Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, June 11, 2015

Uftalmulugia


Assalamualaikum. Hye.

Sebelum aku publish entry pasal Projek Sains (lah sangat), aku rasa ok jugak kalau cerita pasal end round Ophthalmology dulu.

Semalam exam clinical. Ada tiga patients, kena buat test dan jawab soalan sikit. Stesen pertama aku dah sangkut. Dah la doc yang jaga tu doc group aku. Mesti dia kecewa. Kahkahkah.

Stesen 1, check cornea. Aku takdalah sangkut teruk sangat. Benda yang kena jawab tu aku boleh jawab, maybe sebab dah hafal jawapan masa di luar. Hahaha.

Masalahnya ialah, aku tak buat test tu sendiri. Doc Basem assist aku untuk tiga2 soalan kot. Dia bagi klu lah macam Blue's clues tu. Sepatah dia bagi hint, sepatah aku bagi jawapan.

Stesen 2, check pupil. Stesen ni ok kot sebab smooth saja. Check reaction, komen sikit, cakap ada opacity, probable cause, type apa semua. Doc tu pun lepas terus.

Stesen 3, check ocular motility. Stesen ni hancus teruk. Doc tu tak cakap apa suruh buat test saja. Aku terus gabra. Buat mana yang teringat, dan banyaknya tak ingat la. Haih.

Aku sampai cakap kat doc tu, "Doctor, what's YOUR question?" sebab budak semalam cakap, stesen ocular motility ni doc akan tanya muscle apa buat pergerakan mana or sort of. 

Sekali time aku, doc tak tanya apa2. Maunya tak gabra. Terus hilang apa yang ada dalam kepala. Eh pernah ada dalam kepala kah? I doubt it.

Hari ni pulak exam slide. Aku rasa tak lah fakap sangat. Banyak jugak tembakan2 aku mengena. Aku agak positif yang aku betul more than half. Harap2lah.

Tapi problemnya ialah "portfolio" assignment aku yang macam haram jadah tulisan tangan, takda gambar, jawapan tak lengkap, dan lain2. Tak apalah tolaklah markah aku tapi jangan bagi kosong sudah la. Huehuehue.

What eyes can't see, the mind can't know.
Contohnya, jawapan exam. Kahkahkah

Less than 2 weeks is final exam. Hamagad.

Semoga baik2 saja. Doakan. 

:)

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: