Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, March 18, 2015

Biasa Lettew


Assalamualaikum. Hye.

Dalam subjek Bahasa Melayu dulu, kalau ditulis "alah bisa, tegal biasa" dalam karangan, kita akan dapat markah tambahan.

Maksud peribahasa tu tak payah lah aku explain di sini. Takkan tak tahu? kalau tak tahu cari sendiri lah.

Cuba tengok dan baca post ini

Ada kaitan kan dengan peribahasa tadi?

Kita sekarang ni, sebenarnya dah terbiasa dengan sesuatu, yang membuatkan kita biasa dengan sesuatu, sama ada betul atau salah. 

Kita tak kisah, asalkan dah biasa.

Contohnya, budaya kapel budak2 sekolah.

Kita tak rasa nak kata benda tu salah sebab dah biasa. Mak bapak pun ok ja.

Tapi kalau nak kawen, banyak lah mulut2 berbunyi. Sebab tak biasa kecik2 kawen. Kecik2 kapel takpa.

Benda yang kita tak biasa, kita jadi takut. Itu lumrah. Kenapa kita tak takut kucing? Sebab dah biasa. Cuba kalau harimau tu keluar masuk rumah. Mesti kita tak takut harimau.

Benda takat kapel2 tu kira isu kecik lagi lah. Takda benda pun. Rokok? Small matter. Semua orang buat.

Tapi sekarang ni kita semakin dibiasakan dengan benda2 yang lebih besar. Homoseksualiti misalnya. Liberalisasi agama misalnya.

Benda yang tak ramai sangat orang buat. Kalau di negara kita, benda ini masih dikira taboo dan masyarakat masih reaktif against them.

But we are getting there. I guarantee it.

Bebas, terbang tinggi. Boleh jadi hidup, boleh jadi jatuh dan mati.

Liberation, kebebasan, hak asasi. Manusia tak suka dikawal, dikongkong. Mahu bebas kononnya.


Jadi, apa?

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Mim Hasniyah :) said...

Pakai seatbelt baru tak terbabas. Haha :P

Hikaru Yui said...

@Mim Hasniyah :) terbabas jugak. cuma tak terpelanting keluaq ja la =p