Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, October 25, 2015

Rontua


Assalamualaikum. Hye.

Berdasarkan memori aku, dulu ada seorang member sekolah yang sebut orang tua bunyi macam rontua. Shortform gitu lah kot.

Aku tak pasti dia sendiri ingat ka tak dia pernah cakap macam tu. Kahkah aku pulak yang dok teringat.

Minggu lepas ambik round Geriatrics. Segan pulak nak cerita kerana kisah lama masih mengantui. Tapi tak apalah orang cakap kena move on.

Round tu bosan sikit hahaha tapi ada beberapa benda yang aku rasa aku nak cerita. Tapi memang takdalah nak buat summary chapter by chapter ka apa kan.

Apa yang aku belajar, Geriatrics dan Pediatrics sepertinya sama. Cuma patient ja berbeza. Satu cabang deal dengan budak, satu cabang deal dengan rontua.

Dua2 kumpulan berbeza, tapi banyak jugak persamaannya.

Kena bagi extra attention, senang sakit, tak tahan sakit, susceptible to infection, jatuh pun boleh sakit, tak boleh kawal kencing, dan sebagainya.

Tapi aku rasa nak jaga rontua lagi mencabar. Sebab budak2 kecik ni, baru lagi hidup. Dia bukan ingat pun apa benda time baby tu.

Rontua, dah lama hidup. Dah banyak hadapi susah senang, pahit manis, apa semua lah. Nak pulak bila dah tua, banyak benda yang dulu dia boleh buat sekarang dah tak boleh.

Kawan2 pun ada yang dah mati. Sebab tu rontua cepat stress, cepat murung.

Physiology pun banyak berubah. Paling senang orang abaikan ialah minum air. Bila tua, thirst sensation berkurang tau. So kena minum air selalu walaupun tak dahaga.

Bila tak dahaga, tak minum, nanti dehydrated, pastu dapat penyakit.

Paling pilu bila belajar bab Delirium dan Dementia. Betapa kalau budak kecik tak tahu apa, berak merata pun comel lagi.

Tapi bila rontua jadi macam tu, it's like a whole different thing. 

You know what I mean. There's no if at the front of the sentence because I'm sure as heaven and hell you know what I mean.

94 : 4-5

Oh oh ada satu benda menarik yang aku tak expect. 

Doc ada tanya popquiz laa kalau anda ada suami 65 tahun, dan ayah 85 tahum, dua2 diabetes teruk, suka makan benda manis, minum pepsi macam minum ayaq masak, merokok dan sebagainya, siapa yang anda akan nasihat untuk ubah gaya hidup dan beri rawatan?

Aku jawab ayah dia laa sebab dah tua senang sakit apa semuanya kan.

Tapi doc tu jawab lain.

It's about life expectancy.

Suami dia tu muda lah jugak lagi. Banyak lagi tanggungjawab. Nak kena sara keluarga sebab masih kategori mampu. Tapi ayah dia tu... hmmm...

Life expectancy is short, we should let them live as they like. They wanna drink pepsi? Let them drink pepsi. It is our job to help them live as they did in their early life.

Something like that.

Sama jugak macam kalau rontua ada kena buat appointment doc hari2 ka apa kan. Doc pesan jangan just buat appointment ikut masa doc.

Kalau patient tu selalu buat benda yang dia biasa buat contohnya pagi2 pergi surau, lepastu lepak kedai mamak, sebelum tengah hari baru dia kosong tak buat apa.

Maka janganlah appointment tu kita buat waktu pagi dia nak buat aktiviti tu. Buat la waktu yang dia free tak buat apa. 

Sebab nanti kita akan ubah rutin dia. Dan mengubah rutin rontua adalah tidak best untuk dia. 

Dah la life expectancy dah pendek. Kena pulak adapt dengan jadual rutin berbeza. 

Stress pakcik tu.

Faham kan? Aku harap maksud aku sampai lah. 

Ohhh satu lagi aku lupa. Doc cakap pantang larang tok nenek bila deal degan geriatric patient ialah ayat ni : "Oh itu biasa bagi rontua macam pakcik/ makcik".

No. Bila rontua komplen apa2, jangan sesekali jawab macam tu unless memang apa yang dia komplen tu berkaitan dengan physiological aging.

Aku sendiri selalu jawab macam tu sebenarnya dengan mak ayah aku. Sentap sekejap dalam kelas time tu.

Semoganya kita semua dijadikan tuhan anak yang baik, dan menjadi sebagai anak yang baik juga.

Kalau depa nak ambik gambaq gaya ni, ambik ja lah tak
payah cakap "mak dan ayah dah tua, behave sikit" ka apa. Haaa gitu.

Our parents did their best caring for us. Will we do the same?

Semoganya. Semoga.

Thanks for reading. Bye ;)