Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, March 24, 2015

Grey Is The Colour, If I Have A Heart


Assalamualaikum. Hye.

Aku terdidik dengan sifat malu sejak kecil. Bunyi macam takabbur betul. Hahaha.

Tapi bila dah besar2 ni aku makin jadi tak berapa nak malu. Aku pun tak tahu kemana hilangnya kemaluanku.  *And now it sounds so wrong.

Bila sejak kecik kurang keyakinan diri, inferiority complex la jugak sikit2, tapi tak teruk sangat kot, aku jadi susah nak fit in.

Aku tak pandai sangat berkawan.

So, if 1 is very clearly noticed and 10 is invisible, I might rather want to be at 8.

Makanya, aku jenis tak kisah sangat pasal appearance. 

Dulu kecik2, aku pakai t-shirt ja all the time. Baju berkolar ada, tapi aku pakai bila nak pergi kenduri saja. 

Sejak kecik aku macam tu. Pakai baju yang agak2 lawa bila ada nak pergi mana2, kalau waktu lain aku pakai baju buruk biasa.

Bila form 4, aku pandai pergi kedai bundle. Kan aku jenis tak suka berbaju lawa, salah satunya sebab baju baru mahal harganya.

Baju bundle murah. Design cantik, kaler lusuh, nampak sangat modest dan miskin. And somehow, it grows on me.

Aku punya pendapat, dah la muka macam mesin kukur kelapa. Buat apa bazir duit beli baju mahal? Pakai baju murah sudah. Lebih kurang lah.

Atau kurang kesyukuran? Mungkin juga.

Sekarang ni, aku punya cinta terhadap baju bundle dah tak berbelah bahagi. Baju2 aku yang baru cumalah kalau ada orang bagi, atau bila hari raya.

Aku ada la jugak beli baru kadang2. Tapi design mau simple, kaler mau yang tak terang sangat. Banyak pantang larang aku ni.

Lain, semua bundle.

Ini sangat merisaukan aku sebab aku sekarang dah berumur yang mana baju2 bundle ni dah tak sesuai. Kawan2 semua segak berkemeja, blazer, neck tie.

Aku masih t-shirt indie dengan sweater jacket.

Bila tengok kawan2 pergi mesyuarat besar, pakai suit, aku rasa jeles juga. Kagum, tapi aku tak mahu begitu. Tapi nak. Tapi takmau. Gila babi ka apa ni?

So I design my own formal attire, yang aku tengok ada jugak orang buat, dan aku taktahulah sama ada I can get away with it atau terpaksa juga ikut the majority.

It pains me somehow that appearance has been standardized and only accepted to be in certain ways. Kata freedom sangat. Freedom taik kucin.

***

Sebenarnya nak cerita pasal betapa aku tak malu pergi memborong barang2 senior yang nak balik Malaysia. Dah la aku bukan baik sangat dengan dia. 

Sampai enam plastik barang aku ambik. Tapi plastik kecik la. Hehe.

Aku cilok sweater hitam sehelai, yang saiz S, kecik nak mampoih tapi boleh la nak buat outerwear. Lepas tu ada la lain2 sikit kan. Takkan nak list semua kan.

Oh, dan sehelai blazer yang tertulis DRY CLEAN ONLY tapi aku rendam jugak. Aku doakan benda tu tak mereput.

Well, it's more or less beli bundle lah kan? I love it.

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Kayun said...

tapi aku rasa macam hang ni seorang yang coooool ja.

i mean, aku sbnqnya tak suka sgt tgk org yg pakai suit bagai ni. nampak formal cemana tah. tu lah sebab aku tak jatuh cinta dgn kerjaya guru. actually aku suka mengajaq budak tapi persekitaran sekolah tu buat aku rasa hmmmmm. okay sorry termeengadu kat sini plk.

seriouslah aku suka tgk orang yg sempoi2 mcm hg ni okayyy

Hikaru Yui said...

@Kayun tengkyu you gave me hope.

=p

maybe kita ni jenis tak suka birokrasi yg banyak songeh tu kot.

bertabahlah.. huhu