Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, May 24, 2015

Tangan Dua Cuma


Assalamualaikum. Hye.

Sebelum ni, aku bolehlah dikatakan jenis yang suka mengumpul.

Apa benda yang aku dah ada, aku tak kisah nak ada yang lain. Menambah koleksi, biar banyak. Kalau yang ini dah bosan guna, ada yang itu.

Berjenis2, bukan cuma satu. Boleh tukar2. Boleh pakai yang lain.

Dulu, masa aku tak jaga diri sendiri.

Kain baju, makan pakai minum aku, ada orang yang tolong jagakan. Aku tak risau.

Mungkin sebab itu, aku dulu tak kisah untuk ada lebih dari satu. Saling ada, saling menjaga. Aku tak sendiri. Ada yang tolong.

Cuma sekarang, dengan tangan aku yang cuma ada dua, aku semakin tak larat.

Penat bahu nak pikul, bukan setakat barang yang ada bentuk. Kadang hati yang terlalu abstrak, sekejap halus sekejap keras batu, sekejap sejuk sekejap membakar, sesak jugalah nafas aku.

Aku tak larat. Rupanya aku bukan jenis yang kuat.

Apa yang ada, aku sekarang suka lagi kalau aku jaga seadanya, yang lain, aku lepaskan.

Sama ada berpindah milik, hilang, atau aku ucap selamat tinggal.

Dulu susah juga sebab sentimental sangat. Apa saja aku simpan, pembungkus gula2 pun berzaman2 baru aku buang.

Masa di sekolah dulu, aku simpan pembalut gula2 bawah plastik alas meja. Hiasan, kata aku.

Dan itu barunya gula2 murah beli di koperasi sekolah. Apa cerita masa diluang, emas tak ternilai katanya orang? 

Suara yang aku dengar dan ingat terngiang2.

Dan bila aku nak buang kamu dari hidup aku, dan aku rasa rindu, sayu. Apa kamu tak rasa yang sama semasa kamu buang aku dulu?

Apa kau datang semata2 nak ucap selamat tinggal dibila nanti? 


Thanks for reading. Bye ;)

No comments: