Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, March 18, 2015

Time Is Money So Let's Waste It


Assalamualaikum. Hye.

Ke manakah perginya semangat nak tulis entry konon, bajet nak update banyak2 konon, padahal...

Kahkahkah ke mana perginya masa aku dihabiskan? Jujurnya aku pun tak tahu.

Mungkin sibuk fikir pasal benda yang sepatutnya aku tak fikir, tapi aku fikir juga. Bunyi macam orang meroyan.

Sebenarnya memang betul. Aku terkilan juga bila jadi macam ni. Banyak benda yang aku rancang, tak jadi. Sebabnya, aku tak tumpu betul2. 

Aku sibuk bazirkan masa fikir pasal benda yang aku tak boleh ubah.

Bila aku tak boleh ubah, maka aku berangan apa yang aku nak berlaku, agar berlaku dalam kepala aku.

So, lama lah aku berangan, sebab benda yang aku nak tukar tu baannyaaakkkkkk sangat.

Kadang2 aku rasa berangan itu ialah suatu perbuatan yang sangat keji. Menipu.

Apa yang kita nak, kita tak dapat. Apa yang kita harap, tak terjadi. Apa yang kita benci, itulah yang datang.

Semua boleh dibetulkan dalam angan. Putar macam filem, boleh edit sesuka hati. Apa yang salah, kita betulkan.

Tapi realiti akan datang juga nanti. Macam mak yang kejutkan anaknya solat subuh. Padahal anak tu dah berangan yang dia dah bangun mandi, solat apa semua.

Tapi cuma dalam angan, dalam mimpi.

Dan aku berzalim dengan diri sendiri, aku gunakan masa yang aku ada, yang bukan milik sempurna aku, aku bazir.

Untuk, kamu*.

Merujuk kepada orang tertentu yang pastinya bukan pembaca blog ini.

Maafkan aku, aku.
Ampunkan aku, tuhan.

Tengoklah kalau rajin aku buat something dengan blog ni. Pecahkan tradisi sikit ka apa oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: