Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, August 18, 2015

In The End, My Ears Are The Music Critics I'm Gonna Listen To


Assalamualaikum. Hye.

Sebulan dua ini, selain daripada melanun album2 baru artis kegemaran atau potential artis kegemaran, aku juga rajin dan pulun menelaah album review.

Kalau tak rajin nak baca, aku akan dengar. Aku ada follow beberapa channel album review di youtube.

Tapi aku tak pasti lah sama ada taste aku memang teruk atau those reviewers yang tak ada hati perut tapi most of the time review2 tu kutuk artis pujaan aku dan bertentang langsung dengan aku punya expectation.

Selalunya kalau review bertulis bunyinya sedap sikit. Ni yang jenis review dalam bentuk video, huuiii dia punya kondem dari mula sampai habis.

Aku rasa mungkin sebab aku takda lah nak explore sangat lagu2 atau artis2 ni semua. Aku dengar mana yang aku dengar saja lah.

Nak kata minat mainstream media, aku rasa aku tak dengar radio sebab almost semua lagu dalam radio aku tak suka.

Kalau aku dengar lepas tu aku suka, aku cari lah. Lepas tu aku dengar lagu2 lain dari artis yang sama. Kalau best, aku cari album dia. Pastu download. Pastu tak dengar dah. Kakaka.

Cumanya, bila aku dengar review from those people pasal certain artis, aku cuba2 dengar tapi tak best pun. Mungkin tak sama preference kot.

Habis tu, celah mana pulak pendapat dia lagi valid dari semua orang? Aku assume dia ada pengetahuan pasal muzik kot, atau instrumental, atau nak kaji lirik and whatnot.

As for me, aku layan ja lagu apa pun siapa nyanyi pun asalkan aku rasa sedap. Apa yang penting, aku akan suka artis tu based on herself/ himself/ themselves (kalau band).

Aku tak suka mainstream media sebab selalunya serupa ja siapa pun. Kalau artis tu ada something different, dia nyanyi huduh pun maybe aku akan suka. Haha.

Hence, aku dengar review2 tu semua just untuk dapat insight sikit2 dan selebihnya aku tak hadap sangat pun. I still love those singers they hate.

Contoh : Lana Del Rey. Aku tak tahulah kat mana kurangnya minah ni tapi reviewers hate her sooo damn much. 

She's not the best singer I know that tapi setakat ni, LDR bagi aku best laa sebab... I don't know I just like her songs, and her voice.

Lyrically and thematically, dia macam terencat sikit tapi tak kisahlah. Haha.

One of the best thing on the internet.

Dulu2 aku minat Avril Lavigne saja sampai dalam mp3 player dulu aku rasanya 90% lagu Avril. 

Sekarang ni dah ada beberapa artis kegemaran baru. Nanti2 aku tulis. 

Tulis apa? Pi stadi. 

Mari stadi. Kakaka tak sedar diri betul. Eh kasi can laa ak rehat sekejap.

=p

Thanks for reading. Bye ;)

1 comment:

Aini Shah said...

Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)