Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, January 28, 2015

Apakah Tujuan Buluh Dilenturkan?


Assalamualaikum. Hye.

Aku sebenarnya agak ragu2 dengan sebilangan peribahasa melayu antaranya yang pasal buluh dan rebung ini lah. Kita lenturkan buluh tu ada tujuan kah? Aku google sekali lalu tapi tak dapat jawapan pun. 

Nak kata untuk buat lemang, aku tengok lemang buluh tu straight ja pun. Dah tu sebab apa? Kalau ada siapa2 yang tahu silalah kongsi.

Ya, aku tengah nak tulis pasal isu itulah. Isu yang sinonim sungguh dengan buluh dan rebung ni.

Elok ja straight... nak lentur bagi bengkok buat apa?

Bila isu ni mula2 naik dulu, tak terlintas langsung pun di kepala aku tentang apa2 contradiction dengan Islam ke sunnah ke apa. Aku teringat pasal hadis ajar anak solat umur 7 tahun dan kalau dia tak solat umur 10 tahun kena rotan tu pun bila orang timbulkan.

Sebab pada aku, rotan anak tu ialah generally bermaksud kaedah nak ajar anak dengan punishment bila anak buat salah. Bukan semua orang pakai pun. Cuma kalau ada yang nak guna cara tu, dibolehkanlah.

Maka, bila baca artikel di internet pasal kementerian nak jadikan rotan anak itu sebagai jenayah, aku assume benda ni sebagai kementerian nak limitkan cara mak bapak nak didik anak. Tak terlintas sikit pun di kepala aku pasal benda ni bertentangan dengan Islam ke apa.

Sebab rata2 yang ulas, semua nak kaitkan dengan hadis, lepas tu ramailah pulak yang nak counter dengan mengatakan yang Islam itu tak letak pun rotan sebagai cara nak didik anak. Islam itu lemah lembut dan berkasih sayang maka merotan anak itu bukanlah nilai Islam.

And so on, and so forth. I was like, what... the... hell?

Aku rasa orang2 yang counter tu semua mesti puak2 yang kata hudud tu ganas sebab asal sebut hudud ja dia nampak potong tangan. Samalah kes rotan anak. Dia nampak kalau rotan anak tu maksudnya keganasan rumah tangga. Macam tu kot.

Padahal takkanlah mak bapak punya bengong tahap celaka sampai anak salah sikit terus nak pukul sampai berbirat ke apa. Kalau ada, haaa sumbatlah dalam lokap tak apa. Masalahnya mak bapak yang rasional dan guna rotan untuk mendidik dengan cara yang betul tu macam mana kira?

Mungkin ada yang nak kata, "ada cacat dalam kaedah mendidik anak, sebab tu sampai kena guna rotan..."oh well, aku nak tengok jugaklah cara mereka ni ajar anak macam mana.

Nasihat, cakap baik2, beri contoh teladan, bagi hadiah blablabla aku rasa cikgu2 dah buat mak ayah dah buat anak bila besar jadi jahanam juga. Anak perempuan tak tutup aurat juga. Anak lelaki hisap rokok juga. Couple juga, berzina juga.

Aku tak kata anak2 yang kena rotan jadi ahli syurga belaka. Ramai jugak yang pernah kena rotan makin rebel jadi samseng tak guna pun ramai. Aku tahu.

Tapi itu cara nak didik anak dan selagi mana dalam batasan, aku rasa tak ada satu kaedah pun yang boleh dipanggil sebagai jenayah.

Betullah artikel tu kata rotan yang menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi. Dah tu, kalau dah kena jentik pun emosi terus tak stabil, kena rotan sikit entah2 anak report polis pasal mak ayah sendiri. Ewah2 penat beranak dah tu tak boleh nak ajar pulak?

Eh budak2 bukan lahir2 terus jadi obedient boleh program dengan mulut "buat ini, jangan buat itu", "tengok ni, ikut... tengok tu, jangan ikut", "ini salah, itu betul".

Kalau anak kamu nak pergi pijak bara api, larang dia. Kalau dia nak pergi jugak, bagitahu dia bara api tu panas nanti melecur, sakit. Kalau dia nak pergi jugak, pegang dia jangan bagi dia pergi. Kalau dia nak pergi jugak, tarik tangan dia bawak pergi tempat lain. Kalau dia nak pergi jugak?

Libas kaki dia awal2 biar dia sakit tak boleh berjalan nak pergi pijak bara api daripada kaki dia terbakar sebab kamu tak buat apa2.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

tak nampak relevan issue ni smpai nak ke mahkamah. Sbb rasanya org2 lama ni termasuk hakim2 ni mesti pernah merasa hidup dirotan dulu..kalau mendera yes, you can sue them.. tapi klu nk mengajar anak pon terikat, apa kata lepas beranak je, kementerian je jaga semua.

Hikaru Yui said...

@sugar2 kapas strawberry itulah. as if rotan = dera padahal cara nk ajat anak masing2 punya la kan.

kita pun xkata rotan tu cara plg baik plg bagus plg berkesan tp kenapa tiba2 ada pihak nak kata cara tu salah pulak kan.

Muhammad Iqbal said...

Ada buluh yang dilentur masa masih rebung.

Kot, huhu.

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal iqbal sori aku lupa bawak buku tuh. nanti summer aku balik aku bawak noh.