Pemollow

THYB on Facebook

Friday, September 18, 2015

Crocs Doc


Assalamualaikum. Hye.

Gonna do a recap of random stuffs happening sepanjang second exam sampai balik bercuti di rumah. Like, really bercuti di rumah. Malaysia.

Masa sebelum exam tu, aku ada jugak buat benda2 random yang tak berfaedah seolahnya tak mengambil pengajaran untuk second exam ni. Tapi tak apa lah.

Antara benda yang aku repekkan ialah pasal kasut Crocs. Sampai cari artikel2 internet semata2 nak menjawab persoalan kenapa orang benci sangat kasut tu.

Mostly, sebab hodoh katanya. In the end, it's a battle of comfy VS ugly.

I choose comfy all the time easy.

Lepas tu exam. Aku doakan kali ini aku mampu survive. Soalan MCQ memang ada yang berulang dari buku keramat tu. Walaupun ada jugak yang tak pernah jumpa. Tu tak campur lagi yang lupa.

Dan soalan esei aku punyalah nak abaikan soalan case sebab nak fokus jawab short questions bagi full marks kononnya sekali aku silap jawab soalan non infective corneal ulcer aku jawab pasal conjunctivitis.

Kemain lagi konfiden sangat.

Tapi lusanya, exam oral doc tak pressure sangat dan ada support sikit2 lepas tu exam slide pun aku rasa macam ok lah boleh tahan.

Semoganya najah lah. Malas dah nak menyusahkan mak bapak. Ececeh time exam first tu tak teringat mak bapak kot? Kakaka.

Menyambung cerita Crocs, walaupun aku bukanlah jenis yang kisah apa kata orang, tapi sebenarnya aku kisah juga.

Aku plan nak balik Malaysia pakai Crocs yang aku sebat dari Teng masa dia balik Malaysia dulu. Sebabnya di rumah aku pun tak berapa nak ada selipar yang boleh aku pakai hari2.

Pastu, nak tinggal kasut tu di rumah dan beli Crocs yang proper (bukan yang rupa kuda) atau sandal. So aku pun kajilah adakah betul Crocs ni dibenci masyarakat dan orang yang pakai Crocs akan dipulaukan.

Tapi peliklah juga. It's 2015 now. We love gays and we hate Crocs. For me, it's weird.

If I say "I love Crocs", would it be as if I'm coming out saying "I'm gay?"? Goodness gracious the world nowadays...

I love it. Please kill me.

Lepas tu masa tengah transit di Abu Dhabi, ada orang Mesir tegur aku. Dia tu sebenarnya doc dari Mesir juga. Stadi di Mansourah tapi dah practice dah la sekarang. Grad 2010. Lama dah.

Dia kata dia approach aku sebab dia assume aku doc sama macam dia. Tahu alasan dia apa? Sebab aku pakai Crocs tu lah.

I'm not sure sama ada dia nak cakap yang aku ni selekeh med student yang tak berwibawa sebab pakai Crocs atau memang di Mesir doc2 pakai Crocs belaka.

Sembang2lah sikit sambil disampuk seorang akak student oversea juga dari mana tah Edinburgh kot kalau tak silap.

Akak tu jenis minah shawl pakai sweater kat pinggang. Haa bukan akak purdah macam di Mesir la. Saja nak describe.

Aku pun tak pasti dia tu akak ke adik sebenarnya tapi aku assume akaklah sebab nampak konfiden semacam ja selalunya kalau adik2 ni tak berapa nak bunyi sangat. Ka camna?

Sepanjang perjalanan selamat saja takda pulak orang nak baling batu ke apa sebab aku pakai Crocs tu. Dah la tiruan. Kakaka.

Mungkinkah aku akan beli juga sepasang nanti? 

Dan kepulangan disambut oleh anak2 sedara yang comel2 dan bergerak aktif. Internet pulak slow. Kiranya ok lah jugak kot mungkin aku akan lebih bersosial dan kurang berlaman sosial. 

Nak main Dota pun ping tinggi macam kiwak lepas tu orang2 yang main di server SEA ni macam bangang2 ja semuanya aku pun tak tahu kenapa.

Masa main di server EU rasanya taklah sebangang ni.

Since nak main Dota pun macam tak selera, dan nak buat apa pun internet slow, mungkin update blog ialah the best thing to do. 

Setakat ini saja kot random stuff to share. Nanti2 tulis lagi. Oh nanti aku cerita pasal album baru Lana Del Rey yang aku dah melanun tak berapa hari yang lalu.

Best lah jugak album Honeymoon tu. Kena la dengan mood aku sekarang ni. Haha.

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

amira faqihah said...

haha kalau bdk mesir,memang crocs la paling senang nak bawak bejalan

Hikaru Yui said...

@amira faqihah kan? selesa dan praktikal gitu.

tp huduh lah skit. hehe