Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, March 21, 2015

Hudud Itu Bukan Huduh 4


Assalamualaikum. Hye.

Kenapa 4? Sebab dah pernah tulis 3 entry sebelum ni. Tak apa tak penting tak payah cari bukan best pun.

Well, semua tahu Kelantan dah luluskan dan nak laksanakan hukum hudud, which is nice lah. Kita doakan yang baik2, semoga semuanya dimudahkan. Amiin.

Tapi semua juga tahu, ada satu video tu kan, alah semua tahu kan? Video tu lah.

Aku malas nak takes side. Tapi aku rasa dia ada point. Maybe bukan betul sepenuhnya, maybe ada part of the video is trash. Maybe lah.

Tapinya, orang2 yang nak kata dia tak beriman lah, kafir lah, ahli neraka lah apa semua tu, dah faham betul kah hudud itu apa?

First of all, HUDUD. Dengar perkataan ni, apa yang ada dalam kepala kamu?

Kalau dijawab potong tangan, rejam, sebat, maka ketahuilah, pemahaman kamu pasal hudud sangat sangat sangatlah rendah, cetek, singkat.

Baca tak entry Dr MAZA yang ini? Dia ulas dah cantik, jadi tak payahlah aku ulang apa2. Pergi baca. Eh nantilah baca entry dia. Habiskan entry ni dulu. Hahaha.

Zaman nabi dulu, orang berzina dah tahap datang mengaku depan nabi, minta dihukum sebab takut dosa.

Zaman kita, orang berzina sebab seronok. Nampak beza?

Kalaulah ada yang sudi datang mengaku, fine, kita timbulkan syak macam nabi buat. Kalau dia insist mengaku dan minta hukuman, kita bagi. Sebab dah laksana kan?

Tapi orang yang tak mengaku?

Apa cara nak ukur success rate hudud nanti? Adakah dengan bilangan tangan yang dipotong?

Sekarang ni, curi tabung masjid kena denda teruk. Tapi orang atasan curi hak orang bawahan, senang2 lepas.

Macam yang aku pernah baca di Fb sapa tah share, hudud itu hukum Allah. Sempurna. Pelaksanaannya itu oleh manusia. TAK sempurna. 

So faham2lah. Orang kritik atau "tak setuju" or so they say, bukan maksudnya mencabar hukum tuhan ke apa. 

Jangan jumud sangat lah. Jangan judgmental sangatlah.

Macam mana nak justify hukuman penzina zaman sekarang ni? Pornografi merata, senang cari di internet, kalau takda internet, buat sendiri pun boleh.

Dari segi teori, orang nak buat seks tapi agama letak syarat sebab nak bezakan manusia dengan binatang. 

Bukan setakat agama, norma masyarakat pun tak terima seks bebas ni. 

So kena kawen lah. Tapi nak kawen sikit punya susah. Mahal gila babi. Adat2 bodoh nak kena ikut. 

Mula2 tadi katanya nak kawen sebab nak ikut agama. Tapi panduan agama dalam perkahwinan takmau pulak ikut.

Orang hidup susah nak makan pun kena catu. Orang atasan hidup senang lenang. 

Bila orang susah mencuri, kena denda. Orang atasan buat salah boleh pejam mata. Babi kan?

Ketelusan itu aku SANGAT ragu. Kalau sungguh telus, baguslah. Respect. Kalau dua kali lima, memang pergi matilah.

Kita tak sepatutnya takut dengan hudud sebab kita tak buat salah. Lainlah kalau kamu berzina on daily basis maybe lah takut.

Tapi kita sebenarnya takut benda yang kita tak faham. Benda yang kita gesa2kan.

Aku tak kata kita kena ada negara macam utopia baru nak laksanakan hudud tapi that's basically it.

Bila negara dah aman, rakyat hidup tak menderita, tiada sebab nak berlakunya jenayah, maka pada masa ini, siapa yang merosakkan keamanan dengan jenayah2 tu memanglah layak dihukum.

Tapi, keadaan sekarang ni? 

Masalahnya ruang jenayah tu terlalu luas terbuka dengan faktor2 mendorong pulak bersepah2.

Dan pelaksanaan sangat meragukan sebab selama ni yang kita nampak rakyat2 bawahan saja yang dikuatkuasakan undang2 orang atasan kebal belaka.

Letak gambur burung hudhud dalam entry hudud agak2 ada tak orang kata "mempermainkan agama! kafir!" 

Bila orang kata tak sesuai, kita terus panggil orang tu ahli neraka. Tu pun nak jadi pembela hukum tuhan konon. Puih.

Bersyukurlah caci maki orang, kafirkan orang, ugut orang, semua tu tak termasuk dalam hudud.

Allah jualah yang maha bijak.

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: