Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, April 12, 2015

Friendship Never Dies, But We Do (reblogged)


Assalamualaikum. Hye.

Ini entry lama yang aku dah delete tapi sebelum delete aku simpan ke sini sebagai reblogged entry lah sangat padahal entry sendiri tak malu betul reblog entry sendiri kahkahkah.

Cumanya aku rasa relevan, sebab masalah aku hari ni, terlalu sama macam apa yang aku pernah tulis dulu. Dan aku malu.

Bila dulu tulis kemain sebab bukan kena pada diri. Sekarang boleh rasa. Susah rupanya nak live up to our own writings. Ok here goes.

***

Aku tutup nama orang yang tanya. Dulu aku terpublish dengan nama dia kot. Haih.

Jujur aku katakan, banyak strangers dalam hidup aku sekarang ni. Kawan2 yang dah lama lost contact sejak sekolah tutup, lepas tu jumpa masa ambik result SPM, lepas tu hilaanggg.

Sebenarnya aku kot yang memencilkan diri. Haha tiap2 kali nampak online di Facebook rasa nak message chat tapi dalam masa yang sama rasa macam mengganggu dia pulak nanti. So tak jadilah nak chat.

Mungkin situasi yang sama berlaku pada kawan2 kita, dan kita merasakan kawan kita menjauh. Lalu kita pun malas nak kecoh lebih. Dia ingat kita sibuk kita ingat dia sibuk dan dua2 pun sibuk lepastu kemesraan pun mula pudar seperti lagu Rossa kurasakan pudar dalam hatiku rasa cinta yang ada untukmu ececeh.

Jadi sebab itu aku rasa apa yang boleh kita buat ialah confront kawan kita tu. Confront di sini bukan maksudnya kita pergi soal dia macam2 lagak kita pihak polis dan dia tu pesalah juvana. Bersemuka dalam erti kata tanya elok2 kot2lah ada kita buat salah ke apa kan?

Lepas tu kita kena act natural. Act bermaksud perbuatan kita pada waktu itu, bukannya berlakon. Sebab kadang2 memang kawan kita betul2 sibuk lepas tu buat macam tak layan kita tapi kita terasa lebih mengalahkan orang ada mood swing.

Ada sesetengah manusia dilahirkan dengan genetik suka menyendiri maka dia pun macam tak berapa nak click dengan kita sangat. Tak payah terasa dengan orang macam ni. Aku kenal seorang sahabat yang bercirikan karakteristik tersebut. Sakit hati sungguh nak dapatkan perhatian dia. Orang takda perasaan macam ni kita kena cool ja. Ajak lepak2, buat aktiviti hangout sekali sekala, cukuplah.

Tak payah nak bukak soal hati ke apa sebab dia tak minat. Kalau dia dah desperate ada masalah macam Desperate Housewives masa tu baru dia cari kita. Dan masa tu sila tunjukkan yang kita kawan sejati dan tolonglah sekadarnya.

Ada jugak kawan yang memang sentiasa ceria di depan kita, tapi rupanya ada maslaah jiwa terpendam. Ada yang jenis suka maki hamun kita tapi dalam masa terdesak merekalah yang ada di sisi kita. Yang spesis suka maki hamun lepas tu bila ada masalah dia lari jauh2 pun ada. Banyakkk.

Kawan2 kita banyak ragam sampai kita letih nak melayan. Tapi sedarkah kita yang kita pun sebenarnya terlebih ragam jugak bagi kawan kita tu? Sebab kita kan tak sempurna. Kalau kita rasa kawan kita annoying, maka ada ja probability kawan kita merasakan yang sama.

So bila dia rasa macam kita dah tak berapa nak kacau dia, dia pun slow2 angkat kaki. Lepas tu jadi stranger.  Maka berbaiklah. Maybe tak payah nak bff sangat tapi sekurang2nya biarlah mesra.

Macam mana pulak kawan baik yang kita ingat kita dah kenal luar dalam, dah tahu minat dia, apa yang dia tak suka, binatang apa yang dia takut, nama mak dia, saiz kasut ayah dia, dan warna gigi palsu nenek dia, all the stuff?

Manusia boleh berubah. Terima hakikat itu dan rasanya takda manusia yang mampu buat kita sakit jiwa lagi. Kadang2 kita ada cikgu yang baik dengan kita tapi tiba2 jadi baik dengan budak lain dan kita terasa. Kadang2 dengan mak ayah sendiri kita rasa macam tu. Apatah lagi kawan2?

Terima saja manusia tidak sempurna. Mungkin kita melebihkan orang lain sampai kawan kita rasa tak dihargai. Who knows? Forgive and forget lah.

Tapi seriously wujud jugak orang yang memang jenis tak ingat kawan bila jumpa kawan baru. Kalau ada kawan2 kamu dari spesis ini maka silalah cari klik lain. Bersyukurlah dia dah tak menjadi klik kamu. Orang macam ni tak reti nak menghargai orang lain. Kalau dia dah insaf dan bertabat nasuha bolehlah maafkan dia. Kalau dia buat donno maka memang dia layak mendapat penampar. Sila beri jika perlu.

Hargailah kawan2 anda. Kalau rasa tak puas hati, cakap ja. Jangan biar hati sakit nanti apa yang dia buat kita rasa tak suka. Dia cadang apa kita kata tak bernas. Dia suka apa kita kata dia takda taste. Apa yang dia ada kita rasa jeles.

Kenapa jadi macam tu? Sebab dalam hati dah ada unfinished business. Sangat tidak sihat dan berbahaya untuk kesejahteraan emosi dan jiwa. Jika anda sayang diri, sila bersihkan hati dari hasad, dengki, dan iri. Insya Allah hidup lebih diberkati dan senang hati. Jiwa yang tenteram membenci orang lain takkan tenang menghadapi hidup sehari2 dan takkan bahagia sampai mati. Believe it or not?

It's better to let go than to hate okbai.

p/s :: eh macam best pulak nak publish jawapan formspring sebagai entry blog. Lepas ni nak karang panjang2 terus dan autopublish lah. Haha silalah tanya.

***Tulisan aku kecikkan supaya susah dibaca sebab aku sendiri segan orang baca apa yang aku tulis ni sebab aku sendiri tak buat***

What now? Do I have to go? Do I have to? Do I really have to?

I'm torn apart by my own words.

God, help me please.

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: