Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, March 3, 2015

The Annual Rants


Assalamualaikum. Hye.

So it's that time of the world again specifically in Malaysia lah sebab aku kan orang Malaysia so aku cerita pasal apa yang berlaku di Malaysia lah.

Malaysians ni suka cakap bila ada isu. Me included. Dah tadi kata aku pun Malaysian kan?

Setiap tahun, benda yang berlaku setiap tahun akan menimbulkan isu yang sama setiap tahun. Nak bagi contoh paling obvious ialah seperti berikut :

1. Bila tiba bulan puasa, akan ada isu teraweh 8 rakaat vs 20 rakaat.
2. Bila tiba bulan Februari, akan ada isu couple dan Say No to Valentine's Day.
3. Bila tiba bulan Rabiul Awal, akan ada isu apa hukumnya menyambut Maulidurrasul?
4. Dan bila tiba bulan Mac iaitu sekarang ni lah isunya tentu result SPM.

It's pandemic nowadays orang cakap pasal result cemerlang belum tentu menjamin masa depan cemerlang dan orang yang result teruk pun boleh berjaya blablabla.

Well, that's the truth. Cumanya yang aku hairan, why the need of making that thing a big fuss? 

Sebab, things will always go both ways. Kalau ada benda yang boleh dijawab "Ya", percayalah 99.99% benda yang sama boleh juga dijawab "Tidak".

Faham maksud aku?

Orang dapat result sraight A's tak semestinya berjaya dalam kehidupan. Betul.
Tapi orang yang dapat result straight A's yang berjaya pun bersepah2 dalam dunia ni.

Orang yang result tak cemerlang, still berjaya dalam alam kerjaya. Betul.
Tapi orang yang result tak cemerlang dan end up being a trash pun bukannya sikit.

Bila ada yang kata SPM tak menjamin masa depan lah bagai, aku faham sangat situasi tu. Been there, done that. 

Aku pun straight A's masa SPM. Tengok aku sekarang. Takdalah successful mana pun.

Tapi ada jugak kawan aku yang straight A's, seimbang dunia akhirat, sambung mengaji overseas, pencapaian tiptop, relationship dengan family and friends pun bagus. All the good stuff.

True true true, result exam bukanlah indicator untuk decide masa depan kita gelap atau cerah, tapi sudah2lah nak cakap something sounding like "bilangan A tak penting", "SPM bukan penentu apa2", and the likes.

Those achievers had done their part, belajar sungguh2, tuisyen, study group, etc. Bukan duduk saja goyang kaki atau mana2 organ badan yang boleh digoyang, lepas tu dapat straight A's.

Those yang tak achieve sangat pun belajar juga. Cuma bukan rezeki kot. So tak apalah. Life goes on. Betul lah tu SPM is not the end of the world. It's the beginning.

Siapa yang dapat result bagus, senang sikit nak apply biasiswa ka apa, mudah sikitlah perjalanan dia nanti.

Siapa yang result tak berapa nak bagus, jalan still terbuka luas. Kena usaha lebih sikit saja.

Bila dah masuk alam pengajian tinggi, attitude kena jaga dan always start from zero. Ini pun aku dah faham benar. Been there , done that juga. 

Tak kira kamu dapat apa time SPM, kalau malas, tak guna juga. Contohnya aku. Masuk U tak perform sangat pun sebab malas terlebih.

Tapi itu salah aku dan bukan salah straight A's aku time SPM dulu.

Ingat apa aku cakap ni. It always goes both ways. Apa2 benda pun. Exam cemerlang lepas tu melingkup? Ada. Exam cemerlang lepas tu semakin berjaya? Pun ada.

Samalah exam melingkup tapi berjaya lepas tu? Ada. Yang exam melingkup lepas tu makin melingkup sampai dah tak jadi orang? Pun ada.

Aku tak mahu bersangka tapi kadang2 sampai satu tahap aku rasa those people making posts about how A's tak menjamin masa depan bagai sebenarnya sedang mencipta defense mechanism untuk mengubati hati yang lara.

Tapi bila melihatkan apa yang dikata itu sebenarnya make sense, tapi tak terpakai untuk semua, so aku conclude yang tadi itu lah. It goes both ways. Always. ALWAYS.

Jadi adik2, result exam dapat apa pun, bersyukur dan move on. Jangan lupa ucap terima kasih kat cikgu2 dan mak bapak.

Result bagus, jangan lupa diri. Result tak berapa nak bagus, jangan berhenti usaha. 

Ada orang melingkup time sekolah bila masuk U dia perform. Ada orang perform time sekolah tapi melingkup time dekat U.

Ada juga orang yang cemerlang dan perform di sekolah dan di U. Last but not least, ada juga yang melingkup di mana2 dia berada.

It's decided by yourself. Not the many A's or the less A's in that damn piece of paper.

Do what you do but don't stop learning.

To achievers, stop being proud of what is written on that exam slip. Be thankful and keep on working hard.

To the not so achieving achievers, stop quoting Bill Gates iykwim. Be thankful and keep on working harder.

Make mistakes, learn, fall down, get back up again. Live life, move on. SPM dah habis, next chapter of your life starts right away. Good luck.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

3 comments:

akira chan said...

Agree..
Usaha tu yang penting
X guna berharap, berangan tapi x buat sesuatu

akira chan said...

Agree..
Yang penting tu usaha, x guna berimpian tapi tak ada tindakan

Hikaru Yui said...

@akira chan true that.

*publish dua komen supaya nampak mcm banyak =p