Pemollow

THYB on Facebook

Friday, April 10, 2015

Been A Bad Anne


Assalamualaikum. Hye.

Cambest pulak rasanya tulis tajuk entry guna perkataan bahasa Inggeris untuk berbunyi perkataan bahasa Melayu lepas tu buat ayat.

So do you get the title? Of course la kan tanya pulak lagi.

Takda apa nak cerita pun sebenarnya. Cuma tadi aku nampak gambar junior sekolah yang sekarang ini sudah menjadi abam sado. Baguslah bagus. 

Aku tak kisahlah dia nak buat apa pergi mana makan apa pun. Kawan2 aku pun dah ramai yang sedar kepentingan menjaga badan dan exercise ni semua. Good good.

Tapi kadang2 aku skeptik jugak la puak2 penjagaan badan ni nak sihat ka nak bertakabbur riyak ujub sum'ah dan apa tah satu lagi aku lupa.

Ok aku mengaku sajalah ada juga sedikit jeles dalam diriku melihat geng2 ni angkat berat. Aku tak termotivasi untuk buat benda yang sama walaupun teringin juga nak berbadan enam peket.

Sebab apa nak enam peket dan bukan satu pouch? Mestilah sebab nak post gambar di internet. Betul kah atau tak betul kah?

Kalau sungguh nak sihat, silalah bersenam. Nanti bila badan dah cantik, ambik gambar pakai jubah pun orang nampak lah sihat.

Apa yang aku hairan, asal work out ja snap pic. Tak tutup aurat pulak tu.

Jadi, aku mahu ulang apa yang aku cerita pada junior aku (ni junior lain) pasal tutup aurat. Kita kena tutup aurat tu sebab tuhan suruh. Simple as that. Nak alasan apa lagi?

Lagi satu, memang lah badan kamu hak kamu nak exploit macam mana suka hatilah. Tapi, ada hati yang akan terancam.

Pertama, hati sendiri. Bila badan dah cantik, dan sado, post sana sini, orang puja dan puji. Mesti hati akan rasa syiok punya. 

After that, you will work out for health, AND attention. Bila gemuk sikit, terus jadi insecure. Nanti takda siapa nak puji.

Kedua, hati perempuan. Apa kamu ingat orang perempuan takda nafsu?

Ketiga, hati lelaki. Kahkah part ni, junior aku terus insaf sekejap. Seram katanya. Well, sebagaimana hati perempuan, hati lelaki juga boleh terusik tahu?

Ada sesetengah orang lelaki, hati dia ada penyakit sikit. Sebab tu di sekolah menengah, jangan main bogel tak ketahuan dalam asrama. Pada yang memerhati tu, bukan semua hatinya sihat. Faham?

So, silalah berwaspada. Mana lah tahu, disebabkan kamu, ada yang lurus menjadi bengkok. Tak pasal2 ja.

Dan snaplah pic workout yang bersopan untuk motivasi bersama. Lubang pusat tu bolehlah tutup kot.

Pakai baju dengan seluar panjang pun boleh la nak angkat berat.

Alaaaahhhh no biggie lah. Hang tu yang jeles badan sekeping papan orang lain badan macam kayu balak memang lah layak post di media sosial biaqpila orang nak buat apa pakai apa pun...

Ok la ok la babai.

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: