafif dan Abu sampai. Salimah Humaira rasa lega sedikit.

"Lambat sungguh awak berdua ni sampai? Sikit lagi saya nak berjalan kaki, tahu?" Salimah Humaira merengus. Hafif dan Abu tergamam bagai tidak percaya.

Apa yang TIDAK berlaku :

"Oh tuhan, mengapakah aku diuji sebegini? Sudahlah kau pisahkan aku dengan suamiku, kini kau pisahkan aku dengan kawan2 baruku?"

"Apalah dosaku, tuhan? Apakah?"

Salimah Humaira menangisi nasibnya yang sudah macam cerita Adam dan Hawa. Sudahlah baru kawen, kena berpisah pula. Lepastu tertinggal group pula. Aduh malangnya nasib haih.

"Tu laa... nak sangat hadiah misteri konon. Kan dah terkalut turun bas sampai turun kat tempat lain." Salimah Humaira bermonolog. Dia tunduk mengambil sebatang kayu lalu dicoret2kan di tanah dengan simbol2 ala hieroglyph yang dia sendiri tak faham satu habuk.

tut tutt tuttt... tut tutt tuttt... 

Salimah Humaira menelefon Ibrahim Fitri, bukan mencarut. Asal tut ja mencarut eh?

"Hello, bang. Emma tersesat ni. Nak buat macam mana ni?"
"Hello, yang. Macam mana Emma boleh sesat? Bukankah Emma berpegang kepada AlQuran dan hadis?"
"Ahak... ahak... ahak... habis lawak lettew?"

Salimah Humaira sudah annoyed dan dia mematikan telefon. Dia bertekad untuk berjalan kaki sampai ke Terminal 3. Jadi apa pun jadi lah. Aku wanita kuat. Independent woman kot. Jangan main2 baqhang!

Baru selangkah, tiba2 muncullah kelibat dua jejaka dari kejauhan. Hafif dan Abu sampai. Salimah Humaira rasa lega sedikit.

"Hai cik adik, sorang saja ke?" Hafif berkata sambil bersiul.
"Nak abang temankan?" kata Abu pula.

Salimah Humaira terkaku sebentar sebelum dia memecut laju tanpa arah tujuan.

Kahkah itu sudah jadi cerpen picisan cliche perempuan diganggu di jalan. Ok sebenarnya mana aku tahu jadi apa sebab bukan aku yang pergi tapi semuanya selamat Alhamdulillah. Salimah Humaira selamat tiba ke Terminal 3 sambil dimusyrifkan Hafif dan Abu. 

So kami pun tunggu di situ sampai tiba waktu berlepas. Dalam flyte, macam biasa aku tidur dan bangun untuk makan saja. Tapi dalam flyte tu aku tengok cerita Maze Runner wah cambest juga cerita ini. 

Aktiviti wajib setiap kali naik flyte ialah ambik selimut flyte. Selimut Egyptair yang baru ni cantik ada corak2 burung helang dewa Horus. Kira ok lah untuk ditambah ke dalam koleksi selimut.

Aku sempat berteka-teki dengan Abu. Benda apa yang mula2 kempis, lepas tu kembung? Jawapan dia ialah beg aku bila naik flyte. Kahkah.

Naik dari Egypt dan turun singgah Bangkok, masa masuk tandas dia dan tak ada paip, aku terus tak jadi nak buang air sama ada besar, kecil, atau sederhana. I feel grossed out. Mungkin sebab aku jarang travel dan tak tengok dunia luar kot.

But honestly, aku rasa tandas yang tak ada paip ialah antara benda yang bodoh dalam dunia.

Dan ada seorang pakcik yang bersembang dengan janitor perempuan dalam tandas tu. Rupanya dia mintak botol. Aku ingat dia peramah. Lepas isi botol dengan air, dia pun do his business.

Baru aku perasan yang janitor perempuan boleh masuk tandas lelaki. Dulu sekolah aku pun, makcik2 cuci dan makcik dobi bebas keluar masuk asrama dan tandas lelaki. Cuba kalau pakcik cuci masuk asrama puteri, konferm kecoh lepas tu kena tangkap masuk lokap. Double standard ka apa ni?

Bila masuk balik flyte, aku tengok ada selimut baru di seat aku. Aku membayangkan mesti pramugari yang letak tu sudah judge aku kenapa tempat dia tak ada selimut? Ni mesti jenis blanket thief ni. Kahkahkah.

Setibanya di Penang, drama masih belum habis tahu? Aku call ayah aku atas ehsan Hafif yang sudi pinjam henset abang dia untuk aku call ayah aku. Guess what? Ayah aku still di rumah.

Oleh kerana aku malu2 alah, aku cakap yang mereka on the way. Hahaha. Lepas tu teringat yang masa sebelum sampai Hafif telah bergurau2 sambil mendoakan yang ayah aku tak sampai lagi sebab aku dah cakap besar kata yang ayah aku tak pernah lewat ambik aku di airport. Sekali doa dia dimakbulkan. Buntut betul.

Ini semua disebabkan oleh kecelaruan maklumat. Aku sambil2 nak tunggu flyte tu aku ada mesej2 dengan kakak aku. So aku cerita lah betapa fakapnya Etihad dengan nak kena tukar flyte lain apa semua.

Tapi aku tak sebut pun flyte delay ka apa so macam mana dia faham flyte aku sampai lambat pun taktahu lah. Maka aku pun tunggu di situ selama beberapa ketika. Sambil2 tu makan roti sosej dengan air milo yang bekas dia tu lagi pendek dan kecik dari tapak tangan aku.

Tapi harga sampai berbelas ringgit. Mahal gila babi ok dalam airport kan nak expect kuih seringgit dapat empat biji memang haram lah.

Selepas penantian yang tidak menyeksakan pun sebab ditemani Momo dan novel kawan aku Aizat Zihan yang aku punjam dah 9 bulan kalau orang mengandung dah beranak pun aku tak habis baca lagi ok tak lah selama tu maybe 3-4 bulan saja kot.

Rupanya on the way nak datang tu ada accident. Masa balik pun jalan sesak lagi. Aku bersyukur sebab perjalanan mak dan ayah aku selamat2 tadi. Alhamdulillah.

Singgah makan roti telur kedai mamak pastu sampailah rumah. Sampai2 di rumah, aku terus pasang laptop sebab walaupun penat aku berasa sangat gembira.

Maka kenalah online kahkah oktengsbai

Home, again. I will heal. I know I will.


Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, January 22, 2015

Sempena


Assalamualaikum. Hye.

Cakap pasal sempena, bersempena apa bagai ni, aku pernah sentuh sikit secara sipi2 di entry ini.

Tak berapa hari lagi aku akan balik ke Malaysia cuti sekejap. Winter break ni tak lama. Duduk rumah tak sempat nak panas buntut, dah kena balik Mesir. Tapi tak apa sebab aku ada urusan dan kena balik jugak macam mana pun.

People are entitled to their opinion. Mine is, baliklah rumah time cuti.
When people ask me "kenapa NAK balik?" my answer would be
another question  of "kenapa TAK balik?"

Umur dah naik setahun, diri masih sama. Same shit every year, every time. Kadang2 aku sedih, most of the time aku buat tak kisah. Idgaf lah kononnya.

Bila2 cakap nak berubah menjadi baik, jangan letak masa. JANGAN letak masa. Sebab, kalau bukan sekarang, memang takkan menjadi punya.

Tapi, kalau nak letak sempena, mungkin lah mungkin... aku tak jamin tapi aku kata mungkin, boleh.

Sebab, bila melibatkan peristiwa, dia punya catalyst tu kuat sikit. Not necessarily tapi ada dia punya possibility nak menjadi. Aku tengok banyak orang berjaya buat perubahan bersempena _____ (isi tempat kosong dengan apa2 yang sesuai).

But it depends on people jugak kot. Aku rasa dah banyak sempena sempena sempena yang aku dah go through tapi perubahan satu habuk pun tak ada. 

Mungkin sebab aku malas kot. Jadi, syarat nak guna sempena ni ialah rajin.

Bila nak rajin? Decidelah sendiri. Untuk aku, mungkin nanti, suatu hari, bukan hari ini. Kahkah sampai kiamatlah nampaknya.

Tapi, aku sangat excited nak balik kali ni sebab tahun lepas kan tak balik. Untuk aku yang balik setiap kali cuti, it's a big thing.

Banyak benda nak kena setel dan banyak benda nak kena buat. I was hurt quite a lot and now I need some time to heal. Not too much time, so aku rasa cuti winter yang tak berapa nak panjang ni ok lah untuk tujuan ni.

Lepak dengan family, walaupun tak buat apa sangat, main komputer juga sudahnya nanti, tapi the atmosphere, duduk di rumah, mak ayah ada di bawah satu bumbung, abang2 dan kakak2 ada dekat, it's a healing process.

Putting the pieces of my broken heart together, again and again.

A very much needed healing. Bersempena balik ni la kalau ada apa2 pun, or maybe lepas ni, or whatever oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, January 15, 2015

Perempuan Cantik


Assalamualaikum. Hye.

Sebagai orang yang tak berapa cantik, aku rasa segan pula nak tulis entry ni.

Tapi, disebabkan aku kan nak menulis banyak2 kan sekarang ni sebagai azam tahun baru kononnya kan maka aku tulis jugak lah kan.

Ini sekadar pendapat peribadi and how I see things. This time, the thing is perception of beauty. Bila cakap pasal beauty ni selalunya orang perempuan lah kan.

Sebab bagi aku lah, orang perempuan lebih terkesan dengan beauty standard yang entah siapa2 setup dan kita semua pun ikut dan turut macam... orang... bodoh...?

Aku pernah tulis pasal fesyen muslimah sepanjang zaman.

Kali ni mari aku tulis pasal cara nak jadi cantik pula. It's kinda ironic sebab aku sendiri pun huduh. Kahkahkah.

Ok. Sebelum mula, aku rasa eloklah aku bagitahu siap2 yang ini ialah pendapat peribadi. Sejak bila pulak blog aku mewakili pendapat orang lain pulak kan.

Cantik pada aku ada dua. Cantik yang kita boleh sebut dan bagi sebab kenapa cantik, dan satu lagi ialah cantik yang, cantik. Tak ada sebab, tak ada alasan. Cuma, cantik.

Ini contoh cantik pertama.

Nantikan lagu baru sayaaa :D

Kenapa cantik? Kita tengok dan kita tahu cantiknya di mana. Muka dia comel. Rambut dia beralun2 frizzy tapi lawa. Kulit dia cam putih melepak halus mulus maybe photoshop tapi tak kisahlah. Mata dia macam panda so sangat kiut.

Avril Lavigne kot. Hahaha.

Nampak tak macam mana yang aku cakap tadi? Ada sebab, ada benda, ada cantik yang kita nampak dan suka. So kita katalah dia cantik. Mekap ke, tak mekap ke, tetaplah cantik.

Jadi, bila sudah ada sebab, maka sebab juga boleh hilang. Bila sebab hilang, maka sudah tidak cantik lagi. Macam mana pulak cantik yang kedua? Cantik yang tak ada sebab. Cantik yang tak akan hilang.

Cantik kedua tu, macam ni.

Bila cantik yang kita rasa tu kita tak payah nak hurai panjang. Cantik tu sebab kita tak payah nak usaha keras sangat untuk nampak cantik. Cantik tu bila kita boleh terima seadanya. Cantik yang mudah.

Orang perempuan suka berhias sebab nak cantikkan diri. Macam pokok krismas. Kena letak macam2. Padahal kalau pokok gitu saja pun dah cantik sebenarnya.

Bila banyak sangat hiasan, baju warna terang2, ada aksesori sini sana, tudung pintal2 atau rambut pintal2, rantai loket besar, telinga letak subang boleh sangkut kunci rumah, etc etc etc maka cantik tu sebenarnya di mana?

Atau ada yang letak kecantikan itu pada bilangan inci kulit yang didedahkan untuk dilihat orang. Makin banyak kulit, makin cantik kononnya.

Sebab apa sampai bila2 pun tak rasa cantik? Sebab cantik kita ada pada "benda2" lain. Kita bergantung pada "benda" itu untuk jadi cantik. Sebab itu insecure tak habis2.

Ada yang lagi parah, bila definisi cantik sudah distorted. Cantik sudah dipiawaikan. Kulit kena cerah, badan kena kurus, pakai kena seksi. Kalau tak, tak cantiklah.

Lepas tu kena buat macam tu dan macam ni, letak itu di situ dan letak ini di sini, pakai mekap, pakai aksesori. Sudahnya, apa yang cantik? Kita atau perhiasan2 yang kita pakai? Kecantikan yang sebenar sudah distracted.

Susah betul macam ni.

Sebab itu, dalam Islam, kecantikan orang perempuan itu secara generalnya diperakui. Nabi cakap, orang perempuan itu seindah2 perhiasan dunia. Kenapa nak hias perhiasan? It's excessive and redundant.

Pakai tutup aurat, tudung bagi labuh, baju bagi longgar, adab jaga, dan pada masa itu, tak ada lagi distraction. Tudung labuh, baju labuh, plain pulak tu. Masa tu orang tak tumpu tempat lain nak cari apa yang cantik.

Sebab masa tu memang akan terserlah apa yang cantik. Diri itulah. Cantik. Tak payah nak tryhard sangat pun sebenarnya.



Jangan bagi sebab lain untuk orang panggil kita cantik. Jangan sebab pakaian kita, atau apa yang kita letak di muka kita. Biar kita cantik seadanya kita.

Habis tu nak ikut cara apa kalau bukan majalah fesyen atau televisyen atau artis? Siapa kata majalah fesyen, Tv, dan artis tu guide untuk menjadi cantik? Tak rasa susahkah nak ikut apa yang diajar mereka?

Baju pelik2 itu mahal, mekap2 itu mahal, aksesori itu mahal, berpakai dan berperangai macam orang tak ada maruah juga mahal sebab harga diri itu bukan murah.

Padahal tuhan dan ajar, cara untuk menjadi cantik, di samping menjaga kehormatan dan keselamatan diri. Kulit tu tak payah tunjuk pun tak apa.

Less is more. Gambar dari google.

Pandai2lah pilih wahai orang perempuan oktensgbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, January 14, 2015

Boom, Boom, Boom, CLAP!


Assalamualaikum. Hye.

Ini bukan pasal lagu Charlie XCX okies.

Aku rasa semua orang pun tahu trending sekarang tak lain tak bukan Charlie Hebdo dan bagi kita rakyat Malaysia yang aman sentosa tu, tentulah cerita K-POP peluk minah tudung atas pentas kan.

Pasal Charlie tu, aku rasa tak ada benda baru pun. It's always the same thing over and over again. Jadi sensasi sebab yang "jahat" itu ialah Islam, muslim. 

Kebebasan bersuara kononnya. Bila kutuk yahudi, dikata anti-semitic lah bagai. Tapi kalau kutuk Islam, freedom of speech pula. Freedom of speech my ass.

Freedom. Konon. Puiihhh.

Kristian? Kristian paling rileks aku rasa. Tengok sajalah berapa banyak kartun Jesus di mana2 pun ada. Tak ada pula yang melenting? Entah. Sama ada dah tak ada sensitiviti atau mungkin ada tapi aku yang tak tahu.

Cumanya betul lah seperti yang di kata, keganasan tak menyelesaikan apa2. Nabi dan tuhan tak suruh pun kita bela agama dengan cara mengasari apatah lagi membunuh mereka yang buat palat dengan agama kita.

Sebenarnya, kalau ada orang lukis kartun nabi, nabi tak marah pun. Aku rasa nabi lagi marah bila umat dia tak solat, tak tutup aurat. Aku rasalah. Tuhan pun sama, kot.

Kalau umat dia naik atas pentas peluk mamat Korea, nabi marah tak? Haaa.

Isu sekarang ni makin lama makin merepek. Banjir belum surut habis, dah tenggelam dan timbul yang lain pula. Haih.

Lelaki2 kacak, boleh buat minah tudung naik beraksi atas pentas. Itu pun nak kata orang lelaki gatal lah apa. Aku rasa sekarang ni dah sama level dah kegatalan semua manusia tanpa mengira jantina.

Mari sini aku ulang.

Manusia dan dosa, boleh setel dengan tuhan sendiri. Apa yang susah nak setel ialah bila melibatkan manusia.

Kalaulah kamu, minah tudung ke, minah free hair ke, mamat sangap ke apa, nak buat apa dengan siapa pun, silalah sila. Tapi sembunyi2 sikitlah.

Bila orang tak nampak, senang sikit taubat tu. Bila orang nampak, orang judge. Bila orang judge, kamu nak marah. Bila kamu marah, tak pasal2 kena deal dengan orang pulak.

Susah.

Ok lah. Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi dah pasal benda ni. Entah nak buat macam mana. Cakap banyak tapi kosong tak guna juga oktengsbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, January 12, 2015

Hobi


Assalamualaikum. Hye.

Bila disembangkan oleh kawan aku supaya stop main Dota, aku pun tertanya2 habis nak buat apa kalau tak main Dota?

Katanya, kalau ada masa nak buat benda lain, isi masa aku main Dota tu, maybe aku dah ada sesuatu yang BESAR sebab masa aku main Dota tu banyak lah juga.

Paling mudah kalau aku replace Dota dengan study, tak mustahil aku dapat mumtaz tiap2 tahun. Kahkahkah.

Tapi itu sudah terlambat. Dan aku pun dah malas nak target sangat. 

I'm thinking of something more like... writing? Ya lah kan ada blog yang tak berapa nak hidup ni, dengan azam tahun baru nak blogging lebih kerap, tulis pasal isu semasa (ececeh) ka apa, probably boleh lah isi masa terluang tu.

Aku teringin nak jadi penulis buku sebab ada junior sekolah aku tulis novel huuiii femes dia la ni jeles pula aku hahaha.

Cumanya, penulisan aku ni kan kelam kabut sikit so aku ragu lah kalau ada publisher nak terbitkan karya aku yang entah wujud entah tidak tu kan. Kalau wujud pun mungkin dengan kecacatan kekal. Kahkah.

Eh tapi bermimpi apa salahnya? Seronok juga berangan2. Aku selalu berangan jadi penyanyi masa di dalam tandas. Tuhan saja nampak so aku tak segan sangat. 

Selain dari menyanyi, aku juga selalu berangan buka kedai pastri macam yang aku pernah cita2kan suatu masa dulu.

Honestly aku tak ada hobi yang bermanfaat. Kalau membazir masa tu dikira hobi, still bukan hobi bermanfaat. Kiranya masa aku kurang keberkatan lah kot.

Sobs...

Entah laahhh salah diri sendiri juga membesar dalam keadaan malas belajar benda baru mari salahkan sistem pendidikan negara. 

But yeah, I'm thinking of writing stuff oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, January 8, 2015

Twenty-two No More


Assalamualaikum. Hye.

Lagu mainstream yang aku tahu bertajuk "22" ada dua iaitu lagu Taylor Swift dan Lily Allen.

Aku rasa lagi ramai orang tahu lagu TS berbanding LA. Sebab TS kan macam lagi popular. Ke macam mana?

Kalau dengar lagu TS tu, rasa macam umur dua puluh dua itu sesuatu yang enjoy, seronok, happy, berjimba, berjoli, sakan baq hang.

Lagu 22 yang LA nyanyi tu agak lama sikit. Aku rasa tak ramai yang tahu sebab LA tak berapa nak se-mainstream TS. Betul tak?

Bagi TS, umur 22 itu untuk pakai macam hipster, menari2, apa semua. LA pulak more like dealing with life.

Well, isi lagu LA agak negatif juga tapi boleh faham lah mesej dia apa. It's not a young age anymore. Dah tua. Nak mati dah pun. Haha.

Umur 22 aku akan expired pagi esok. Lagu ini akan jadi lagu kenang2an apa yang terjadi sepanjang setahun ini. Sayangnya, not everything is good lah kan. Life's like that, gitu.

Bye.

Mungkin juga memang umur 22 itu ialah untuk bersuka ria sebab aku rasa ramai ja manusia yang ada di sekeliling aku hidup seronok di umur 22 ni. Mungkinkah aku yang tak reti nak enjoy life?

Kalau tak enjoy life dan pulun akhirat, bagus juga. Ni tak, dunia tak enjoy akhirat pun tak cemerlang mana. Apa tujuan hidup aku ni? Haih.

Apparently I am still in the searching phase while I should already be figuring out my own self and my own life. Susah juga bila jasad dah tua tapi masih berjiwa anak2 ni. Kalau muka pun anak2 tap apa juga. Haih lagi sekali.

Cuma yang aku rasa aku akan buat setelah esok ialah, untuk cuba betul2 buat apa yang dikatakan berhenti memberikan tahi kepada semua benda di sekeliling aku. Direct translation that sounds not too friendly especially to pembaca yang berakhlak taraf tinggi. Kahkah.

Makin tua makin deteriorate pulak rasanya. Mungkinkah inilah masa untuk cari tuhan sampai jumpa? Sebab walaupun tuhan depan mata tapi tak nampak. Sebab hati pejam.

Tak apalah. Bak kata LA dalam lagu 22 dia tu, there's nothing to do, and there's nothing to say. Oh well. Just live now, maybe. We can all die later.

Dua puluh tiga.
Semoga tuhan ampun dan beri apa baik yang aku minta.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, January 3, 2015

Sollu


Assalamualaikum. Hye.

Salam Maulidurrasul. Selawatlah banyak2 hari ini, dan hari2 berikutnya juga okey?

Selawat sket ;)

Aku yakin dah berlambak blog dan orang share di Fb 
pasal peristiwa ajaib sempena kelahiran nabi, fadilat selawat ke atas nabi, 
dan lain2 lagilah benda yang mungkin kamu semua lebih tahu banyak berbanding aku sendiri.

Jadi tak payahlah aku ulang itu semua. Aku tulis pasal benda lain lah ea?

Bila ditanya nabi itu siapa, selain dari nak jawab utusan tuhan, 
aku rasa ramai juga orang akan jawab nabi itu sebagai role model. 
Betul lah tu kan? Apa yang kita nak ikut di sini tak lain tak bukan ialah akhlak baginda nabi.

Kenapa akhlak? Well... nabi solat sampai bengkak kaki, 
kita pulak tak solat sebab alasan kaki bengkak. 
Kahkah so mustahillah kita nak tiru ibadah nabi. 
Eh tapi memang pun kita disuruh solat sebagaimana nabi solat. 
Maksud aku di sini kekerapan lah. Kot.

Dalam banyak2 nabi yang diutuskan, kadang2 mesti kita tertanya2 
kenapa nabi kita dikatakan ada mukjizat yang paling power di alam semesta iaitu Alquran
sedangkan tongkat nabi Musa boleh jadi ular kot? 
Nabi Nuh ada kapal besar, 
Nabi Sulaiman boleh bercakap dengan binatang, kawal angin, bagi arahan pada jin. Fuh.

Kalau nak difikirkan balik, apalah sangat sebuah buku kalau nak dibandingkan dengan semua mukjizat yang lain?

But if we take a closer look, yang mampu merentas zaman sampai kepada kita, 
yang kita boleh nampak dan sentuh, ada depan mata hari2, 
tak lain tak bukan ialah Alquran itulah.

Mana dia tongkat nabi Musa? Mana dia ular? Tak tahu.
Mana dia Alquran? *ambil tunjuk*

Bukan nak compare atau merendahkan mukjizat lain 
tapi demi langkah berjaga2 kalau ada orang pemahaman slow baca 
nanti salah faham pulak maka aku explainlah.

Mukjizat nabi kita paling special sebab nabi kita juga paling special. 
Bukan nabi kita saja tapi nabi kita SEMUA.

Macam yang aku pernah tulis sebelum ni, ada sebab yang sangat munasabah kenapa nabi kita itu kelihatannya seperti biasa2 walaupun hakikatnya baginda luar biasa. 

Islam kan sebagai rahmat. 
Nabi kita pula rahmat yang paling besar kepada seluruh alam. 
Jadi, kalau nak dituntut ke atas kita untuk mencontohi nabi, 
maka Allah dah pilih nabi dengan kriteria paling mudah untuk kita ikut.

Tapi, dalam paling mudah itu rupanya ialah yang paling susah juga. Hukhuk.

Kita tak perlu wang ringgit yang banyak. 
Kita tak perlu pangkat dan jawatan tinggi.
Kita tak perlu jadi rupawan.
Kita tak perlu ada ramai kawan atau pengikut.

Nak tuhan sayang? Cukuplah dengan beramal dengan kebaikan yang tuhan ajar, 
yang nabi tunjuk. 
Jadi orang baik, ada akhlak, cukup. 
Lain2 tu pandai2lah tambah. 
Bermanfaat kepada orang lain, tak buat kemusnahan apa semua tu kan.

Peluang menjadi baik ini, tuhan bagi kepada semua orang. 
Seee-muuu-aaa orang. Mana ada orang yang tak berpeluang jadi baik.

Hal ini tak sama macam populariti. 
Kalaulah nak masuk syurga itu menuntut kita jadi popular, 
maka susahlah orang2 yang mukanya tak hensem atau tak lawa macam aku ni. 
Susahlah kalau suara tak sedap macam aku ni. 
Susahlah kalau tak kaya macam aku ni. 
Eh semua macam aku ni. Hahaha tak bersyukur ke apa.

Tapi tuhan itu baik, dan dia menciptakan kita dengan kebaikan, 
lepastu nak kita buat baik juga. 
It's in our blood. Kita pun suka yang baik2 berbanding yang jahat2 kan?

Walaupun kadang2 (atau mungkin selalu) kita enjoy buat kejahatan, 
maksiat, kerosakan, mencarut apa semua tu, 
lama2 kita akan letih sebab jiwa kita sebenarnya tak suka itu semua. 

Macam makan sesuatu yang sedap dan mahal, 
tapi tak berkhasiat dan menyakitkan perut. 
Masa makan tu kita seronok, kita suka. 
Lepas tu kita rasa menyesal pulak makan, habis duit pulak tu.

Sebab itulah agama suruh buat baik. Buat baik itu free. 
Tak kaya pun tak apa. Tak cantik pun tak apa. 
Suara tak sedap pun tak apa orang bisu pun boleh buat baik. 
Tak popular tak apa. 
Tak apa tak apa tak apa.

Buat lah kebaikan Allah balas nanti dengan kebaikan juga.

So, bila nak start? Ikutlah masing2. Tak payah nak laju2 pun tak apa, 
tapi kalau slow2 sangat takut tak terbuat sampai ke sudah pula. 
Tak payah nak banyak2 sangat pun tak apa, 
tapi kalau sikit sangat takut tak ada beza pula.

Jadi, bermulalah. Ambil apa2 sebagai bersempena untuk buat baik tu. 
Contohnya Maulidurrasul ni. 
Sempena hari kelahiran nabi, aku juga nak berbuat baik hari ini dan hari2 seterusnya,
simbolik macam kelahiran jugak lah. Ok apa?
Sikit2 tak apa. Pelan2 tak apa.

Walaupun bila kita tengok dalam cermin betapa kita ni kadang2 ada rupa munafik, 
sebab buat baik bila orang tengok dan buat jahat bila tuhan saja yang tengok, 
ketahuilah seburuk mana kita, tuhan tetap sayang juga. 
Nabi sayang juga. Kita kan umat dia.

Jangan take it for granted lah tapi.

Tak ada siapa dalam dunia ni yang tak sukakan kebaikan walaupun kalau dia dia tak kenal tuhan itu siapa, nabi itu siapa. 
Kita yang ada sedikit ilmu, kenal sikit tahu sikit, apatah lagi kan? 
Sollu ala nabi. 

Muhammad s.a.w

oktensgbai

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, January 2, 2015

The Cliche New Year New Me Entry


Assalamualaikum. Hye.

Supaya tak nampak macam nak ikut trend sangat, aku update entry ini pada tarikh 2 haribulan. Barulah rare. Aku yakin kamu semua juga bosan dan menyampah dengan semua bentuk posts tahun baru yang repetitive itu.

Kahkahkah =p

Tak ada apa yang baru tahun ini melainkan beberapa masalah yang masih tak setel sejak tahun lepas dibawa ke tahun ini untuk cuba diselesaikan ditambah pulak dengan masalah yang baru timbul dan perlu diselesaikan juga.

Masalah yang dicari sendiri sebenarnya. Hukhuk.

Azam tahun baru seperti biasa recycle tahun lepas punya tu pun kalau ada dan honestly siapa dalam dunia ni yang betul2 berpegang dengan azam setiap tahun tu? Aku dah skeptik yang azam tahun baru tak lain ialah trending media sosial sebab manusia nak perhatian. Hahaha.

Mula2 sekali, nak return to my old self. Getting rid of this headphone and say hello to my earphone again. Aku rasa benda ni attract some unwanted attention dan ditambah pula sound leakage yang agak ketara aku rasa macam mengganggu orang lain pula.

Kawan aku kata bukan headphone tu masalahnya tetapi aku yang masalah sebab aku ikut menyanyi sekali. Kahkah tak guna punya kawan. But then I am not unaware that I can't sing and I know I shouldn't sing but that doesn't mean I wouldn't sing, yes? Lol :D

Lagipun telinga aku macam dah sihat. Jadi bolehlah aku cuba uji tahap kesihatan dia dengan cara menyumbat dengan earphone. Nanti sakit lagi, pergi jumpa doktor lagi. Lepas tu kompelin ubat mahal lagi. Manusia kan macam tu sifatnya?

It's always like this.

Juga, aku cuba nak buat macam apa yang aku favourite di Twitter. Pergilah stalk (maksud tersirat : followlah aku di Twitter) sebab aku favourite satu benda saja pun setakat ni. Susah betul nak achieve sebab semuanya aku suka buat.

Lain2 tu, nak jadi anak yang soleh, hamba yang beriman apa semua tu aku rasa tak payah cerita lah. Itu sepatutnya jadi azam harian tahu?

Sebenarnya kan, orang yang buat post/meme/apa2 yang berunsur nak kondem azam tahun baru tu jeles dengan mereka yang betul2 ada azam tahun baru. Ini fakta.

Dah diri tu pemalas nak berubah for the better, maka dia cuba2 nak discourage orang yang cuba nak berubah for the better.

Tapi kalau yang jenis berazam sebab attentionseeking, atau hangat2 tahi tak kiralah tahi apa, maka itu annoying dan layak dikeji. Ini juga fakta, okay?

Yet, for some reason I really believe in, staying the same is the best thing to do.

Kan?

Betullah tahun baru itu sebenarnya boleh jadi satu sebab kalau ada yang betul2 nak berubah atau capai sesuatu. Kena stick to it lah dan berusaha lebih sikit sebab makin tahun makin tua makin dekat dengan mati.

Jangan sampai dah mati tak tercapai apa2. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku nak capai. Sampai satu tahap ada juga rasa nak give up semua dan cari tuhan. Sebenarnya itulah tujuan yang paling hakiki tahu?

However, it won't be that easy believe me oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)