Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, May 31, 2015

English Teacher, Pastry Chef


Assalamualaikum. Hye.

Jumaat ritu, ada senior universiti aku datang buat talk. Super senior jugak lah sebab antara batch2 yang paling awal di Ainshams tu.

Selama ni aku ingat JPA hantar ke Mesir mula2nya Ainshams, lepas tu tukar ke Kaherah, baru2 ni ja hantar Ainshams semula. Simplified version betul.

Rupanya ramai jugak pun lulusan2 Ainshams ni. Kira hebat jugak la. Bangga jugak la sikit.

Benda biasa, bila ada senior yang dah grad, dah pass HO, dah jadi MO, atau nak sambung apa2 specialty, maka benda yang dicakapnya hampir2 sama.

Soalan2 yang budak2 tanya pun hampir sama. 

Tapi talk haritu bagi aku agak seronok lah. Semangat rasanya bila tengok grad universiti aku ni rupanya power2 juga. So kalau dia boleh, basically orang lain pun ada peluanglah juga.

Kata brader tu, momokan2 grad Mesir tak power apa semua tu takdalah betul pun. Depends dengan orang jugak kot.

Tapi beza darjat kerajinan beliau dengan aku, mungkin ada sedikit ketara. Haha.

Apa yang buat aku jadi sayu ialah bila dia cerita part cabaran kerja tu lah. Setiap kali pun teringat benda yang sama.

What the hell am I doing here? Rasa down sangat. Frust. Gittew.

Brader tu kata lagi, degree medicine ni tak semestinya kerja nanti jadi doktor. Boleh ja nak kerja benda lain. Ada banyak jugak peluang nanti.

Tiba2 aku teringat balik cita2 aku dulu atas apa subjek yang aku paling suka di sekolah. Bahasa Inggeris. Seronok tulis essay, join kelab debat bagai.

Atau benda yang aku rasa suka tengok dan rasa inspired iaitu kerja kedai roti. Aku rasa tu pun best jugak. Buat roti, bagi orang makan.

Entahlah. Aku pun pening juga.

Kadang2 nak jadi ahli sihir, tukang tilik, ramal masa depan, menumpaskan jin dan jembalang.

Mungkin kalau dah tuhan letak aku di sini, ada dia nak bagi apa2lah kot. Mudah2an aku mampu sabar. Dan redha.

An apple a day keeps the doctor away.
But if the doctor is cute, screw the fruit.


Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

izzati husna said...

kalau doktor camni punya kiut iolzz curi bawak balik u hahaha

Hikaru Yui said...

@izzati husna kakaka ambik bela di rumah. senang bila2 sakit pun xpa.