Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, August 13, 2015

Lolimah


Assalamualaikum. Hye.

Sebagai penulis blog yang hidup segan mati tak mahu, bila ada yang request entry, terasa seperti dunia ini aku yang punya, tahu?

Hahaha tak kisahlah kalau just sekadar nak ambik hati pun aku tetap tacing gittew. So suwiit. Tengkyu lah lagipun aku kan tengah berduka (rujuk entry sebelum ni) so bolehlah nak bajet2 sibuk.

Actually member aku nak aku tulis pasal fesyen lolita muslimah (lolimah?) yang kononnya berasal dari Jepun itu. Boleh tengok videonya carilah di internet.

Ok honestly aku rasa fesyen lolimah ni tak best. Hahaha.

Bagi aku lah, fesyen is whatever yang kita letak atas badan untuk tutup kulit dan aurat dan antara syarat2 wajibnya mestilah selesa dan praktikal.

Fesyen lolimah tu aku tengok (based on the video) nampak serabut dan banyak sangat aksesori. Skirt kembang2 dengan payung di kepala bagai, nampak semak gila kot.

It looks more like a costume rather than a dress. Girls, why not keeping it simple? Carilah fesyen yang logik sikit. 

Macam tak cukup lagi fesyen shawl berbelit tengkuk bercucuk 1024 batang jarum di kepala. Kahkahkah. 

Minah ni kata dia suka kaler pink. Huk aloh baju kurung pun ada kaler pink lah.

Cuba bayangkan kalau tengah pakai tu, lepas tu nak terberak. Kan susah? Nak sangkut mana segala mak nenek aksesori jadah tu?

Tapi dah zaman moden ni mesti semua orang nak perjuangkan hak asasi bagai kan? Kalau dah rasa seronok sangat nak pakai macam tu, pakailah.

Cumanya kalau ada depan mata aku, aku tak pujilah. Kalau ada dalam family aku pakai benda2 tu, aku cakaplah buruk. 


Kalau nak pakai pergi party atau study group di rumah member, aku rasa takda masalah nak lolimah ke apa. Tapi kalau nak panggil benda tu fesyen dan pakai hari2... hmmm... no thank you?

Pakai tudung bawal pun bersiap setengah hari. Inikan pulak skirt ropol2 bertampal aksesori sambil junjung mahkota atas kepala.

Kalau dah nak sangat tiru anime, carilah yang berjenis sikit. Aku cadangkan fesyen shinigami macam Unohana Retsu pakai ni. Kan nampak lebih sopan dan kurang keserabutan?

Rambut dandan di depan tu boleh pakai dalam rumah.

Habis susah, pakai ja t-shirt lengan panjang dengan seluar straight cut dan tudung yang sesuai. Mudah, murah, senang bergerak, senang nak berak, all the good stuff.

Oklah babai.

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: