Pemollow

THYB on Facebook

Monday, April 6, 2015

To Lace Or Not To Lace 2


Assalamualaikum. Hye.

Sambungan dari entry hari tu, aku nak share soalan yang aku tanya di luar waktu pembentangan tu. Plan nak tulis soalan sekali tapi kertas tu dia tak pulangkan. Soalan dijawab atas kertas baru.

More or less, soalan aku ialah pasal personalization (not a real word) penulisan tu sendiri.

Akak tu ada la cakap pasal kena jadi diri sendiri, gaya menulis sendiri, identiti penulis, dan lain2. Jadi soalan aku ialah macam mana nak keep all that and at the same time nak menulis. 

Benda2 yang macam dalam entry lepas iaitu berdisiplin, gaya bahasa standard, kena tulis orang faham, dan segala mak nenek peraturan yang aku benci tu lah. 

So here goes the answer. Aku salin sebijik2.

Wassalamwbt...

'Setakat mana' itu satu lapangan yang tiada had bagi penzahiran identiti penulis. Untuk permulaan, saranan saya, agar :

1. Mencuba menulis dalam pelbagai genre/ topik/ bidang.

2. Nilai hasil penulisan melalui perbandingan hasil-hasil penulisan diri yang telah dibuat melalui :
-kritikan pembaca
-kritikan daripada orang yang mahir dalam bidang/ topik/ genre.

3. Setelah 2 langkah di atas, saudara harus berusaha menulis dalam satu lapangan/ genre yang saudara benar-benar mahir.

4. Untuk bacaan/ hasil karya yang diterima umum - dinasihatkan agar saudara memilih topik yang menyentuh semua peringkat umur, semua lapis pendidikan merentas masa.

5. Zahirkan identiti melalui 
-gaya bahasa
-genre (non-fiksyen, fiksyen)
-topik

Boleh rujuk satu petikan Raja Ali Haji dalam "Gurindam Dua Belas" :

"Cari olehmu sahabat,
yang boleh dijadikan ubat.

Cari olehmu guru,
yang boleh tahukan tuap seteru."

Jadi, situasinya sama dengan identiti seorang penulis. Pembaca mencari penulis yang membuka dimensi fikir untuk dijadikan prinsip pegagngan dan sandaran.

-K. Hani & K. Sarah-

Haaa itulah dia lebih kurang soalan aku dan itulah dia jawapan yang aku dapat. Terima kasih banyaklah sebab sudi menjawab.

Walaupun ada beberapa part yang masih kabur2 gittew. Hahaha.

Ok rasanya aku ada jugaklah tulis pelbagai bidang ni. Nak kritikan pembaca tu susah sikit sebab blog ni ada orang baca kah? Komen pun haram nak ada. Kahkah.

Lepas tu nak fokus genre apa? Entah no idea.

Nak zahirkan identiti melalui gaya bahasa, gaya bahasa aku punah-ranah tunggang langgang semua ada. Nak zahirkan melalui genre, tadi dah cakap no idea. Nak zahirkan melalui topik, haaa dulu2 blog ni suka tulis topik aurat. Kakaka.

So yeah I'll see what I can do. Thanks again for the lovely reply. I really appreciate it.

Berat sungguh menulis ni. Tu yang malas tu. Kikiki.

Bukan aku nak menulis sangat tapi betul lah antara mimpi2 yang teringin nak capai ialah tulis buku gitu. Tulis hapa benda merepek ja lebih,

Aku juga sedang mula2 nak membaca buku. Oleh kerana aku ni bukanlah avid reader, so aku baca ikut penulis. Yang mana aku suka dan kenal, aku baca lah.

I don't know. I just do stuff according to me. I know it is gonna take me to Nowhereland. But I just don't really care.

Actually, I care. A bit.

=p

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: