Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, March 1, 2015

What a 23-year-old should post, tweet, or blog about?


Assalamualaikum. Hye.

Entry spesis ni dah banyak kali aku tulis dan banyak kali juga aku kata dah tak mahu tulis lagi entry2 macam ni tapi tengoklah aku tulis juga. Haha.

Tak apa boleh guna trump card "ini blog aku suka hatilah aku nak tulis apa kalau tak suka tak payah baca" atau kalau nak radikal sikit boleh guna perkataan2 melibatkan najis mughallazah. Tapi tak perlu lah kot kan.

Dulu masa baru2 blogging, mestilah aku tulis sebab nak follower ramai. Bila mengenangkan rupanya blog aku ni tiada pembaca aku pun givap lah.

Lepas tu rasa nak kaya so kenal2 dengan ads dan nuffnang tapi tu pun tak kesampaian juga.

Bila dah macam jumpa tujuan hidup sikit, aku mula blogging untuk diri sendiri pulak, share cerita dan pahatkan memori kenangan terindah apa semua tu lah.

Lepas tu fasa malas.

Blog2 yang aku folo, selalunya macam tu juga. Dia ada tema awal2 tu, lepas tu mula jadi personalized, unless kalau blogger tu memang dah niche kan blog dia dan dia memang devoted dengan niche yang sama sampai kiamat.

Cuma, selaras dengan peningkatan usia blog dan penulis blog, aku tengok selalunya bentuk2 entry akan berubah.

Contohnya, dulu dia cerita sarapan makan apa dan dimana dan dengan siapa, tutti frutti berapa cawan dia telan, dia pergi zoo jumpa siapa, dan lain2 cerita. Sekarang, dah besar sikit, entry2 mula menjurus isu semasa, dan pendapat pasal isu, atau benda2 yang bermanfaat sikitlah kalau nak baca pun.

Ok, aku dah 23 tahun. Tapi blog ni masih tak memberi impresi yang aku ni dah berumur taraf belia. Banyak ja kawan2 aku yang kata blog aku ni macam blog budak2, cerita merepek, dan sebagainya.

Itu pun aku bersyukur lah sebab dia kata macam tu maksudnya dia ada lah baca jugak sikit2. Kahkah terasa sungguh loser.

But then again, what am I supposed to do? Orang cakap jadilah diri sendiri la, stay true to yourself la, buat sesuatu jangan kisah orang kata apa la, dan macam2 lagi bullshit yang in the end, people judge like there's no tomorrow.

Sebenarnya aku yang insecure dan judge diri sendiri. Tapi itu tak lain tak bukan disebabkan persekitaran juga. Mana boleh salahkan diri. Wajib salahkan orang atau benda lain. Kahkah.

Sekarang aku dah ada dua ribu lebih tweets yang 98% daripadanya tak lain ialah benda2 merepek tak memberi faedah kepada pembangunan insani atau rohani.

Facebook aku pulak mostly aku share post2 9GAG yang aku rasa cambest. Haih.

Jeles tahu, tengok kawan2 punya media sosial yang penuh dengan manfaat dan memberi kesan kematangan bila kita tengok. Tak macam aku, dah tua tapi post benda pelik tah apa2 lagi.

Nanti dah umur 60 main komputer lagi. Tu pun kalau umur 60 lah. 

Kahkahkah sedih woi oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

HambaNya said...

It's never too late to change though...

Hikaru Yui said...

@HambaNya bagi cadangan sket

=p