Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, May 2, 2015

Tamak Ebola


Assalamualaikum. Hye.

Semalam berlaku satu peristiwa yang buat aku sedar rupanya sifat tamak itu ada dalam diri cuma kita tak perasan.

Kadang2 tak sedar langsung pun. Serius. Scary gila kot.

Kisahnya bermula, Dota 2 The International Championship dah on going. Kiranya dia punya promosi, jualan2 compendium semua dah start.

So biasalah bila keluar compendium, community market akan jadi huru-hara sikit.

Aku rasa macam malas nak beli compendium walaupun item2 lawa nak mampos buat diri ini kepingin gittew.

Tapi aku dah transition dari pengumpul item kepada penyimpan item yang aku nak pakai saja. Lagipun dah ada steam wallet so malas lah nak trade2 bagai. Ada nak apa2 beli terus dari community market lah.

Lagipun trader semua sekarang ni dah macam yahudi. Tamak dan kedekut dan suka hisap darah trader lain. Eh bunyi macam racist pulak.

Jadinya aku pun tak pusing sangat lah pasal benda tu. Tiba2, dalam tengah excited tengok update, sekali aku punya balance steam wallet jadi 100 USD lebih. And I was like, what???

Rupanya2 unusual courier aku ada orang beli. Dan tahukah kamu apa benda first yang aku buat?

Aku cari balik gem yang ada kat courier tu nak recheck harga. Tapi listing semua dah zero. Masa tu community market tengah messed up. Then terlintas satu benda dalam kepala aku.

Harga naik kah? 100 USD tu harga ok atau rendah sangat sampai ada orang beli? Patut boleh jual lagi mahal tak? Ahhh ruginya tak check semalam.

Money money money.

Nampak tak aku punya dysfunctional waktu tu? This tamak thing just came out of nowhere. Aku sendiri rasa tak percaya how could I ever be like that.

Teruknya rasa.

Dan mungkin tuhan nak ampunkan aku (if tamak is ever a sin lah) maka dia pun ambik balik 100 USD tu sebab malam tu transaction reverted.

Rupanya ada glitch dalam community market tu decimal point apa benda tah yang melibatkan rupiah dan dolar.

Aku syak nilai rupiah tu jadi dolar kot so indon kan kaya berjuta2 rupiah dia ada so tetiba jadi dolar maka mereka pun rampage shopping spree lah. Agaknya lah aku pun tak tahu.

So aku pun sedihlah sebab hilang 100 USD tapi tak sedih sangat sebab masih kaya lepas tu courier pun dapat balik cuma nak jual courier memang tak senang lah kan.

Cumanya nak cerita, even with virtual money pun manusia yang tak punya apa boleh jadi macam tu, apatah lagi bila duit fizikal ada depan mata.

Patut la rasuah berlambak. Orang salah guna kuasa demi kekayaan dan macam2 lagilah. Penindasan, eksploit, monopoli apa semua. Huh seram jugak lah.

Semoga hati tidak rosak.

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: