Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, April 19, 2015

Telur Goreng


Assalamualaikum. Hye.

ARAHAN : GORENG TELUR UNTUK DIBUAT LAUK NAK MAKAN DENGAN NASIK.

Mudah tak arahan di atas tu? Macam mudah.

Lalu mak kita atau ayah kita pun ajar cara nak goreng telur. Pilih telur, letak minyak dalam periuk, panaskan periuk dan minyak, masukkan telur, tunggu sampai masak, kalih2 sikit, angkat. 

Lepas tu makan lah dengan nasik.

Kadang2 mak dan ayah tak ada, abang kakak ada. Kawan2 pun ada boleh tolong kalau tak tahu.

Mudah sebenarnya kalau ikut step, ikut cara, dan yang paling penting, tak banyak songeh.

Kita kadang2 meletakkan diri dalam situasi yang kita sendiri tak tahu jawapan. Tapi disebabkan kasih sayang orang kepada kita, dimudahkan cara juga.

Kalau nak letak kicap boleh tak?
Kalau nak letak lada boleh tak?
Kalau nak separuh masak boleh tak?
Kalau nak letak bawang boleh tak?

Kalau nak buat telur bentuk bunga, boleh???

Selagi mana sesuai, yang kita sendiri tengok pun kita boleh tahu, sekadarnya itu, gorenglah telur tadi sebagaimana yang kita mahu.

Tapi, sifat kita, makin lama makin menjadi sebenarnya.

Kalau letak milo boleh tak?
Letak cuka dan esen vanila boleh tak?
Goreng guna minyak rambut boleh tak?

Bila diajar goreng telur di dapur, kita segaja cari masalah lain. Betul, zaman berubah, ada yang guna dapur elektrik. Apa boleh goreng telur kalau tak guna api? 

Hal berkaitan, boleh difikirkan. Kita bincang cari jawapan.

Nak goreng di luar rumah, tapi hujan jadi macam mana nak buat?
Goreng tepi jalan. Asap kereta, habuk, asap rokok. Boleh makan lagi?
Tak ada minyak. Ganti dengan hydrochloric acid boleh tak?
Macam mana nak goreng telur di dasar laut?

Asal benda yang mudah, kita susah2kan. Soalan yang berkadar, kita jadikan besar. Benda yang boleh difikir sendiri, kita rumitkan sampai sesat jalan mati.

Kalau goreng telur sambil menyanyi boleh? Sambil melompat?
Nak goreng telur pakai tumit tinggi boleh?
Kalau pegang terus telur dalam periuk panas tu tak pakai sudip ok tak?
Kenapa nak guna minyak? Guna air tak boleh?
Kalau masa tengah goreng telur tu berlaku gempa bumi, nak teruskan menggoreng atau lari?

Lepas tu kita kata goreng telur itu susah nak mampos. Malas lah nak goreng telur. Makan nasik kosong saja lah.

Ini cerita pasal goreng telur. Agama pun macam tu lah lebih kurang.

Thanks for reading. Bye ;)

7 comments:

Muhammad Iqbal said...

antara entri yang matang, kehkehkeh

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal wahhh dah lama xdipuji. kakaka

:: HR :: said...

thumbs up!

:: HR :: said...

thumbs up!

Hikaru Yui said...

@:: HR :: ty

*publish dua2 komen utk bagi nampak banyak*

:: HR :: said...

erk, system error la.

Hikaru Yui said...

@:: HR :: hahaha hg tekan komen tu laju2 tu sbb tu lekat dua kali.