Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, April 5, 2015

To Lace Or Not To Lace


Assalamualaikum. Hye.

Haritu aku join bengkel penulisan (lagi).

inb4 dah masuk bengkel penulisan pun guna bahasa rojak lagi.

Well, aku join nak tambah apa yang kurang. Bukan aku tak tahu penulisan tu apa. Tapi, bila ada yang nak kongsi, why not just go and learn some new stuff?

Even if it's not new, there's still no harm, kan?

Basically, bengkel tu banyak share pasal disiplin2 menulis, adab2 semua tu lah. Lepas tu ada lah sikit2 teknik2 menulis dan apa yang perlu dibuat untuk menghasilkan karya patuh syariah.

Haaaa jangan ingat syariah ni dalam usrah saja tahu?

Ada kertas kerja dengan banyak info dan padat jugaklah untuk aku sendiri pun. Nanti2 aku share.

Entry ni cuma respon peribadi aku lah pasal penulisan as a whole. 

Sebelum apa, mungkin aku ni, mungkin lah bukan ditakdirkan untuk masuk bidang penulisan secara serius because I don't have what it takes to be a writer.

More precisely, I don't want to have what it takes to be a writer.

Sebab rata2 dari pengisian bengkel tu cakap, nak menulis kena begini, nak menulis kena begitu. Maka, memang tak kena lah dengan jiwa aku.

Aku prefer buat ikut suka hati sendiri. 

Tapi, penulisan yang baik itu ada ciri2nya. Bahasa, gaya tulis, tema, blablabla yang memang aku tak pernah ambil pusing sebab aku malas. Haha itu lah sebabnya pun.

Jadi buat masa ini, cukuplah berblog kot. Mimpi memang lah nak tulis buku. Nanti2lah.

Kenapa nanti? Ada dua sebab.

1. Who I am?

Karya2 tulisan yang agung2 tu mana ada tulis pelik2 ni. Memang pun setiap satu itu teliti, banyak usaha dicurah baru boleh hasilkan tulisan yang bagus. Maka kepemalasan aku ni memang tak deserve lah tulis buku. Hahaha. Sobs...

2. What I want to do?

Sama macam yang atas, tapi kali ni apa yang aku sendiri nak buat. Bila ada syarat2 penulisan yang baik, aku secara automatik lose interest sebab aku tak rasa benda yang bebas perlu bersyarat.

Pasal itu tak boleh ini tak boleh, maka aku pun bertambah malas,

Betul lah betul takkan nak tulis benda sia2 tak bermanfaat nanti tuhan marah pula. Cumanya aku tak suka bila ada yang berautoriti nak letak label bagus tak bagus. Who decides that? Bukan penulis tu sendiri kah?

Hurmmm aku sebenarnya tak tahu nak explain macam mana so ini pun penghalang juga. Bila orang baca tak faham, gagal lah penulis. Well... yang ni aku setuju.

Sambil2 tu nanti, aku share benda yang best dalam kertas kerja tu nanti. Oh aku juga ada tanya soalan dan jawapan tu ditulis atas kertas sebab aku tanya luar waktu pembentangan.

Lain entry aku to lace.

=p

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: