Pemollow

THYB on Facebook

Friday, December 4, 2015

The Butt Bar Has A Mail Are You Done Ink Grease


Assalamualaikum. Hye.

Geddit? Geddit?

So after all this time, suddenly I was back doing this one particular thing I used to do.

Debate, and stuff.

Dulu pernah lah join debat masa kat sekolah. Merepek lah tapi. I like it, though. It was and still is one thing that I love. Always.

Tapi bila dah lama tak debate, berkarat jugak lah. Haha.

Sejak tinggal sekolah, dah tak debate dah. Lamaaa tinggal. Masa tahun tiga, join debate sekali persatuan anjur. Lepas tu dah tak ada. 

Tahun ni suddenly join balik sebab ada orang ajak join satu open debate anjuran persatuan jugak. Then I realized something. I was horrible, and even worse now. Kahkahkah.

Mula2 bukan aku nak masuk sangat pun. Tapi Shafiq Kadir kata ada sorang budak Syahmy ni nak sangat try, tapi tak cukup orang. So aku masuk la. Tapi still tak cukup orang. Maka aku pun memaksa Aiman masuk jugak. Kakaka.

Masa tengah prepare2 kat ARMA. Training, sort of.


Walaupun debate tu agak disaster, tapi kira ok lah sebab we had fun like, quite a lot. Tak menang pun. Kalah ja memanjang. Tapi tak kisah sangat pun.

Ok actually kisah juga. Tapi budak ni kata pergi untuk experience dan dia nak mencuba something new. So yeah I hope you learnt something and keep up with the hard work.

Lepas dah habis debate apa semua, the committee nak buat mock debate sebab katanya rindu nak debate. Aku tak joinlah. Aku tengok saja.

Time ni, team BM tengah lawan quarter final. Aku nak tengok tapi yang mock debate ni pun nak tengok juga. Alasan aku team BM mesti masuk final punya tengok final ja lah.

Hahaha macam kat SBPIKP dulu jugak. Team BM mara ke pusingan seterusnya team BI prelim pun tak lepas. Kakaka. Mungkin sebab tak cukup disiplin kot. Tak pun kurang bakat. Tapi tak apalah.

Eh bila ingat2 balik zaman Orator's League dulu, syahdu jugak la. Teringat Madam Hajar ajar debate, kakak2 dan abam2 senior, adik2 junior, semua lah.

Sorilah teacher, saya tak terer debate. Huhu.


Brader rambut macam model iklan syampu tu senior Alex. Mula2 aku ingat akak ni classmate dia ka apa.
Sekali penonton dari Azhar. Dah la aku panggil dia "kak" mula2 tu. Kahkah malewnyew ittew,

Ni sorang lagi. Pakai smart2 siap bersongkok aku ingatkan juri untuk bahas. Rupanya penonton juga. Kakaka.

Debate tipu2, tajuk pasal sex change operation. Hahaha was a nice one.

Kat Alex ni, kami duduk rumah Sabah. Cantik gila rumahnya. Selesa. Tak ambil gambar pulak. Malam sampai tu, hujan turun dengan lebat lah jugak. Naik air kot. Haha.

Keluar makan2 apa semua. Miskin terus aku. Dah la defisit bayar tambang transport apa semua. Yuran penyertaan lagi. Makan seafood lagi. Team BM takpa la menang dapat lima ratus.

Lepas kena hujan tu, siap ada tagline. Sedih, basah, dan kalah. Kahkahkah.

Seorang makcik tua nak lintas jalan. 

Time ni baru lepas hujan.

Menjala dugong.

Lama tak tengok laut. Cewi lah sikit.


Banyak benda nak cerita sebenarnya. Dah la lepas balik Alex ni ada lagi debat anjuran PERUBATAN tapi aku tak masuk lah. Aku jadi juri. Haha dah la lopek macam mana boleh jadi juri?

Disebabkan lambat gila aku update, maka semangat nak menulis jadi kurang, ditambah dengan kemalasan yang semulajadi jadi aku update ringkas2 saja.

Oklah babai.

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, October 25, 2015

Rontua


Assalamualaikum. Hye.

Berdasarkan memori aku, dulu ada seorang member sekolah yang sebut orang tua bunyi macam rontua. Shortform gitu lah kot.

Aku tak pasti dia sendiri ingat ka tak dia pernah cakap macam tu. Kahkah aku pulak yang dok teringat.

Minggu lepas ambik round Geriatrics. Segan pulak nak cerita kerana kisah lama masih mengantui. Tapi tak apalah orang cakap kena move on.

Round tu bosan sikit hahaha tapi ada beberapa benda yang aku rasa aku nak cerita. Tapi memang takdalah nak buat summary chapter by chapter ka apa kan.

Apa yang aku belajar, Geriatrics dan Pediatrics sepertinya sama. Cuma patient ja berbeza. Satu cabang deal dengan budak, satu cabang deal dengan rontua.

Dua2 kumpulan berbeza, tapi banyak jugak persamaannya.

Kena bagi extra attention, senang sakit, tak tahan sakit, susceptible to infection, jatuh pun boleh sakit, tak boleh kawal kencing, dan sebagainya.

Tapi aku rasa nak jaga rontua lagi mencabar. Sebab budak2 kecik ni, baru lagi hidup. Dia bukan ingat pun apa benda time baby tu.

Rontua, dah lama hidup. Dah banyak hadapi susah senang, pahit manis, apa semua lah. Nak pulak bila dah tua, banyak benda yang dulu dia boleh buat sekarang dah tak boleh.

Kawan2 pun ada yang dah mati. Sebab tu rontua cepat stress, cepat murung.

Physiology pun banyak berubah. Paling senang orang abaikan ialah minum air. Bila tua, thirst sensation berkurang tau. So kena minum air selalu walaupun tak dahaga.

Bila tak dahaga, tak minum, nanti dehydrated, pastu dapat penyakit.

Paling pilu bila belajar bab Delirium dan Dementia. Betapa kalau budak kecik tak tahu apa, berak merata pun comel lagi.

Tapi bila rontua jadi macam tu, it's like a whole different thing. 

You know what I mean. There's no if at the front of the sentence because I'm sure as heaven and hell you know what I mean.

94 : 4-5

Oh oh ada satu benda menarik yang aku tak expect. 

Doc ada tanya popquiz laa kalau anda ada suami 65 tahun, dan ayah 85 tahum, dua2 diabetes teruk, suka makan benda manis, minum pepsi macam minum ayaq masak, merokok dan sebagainya, siapa yang anda akan nasihat untuk ubah gaya hidup dan beri rawatan?

Aku jawab ayah dia laa sebab dah tua senang sakit apa semuanya kan.

Tapi doc tu jawab lain.

It's about life expectancy.

Suami dia tu muda lah jugak lagi. Banyak lagi tanggungjawab. Nak kena sara keluarga sebab masih kategori mampu. Tapi ayah dia tu... hmmm...

Life expectancy is short, we should let them live as they like. They wanna drink pepsi? Let them drink pepsi. It is our job to help them live as they did in their early life.

Something like that.

Sama jugak macam kalau rontua ada kena buat appointment doc hari2 ka apa kan. Doc pesan jangan just buat appointment ikut masa doc.

Kalau patient tu selalu buat benda yang dia biasa buat contohnya pagi2 pergi surau, lepastu lepak kedai mamak, sebelum tengah hari baru dia kosong tak buat apa.

Maka janganlah appointment tu kita buat waktu pagi dia nak buat aktiviti tu. Buat la waktu yang dia free tak buat apa. 

Sebab nanti kita akan ubah rutin dia. Dan mengubah rutin rontua adalah tidak best untuk dia. 

Dah la life expectancy dah pendek. Kena pulak adapt dengan jadual rutin berbeza. 

Stress pakcik tu.

Faham kan? Aku harap maksud aku sampai lah. 

Ohhh satu lagi aku lupa. Doc cakap pantang larang tok nenek bila deal degan geriatric patient ialah ayat ni : "Oh itu biasa bagi rontua macam pakcik/ makcik".

No. Bila rontua komplen apa2, jangan sesekali jawab macam tu unless memang apa yang dia komplen tu berkaitan dengan physiological aging.

Aku sendiri selalu jawab macam tu sebenarnya dengan mak ayah aku. Sentap sekejap dalam kelas time tu.

Semoganya kita semua dijadikan tuhan anak yang baik, dan menjadi sebagai anak yang baik juga.

Kalau depa nak ambik gambaq gaya ni, ambik ja lah tak
payah cakap "mak dan ayah dah tua, behave sikit" ka apa. Haaa gitu.

Our parents did their best caring for us. Will we do the same?

Semoganya. Semoga.

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, October 20, 2015

Of Books, People, and Traveling Alone


Assalamualaikum. Hye.

Aku nak cerita pasal flyte aku hari tu.

Dah sampai Mesir dua minggu baru nak cerita. Kakaka.

Summary : Aku syak jerebu di Malaysia bakal interfere dengan flyte so aku pun plan nak gerak awal sikit. Lepas tu ada pulak member aku kata nak melawat aku di KLIA (padahal aku yang beria2 ajak kahkahkah) maka aku pun mintak la kakak aku tolong beli tiket yang awal waktunya. Sekali tak delay pun. Elok ja. Aku pun menunggu dengan sabar. Seb bek ada bawak buku. Ya ya baru nak baca2 buku. Selama ni pemalas. Ini pun bukannya konsisten sangat pun. Haha.

Cakap pasal buku, sebagai seorang makhluk pemalas, aku terpaksa baca buku2 yang isinya pendek2. Maksudnya, aku tak boleh baca novel sebab panjang maka aku jadi tak teruja nak baca.

Koleksi cerpen macam tu, haa aku suka lah. Atau buku yang macam kompilasi entry blog atau catatan Fb ka apa. Tak kisah asalkan pendek2 dan boleh baca sikit2.

So aku pun beli buku2 ni. 

Koleksi cerpen. Member aku pun ada jadi penulis dalam buku ni. Nanti2 aku buat review eceh.

Aku follow mamat ni kat Fb. Aku rasa dia different so I like laa. Aku beli tapi abang aku yang bayar. Hehe.

Dan ada jugak seorang makcik yang aku tak tahu nak cerita macam mana tapi dia hadiahkan aku "buku" juga masa di rumah haritu. Cuma aku tak bawak lah sebab buku ni  aku dah ada. Banyak2 nanti tak baca tak elok pulak. 

The Greatest Book.

Move on to people and traveling alone. Aku rasa kalau nak cerita perasaan aku (perasaan saja lah pengalaman macam tak ada) jalan sorang2 boleh juga buat modal entry lain.

Aku dah biasa jalan2 sorang tapi setakat pergi makan atau beli2 barang di shopping complex saja lah. Naik flyte sorang ni macam kali kedua kot.

Aku tak suka sebab leceh nak kena jaga barang especially bila nak guna tandas.

But other than that, it's very peaceful. Takda siapa nak kacau. I can do my thing. Silently judging people (which is fun) and be judged by people (which is not fun but I don't care ayway so...) all the way.

It's blissful.

Tapi sunyi sikitlah. Maka aku pun mengajak member datang melawat. Kahkahkah tak malu. Dah la tak malu, menyusahkan orang pulak tu.

But he came anyway. Auuww so tacink lah sekejap. Borak2 lepak2 makan2 sikit. It was a good time. Bukan nak jumpa selalu lepas ni but who knows?




NOOOOO~~~ Don't goOoOO~~

Bye Fahmi. All de best. Doakan aku sama :)

Sebenarnya ada ajak sorang lagi tapi dia tak dapat datang sebab ada lah kerja dia kot. Tak apalah.

Hang sapaa nak suruh orang mai tengok hang kat airpot? hah? hahh?? haahhh???

Kahkahkah.

Nak cerita pasal anak sedara aku baru beranak tapi gambar tak ada. Nantilah aku suruh mak dia send. Haha. Tolong2 jaga anak sedara is fun walaupun agak mencabar jiwa.

Sorang lagi incoming. Tak sempat tengok sebab dah balik sini. Sobs...

Oklah papai.

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, October 17, 2015

Keterbantutan


Assalamualaikum. Hye.

Kelas mula awal tahun ni tak macam selalu. Aku tertinggal sesi introduction. Round kedua pun skip dua hari.

Tapi doc tu ada cakap dia boleh tolong apply excuse so dia mintak aku fotostat passport dengan tarikh aku balik sini. Ok lah kot.

Ada banyak benda nak tulis sebenarnya. Nak cerita pasal anak2 sedara, nak cerita pasal proses merehatkan jiwa di rumah, cerita balik airpot jumpa member, dan cerita pasal kuliah baru ni lah.

Lepas tu, baru kusedari rupanya masa ja berubah. Aku tak. Kahkah.

Masih sama. Masih.

So apa pun tak buat. Bermalas2an macam tak ada kerja padahal banyak ja benda boleh buat. Penting2 belaka pulak tu.

Alasan aku kali ni ialah, aku nak slow down sikit. Malas nak rushing2. Tapi aku memang dah slow pun selama ni. Slow lagi, jadi statik terus lah.

Dan dalam dunia yang makin laju. Memang cari mati.

Masalah banyak tapi tak selesai sebab malas nak bertindak. Maka bantutlah saja.

TAPI...

Aku ada baca sesuatu yang menarik dari sebuah buku. It's a nice distraction. Jangan risau. Bukan main game Dota. Lain.

It's about something that I like. 

Aku rasa boleh laa apply benda tu. Daripada buang masa main Dota dengan noob babi baik aku fokus kepada hobi.

Aku target main Dota 1-2 game saja sehari. Target ok, target. Aku tak janji. Hehehe.

Mari belajar bersungguh2, membaca, menulis, dan buat kerja sendiri tanpa kacau orang lain.

Aku cuba, ok.

Coldplay pun cakap benda yang sama.

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, September 22, 2015

Uftalmulugia 2 : Second chance


Assalamualaikum. Hye.

Sila rujuk entry2 lepas yang berikut :



So masa aku tengah membazir2kan masa macam yang aku selalu buat tu, ada lah member sorang ni tweet pasal result exam.

Tuhan kasi najah, plis.

Oleh kerana aku pun tak pasti dan nervous lah nak tahu result, maka aku ambik jalan selamat dan tak reply lah tweet tu. Aku hantar message.

Tapi dia tak reply. Lama aku tunggu.

So I was like, whatever nanti keluar lah link kot. Pastu aku pun pergi mandi.

And a friend of mine hantar message di Fb, bagitahu good news.

Literally smiling like his.

Alhamdulillah, najah.

Member yang sorang lagi pun najah juga. Kiranya satu batch lulus belaka. It's a good thing.

Semoga tahun depan ni aku akan lebih rajin dan tak merepek sangat.

Or you can expect this kind of entries next year. Lol.

***

On the other side of me, ada satu bahagian dalam hati aku nak cerita sesuatu yang aku akan cerita bila aku rasa selamat sikit, which is now.

Mungkin lepas ni aku akan tulis satu entry paanjangggg pasal benda ni.

It's not really a nice thing, but it's honest. I'm just not brave enough to say it till now.

Who knows I might actually write it?

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, September 19, 2015

Buhulan Mahadu


Assalamualaikum. Hye.

Antara benda pertama yang aku check di internet sejak balik rumah ialah album baru Lana Dey Rey, Honeymoon.

Maka bila dah ada dan jumpa, aku pun melanun lah apa lagi.

Lirik dan tema dia agak kureenggg tapi lagu dia tu best.

Lana punya muzik dah jadi semacam sikit sejak Ultraviolence.

Masa mula2 dulu, suara dia macam clear dan jelas jugak lah. 

Tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni, dia suka buat suara kecik-mengilai-haaaa~huuuu aku pun tak tahu nak describe macam mana.

Dengar lah lagu2 album ni dan album Ultraviolence lepas tu compare dengan album Born To Die atau Paradise EP.

To make it short, lagu2 dalam album baru ni taklah sesedih Ultraviolence tapi nak kata kembali ke Born To Die pun tak berapa juga. A bit of both lah kot.

Aku tak berapa suka Ultraviolence sebab album tu macam slow gila. Honeymoon pun slow tapi lagu dia best dan layan jugak la.

Honeymoon dimulakan dengan "we both know that it's not fashionable to love me" sebab aku rasa dia pun tahu tak semua orang suka dia buat lagu2 macam ni termasuklah peminat dia pun.

Lagu slow is good tapi kalau satu album macam tu dia jadi sengal jugak la sikit.

Tapi selepas first listen, aku rasa album ni best. Tak macam Ultraviolence aku boleh pilih lagu apa ja yang aku suka.

Album ni aku rasa semua lagu boleh tahan lah sedapnya.



Lagu best : Terrence Loves You, Freak (paling best aku rasa), Art Deco, The Blackest Day

Lagu bulehlah gagah : High By The Beach, Music To Watch Boys To, Salvatore

Repetition dalam album ni sangat ketara. Perkataan blue, ice, California, banyak gila diulang. Aku perasan dalam album artis mana pun mesti ada satu dua perkataan yang berulang. 

Tema kot?

My verdict is, Honeymoon brings forth the good melody of Born To Die with the atmosphere from Ultraviolence, creating a great combination of both.

Sesuai didengar kalau nak layan2, nak feeling2, atau sebagai lullaby.

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, September 18, 2015

Crocs Doc


Assalamualaikum. Hye.

Gonna do a recap of random stuffs happening sepanjang second exam sampai balik bercuti di rumah. Like, really bercuti di rumah. Malaysia.

Masa sebelum exam tu, aku ada jugak buat benda2 random yang tak berfaedah seolahnya tak mengambil pengajaran untuk second exam ni. Tapi tak apa lah.

Antara benda yang aku repekkan ialah pasal kasut Crocs. Sampai cari artikel2 internet semata2 nak menjawab persoalan kenapa orang benci sangat kasut tu.

Mostly, sebab hodoh katanya. In the end, it's a battle of comfy VS ugly.

I choose comfy all the time easy.

Lepas tu exam. Aku doakan kali ini aku mampu survive. Soalan MCQ memang ada yang berulang dari buku keramat tu. Walaupun ada jugak yang tak pernah jumpa. Tu tak campur lagi yang lupa.

Dan soalan esei aku punyalah nak abaikan soalan case sebab nak fokus jawab short questions bagi full marks kononnya sekali aku silap jawab soalan non infective corneal ulcer aku jawab pasal conjunctivitis.

Kemain lagi konfiden sangat.

Tapi lusanya, exam oral doc tak pressure sangat dan ada support sikit2 lepas tu exam slide pun aku rasa macam ok lah boleh tahan.

Semoganya najah lah. Malas dah nak menyusahkan mak bapak. Ececeh time exam first tu tak teringat mak bapak kot? Kakaka.

Menyambung cerita Crocs, walaupun aku bukanlah jenis yang kisah apa kata orang, tapi sebenarnya aku kisah juga.

Aku plan nak balik Malaysia pakai Crocs yang aku sebat dari Teng masa dia balik Malaysia dulu. Sebabnya di rumah aku pun tak berapa nak ada selipar yang boleh aku pakai hari2.

Pastu, nak tinggal kasut tu di rumah dan beli Crocs yang proper (bukan yang rupa kuda) atau sandal. So aku pun kajilah adakah betul Crocs ni dibenci masyarakat dan orang yang pakai Crocs akan dipulaukan.

Tapi peliklah juga. It's 2015 now. We love gays and we hate Crocs. For me, it's weird.

If I say "I love Crocs", would it be as if I'm coming out saying "I'm gay?"? Goodness gracious the world nowadays...

I love it. Please kill me.

Lepas tu masa tengah transit di Abu Dhabi, ada orang Mesir tegur aku. Dia tu sebenarnya doc dari Mesir juga. Stadi di Mansourah tapi dah practice dah la sekarang. Grad 2010. Lama dah.

Dia kata dia approach aku sebab dia assume aku doc sama macam dia. Tahu alasan dia apa? Sebab aku pakai Crocs tu lah.

I'm not sure sama ada dia nak cakap yang aku ni selekeh med student yang tak berwibawa sebab pakai Crocs atau memang di Mesir doc2 pakai Crocs belaka.

Sembang2lah sikit sambil disampuk seorang akak student oversea juga dari mana tah Edinburgh kot kalau tak silap.

Akak tu jenis minah shawl pakai sweater kat pinggang. Haa bukan akak purdah macam di Mesir la. Saja nak describe.

Aku pun tak pasti dia tu akak ke adik sebenarnya tapi aku assume akaklah sebab nampak konfiden semacam ja selalunya kalau adik2 ni tak berapa nak bunyi sangat. Ka camna?

Sepanjang perjalanan selamat saja takda pulak orang nak baling batu ke apa sebab aku pakai Crocs tu. Dah la tiruan. Kakaka.

Mungkinkah aku akan beli juga sepasang nanti? 

Dan kepulangan disambut oleh anak2 sedara yang comel2 dan bergerak aktif. Internet pulak slow. Kiranya ok lah jugak kot mungkin aku akan lebih bersosial dan kurang berlaman sosial. 

Nak main Dota pun ping tinggi macam kiwak lepas tu orang2 yang main di server SEA ni macam bangang2 ja semuanya aku pun tak tahu kenapa.

Masa main di server EU rasanya taklah sebangang ni.

Since nak main Dota pun macam tak selera, dan nak buat apa pun internet slow, mungkin update blog ialah the best thing to do. 

Setakat ini saja kot random stuff to share. Nanti2 tulis lagi. Oh nanti aku cerita pasal album baru Lana Del Rey yang aku dah melanun tak berapa hari yang lalu.

Best lah jugak album Honeymoon tu. Kena la dengan mood aku sekarang ni. Haha.

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, August 18, 2015

In The End, My Ears Are The Music Critics I'm Gonna Listen To


Assalamualaikum. Hye.

Sebulan dua ini, selain daripada melanun album2 baru artis kegemaran atau potential artis kegemaran, aku juga rajin dan pulun menelaah album review.

Kalau tak rajin nak baca, aku akan dengar. Aku ada follow beberapa channel album review di youtube.

Tapi aku tak pasti lah sama ada taste aku memang teruk atau those reviewers yang tak ada hati perut tapi most of the time review2 tu kutuk artis pujaan aku dan bertentang langsung dengan aku punya expectation.

Selalunya kalau review bertulis bunyinya sedap sikit. Ni yang jenis review dalam bentuk video, huuiii dia punya kondem dari mula sampai habis.

Aku rasa mungkin sebab aku takda lah nak explore sangat lagu2 atau artis2 ni semua. Aku dengar mana yang aku dengar saja lah.

Nak kata minat mainstream media, aku rasa aku tak dengar radio sebab almost semua lagu dalam radio aku tak suka.

Kalau aku dengar lepas tu aku suka, aku cari lah. Lepas tu aku dengar lagu2 lain dari artis yang sama. Kalau best, aku cari album dia. Pastu download. Pastu tak dengar dah. Kakaka.

Cumanya, bila aku dengar review from those people pasal certain artis, aku cuba2 dengar tapi tak best pun. Mungkin tak sama preference kot.

Habis tu, celah mana pulak pendapat dia lagi valid dari semua orang? Aku assume dia ada pengetahuan pasal muzik kot, atau instrumental, atau nak kaji lirik and whatnot.

As for me, aku layan ja lagu apa pun siapa nyanyi pun asalkan aku rasa sedap. Apa yang penting, aku akan suka artis tu based on herself/ himself/ themselves (kalau band).

Aku tak suka mainstream media sebab selalunya serupa ja siapa pun. Kalau artis tu ada something different, dia nyanyi huduh pun maybe aku akan suka. Haha.

Hence, aku dengar review2 tu semua just untuk dapat insight sikit2 dan selebihnya aku tak hadap sangat pun. I still love those singers they hate.

Contoh : Lana Del Rey. Aku tak tahulah kat mana kurangnya minah ni tapi reviewers hate her sooo damn much. 

She's not the best singer I know that tapi setakat ni, LDR bagi aku best laa sebab... I don't know I just like her songs, and her voice.

Lyrically and thematically, dia macam terencat sikit tapi tak kisahlah. Haha.

One of the best thing on the internet.

Dulu2 aku minat Avril Lavigne saja sampai dalam mp3 player dulu aku rasanya 90% lagu Avril. 

Sekarang ni dah ada beberapa artis kegemaran baru. Nanti2 aku tulis. 

Tulis apa? Pi stadi. 

Mari stadi. Kakaka tak sedar diri betul. Eh kasi can laa ak rehat sekejap.

=p

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, August 13, 2015

Lolimah


Assalamualaikum. Hye.

Sebagai penulis blog yang hidup segan mati tak mahu, bila ada yang request entry, terasa seperti dunia ini aku yang punya, tahu?

Hahaha tak kisahlah kalau just sekadar nak ambik hati pun aku tetap tacing gittew. So suwiit. Tengkyu lah lagipun aku kan tengah berduka (rujuk entry sebelum ni) so bolehlah nak bajet2 sibuk.

Actually member aku nak aku tulis pasal fesyen lolita muslimah (lolimah?) yang kononnya berasal dari Jepun itu. Boleh tengok videonya carilah di internet.

Ok honestly aku rasa fesyen lolimah ni tak best. Hahaha.

Bagi aku lah, fesyen is whatever yang kita letak atas badan untuk tutup kulit dan aurat dan antara syarat2 wajibnya mestilah selesa dan praktikal.

Fesyen lolimah tu aku tengok (based on the video) nampak serabut dan banyak sangat aksesori. Skirt kembang2 dengan payung di kepala bagai, nampak semak gila kot.

It looks more like a costume rather than a dress. Girls, why not keeping it simple? Carilah fesyen yang logik sikit. 

Macam tak cukup lagi fesyen shawl berbelit tengkuk bercucuk 1024 batang jarum di kepala. Kahkahkah. 

Minah ni kata dia suka kaler pink. Huk aloh baju kurung pun ada kaler pink lah.

Cuba bayangkan kalau tengah pakai tu, lepas tu nak terberak. Kan susah? Nak sangkut mana segala mak nenek aksesori jadah tu?

Tapi dah zaman moden ni mesti semua orang nak perjuangkan hak asasi bagai kan? Kalau dah rasa seronok sangat nak pakai macam tu, pakailah.

Cumanya kalau ada depan mata aku, aku tak pujilah. Kalau ada dalam family aku pakai benda2 tu, aku cakaplah buruk. 


Kalau nak pakai pergi party atau study group di rumah member, aku rasa takda masalah nak lolimah ke apa. Tapi kalau nak panggil benda tu fesyen dan pakai hari2... hmmm... no thank you?

Pakai tudung bawal pun bersiap setengah hari. Inikan pulak skirt ropol2 bertampal aksesori sambil junjung mahkota atas kepala.

Kalau dah nak sangat tiru anime, carilah yang berjenis sikit. Aku cadangkan fesyen shinigami macam Unohana Retsu pakai ni. Kan nampak lebih sopan dan kurang keserabutan?

Rambut dandan di depan tu boleh pakai dalam rumah.

Habis susah, pakai ja t-shirt lengan panjang dengan seluar straight cut dan tudung yang sesuai. Mudah, murah, senang bergerak, senang nak berak, all the good stuff.

Oklah babai.

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, August 11, 2015

Let's Try Not To Die This Time


Assalamualaikum. Hye.

Pagi ni bukak2 mata lepas solat subuh semua macam biasa aku online lah kan. Dan hari ni keluar result exam.

Haaa agak2nya kalau aku cemerlang gemilang terbilang mestilah tajuk entry tak bunyi macam orang nak berkabung ye dok?

As expected, aku kena ambik 2nd exam untuk Ophthalmology.

Mula2 tu sebab aku dah anticipate result yang macam tu, aku tak kisah sangat. Tapi time aku tidur pagi tu, aku mimpi something.

Mimpi macam kat asrama dulu2, tapi member2 yang sekarang pun ada sekali. Aku tak ingat sangat walaupun selalunya aku senang ingat mimpi.

Tapi part yang aku ingat ialah, ada member aku tak bagi aku tumpang bilik dia untuk stadi. Haha lepas tu aku sedih, menangis.

Like, what..?

Tapi memang aku jaga sambil mata berair pun. Syahdu weyh dah plan nak balik Malaysia bagai tiba2 kena duduk Mesir lagi sebab ada exam nak kena ambik. Haiizzz.

So seharian ni aku meratapi nasib dengan main Dota. Kakaka tak insaf betul. Lepas ni nak pergi meratapi nasib di kedai makan pulak. Lepas tu meratapi nasib sambil beli barang.

Buku2 dah letak atas meja. Let's mark the MCQs and do some shortnotes and stuff.

Dan cubalah untuk hidup kali ni.

I'll do what I can lah ea.

K.

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, August 6, 2015

To Write Shit And Still Be Okay With it


Assalamualaikum. Hye.

Masih menunggu result exam. Doa2kan.

Sebelum exam habis, aku tak update pun blog even blog pendek malam2 tu. Semuanya atas dasar tunggu habis exam lepas tu blogging la sampai lumat.

Sudahnya, tidak juga.

Malas lah menulis. Hahaha.

Banyak benda nak tulis, tapi banyaknya dah ditulis orang lain. Aku end up jadi pembaca. Some of the stuffs written are agreeable. Some are debatable.

And even the debates are already well written. What's left for me, then? Nothing lah kan.

So aku pun sambung hidup macam biasa. Bermalas2an. Sluggish. Snail-ish.

Tapi teringin jugak la nak menulis balik macam dulu. Dulu2 ni masa tengah semangat, berak berapa kali sehari pun kalau boleh nak masuk blog.

Oh well, at least ada satu artikel yang buat aku rasa seronok nak menulis semula.

Katanya, menulis ~400 perkataan sehari bagus untuk minda.

Apparently aku sekarang ni selalu meraban di Twitter. Mungkin sebab tu kot blog ni makin bersawang.

The world revolves fast. Who would read shit of more than 140 letters nowadays?

Me. I would read more than 140 letters shits.


Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, July 23, 2015

Eh Hidup Lagi Rupanya


Assalamualaikum. Hye.

Ya ya masih belum mati.

Exam dah habis. Doa2kan resultnya nanti ok dan najah. Aku rasa macam ok walaupun oftal agak kiwak sikit tapi aku tetap doakan agar masih ok.

Been there done that. I don't want to go through that hell again. Tapi tu lah, once inside it's not that easy at all to escape.

Keep that aside, aku sekarang tengah serabut dengan benda yang aku teringin nak tulis tapi tak tahu nak mula macam mana.

Most of them are random stuff yang kalau nak ditulis pun akan end up jadi repekan2 pointless yang takda faedah sebijik habuk pun.

Last2 biar gitu ja. Or should I just put it here, as stuff I already do before? Macam tak biasa pulak post entry lopek tak bermanfaat. Kakaka.

Well, let's see where it goes from here. Doa2kan aku najah exam dan naik tahun.

Really don't wanna be in this shit again. 


Thanks for reading. Bye ;)

Friday, June 12, 2015

Projek Sains (lah sangat)


Assalamualaikum. Hye.

Seminggu dua ni, masa dekat2 nak end round, aku tiba2 menggedik nak buat projek sains konon sambil mengumpul gambar2 member kuliah.

Pakai henset biasa ja. Tak cun sangat lah gambar tu pun. Tapi pointnya bukan nak tengok gambar cantik atau tak. Benda lain okies.

Ok aku rasa ramai ja yang tahu atau pernah dengar pasal antara beauty standard yang dipopularkan ialah facial symmetry. 

Selain dari special feature yang ramai orang cakap cantik atau hensem seperti hidung mancung, kulit cerah, tinggi, prominent jawline apa semua tu.

Projek sains (lah sangat) yang aku buat ni ialah pasal facial symmetry tu lah.

Apakah betul kalau kita kelihatan sama di kiri dan kanan maka wajah kita lebih kacak dan cantik serta memukau pandangan?

Atau semua itu tetaplah relatif?

Yes. Beauty has some standard set by society, age, and place. But in the end, beauty still lies in the eye of the beholders.

Here are some of my friends' faces yang aku dah kerat2 dan cantum2kan dan inilah outcome projek sains (lah sangat) aku tu.

Tapi oleh kerana aku bukanlah photoshopper handalan, dan gambar yang aku ambik pun ada yang lighting buruk, so outcome nya tak lah perfect sangat ok.

Tapi cukup kot kalau nak gambarkan what would your face looks like if you are totally symmetrical left to right. Here they are. Enjoy.

Aidil.

Akram.

Zulfalhie.

Hafiz.

Hanif K. Bad lighting. Nanti kita buat lain k :)

Hasyim.

Hayyan. Pun agak bad lighting.

Kamil. Lagi satu bad lighting.

Aizad.

Rahman.

Rahim Rahman. Tiada talian darah dengan Rahman di atas sama sekali.

Syafiq.

Zaim murobbi pun join projek sains (lah sangat) ni tau. Kakaka. 

Dafi. Kucing pun tak terlepas dari menjadi spesimen kajian.  

Nazim, with special mention. Note the left-right tak berapa nak jauh beza.
So by standard, dia ni dikira hensem. Nohomo. Kahkah.

Sebenarnya semua hensem2 belaka. Faktor yang mempengaruhi outcome ialah gambar, lighting, posture, dan expression. Sorrylah kepada yang bad lighting.

Sebab tu aku suruh ambik gambar straight, senyum jangan nampak gigi apa supaya minimize factors affecting. Gittew.

Kesimpulannya, beauty is not defined by facial symmetry alone. Everyone's beautiful in a way or more. Bak kata James Blunt, "You're beautiful".

Banyak pahala James Blunt sebab selalu puji orang. Kakaka.

Ok lah itulah saja pun so called projek sains (lah sangat) aku. Ada yang teka aku nak main apps teka umur apa barang lah nak teka umur ambik gambar sendiri baik aku stalk Fb.

Bulan puasa pun dah dekat ni. Semoga kita dapat menjadi cantik di dalam juga. Ok aku terasa dengan benda yang aku tulis sendiri.

*gambar sendiri ada jugak tapi tak masuk sini. segan hewhew*

inb4 OooOoOoo gambaq orang nak ambik sangat gambaq sendiri simpan
pastu aku jawab biaqpila kakaka.

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, June 11, 2015

Uftalmulugia


Assalamualaikum. Hye.

Sebelum aku publish entry pasal Projek Sains (lah sangat), aku rasa ok jugak kalau cerita pasal end round Ophthalmology dulu.

Semalam exam clinical. Ada tiga patients, kena buat test dan jawab soalan sikit. Stesen pertama aku dah sangkut. Dah la doc yang jaga tu doc group aku. Mesti dia kecewa. Kahkahkah.

Stesen 1, check cornea. Aku takdalah sangkut teruk sangat. Benda yang kena jawab tu aku boleh jawab, maybe sebab dah hafal jawapan masa di luar. Hahaha.

Masalahnya ialah, aku tak buat test tu sendiri. Doc Basem assist aku untuk tiga2 soalan kot. Dia bagi klu lah macam Blue's clues tu. Sepatah dia bagi hint, sepatah aku bagi jawapan.

Stesen 2, check pupil. Stesen ni ok kot sebab smooth saja. Check reaction, komen sikit, cakap ada opacity, probable cause, type apa semua. Doc tu pun lepas terus.

Stesen 3, check ocular motility. Stesen ni hancus teruk. Doc tu tak cakap apa suruh buat test saja. Aku terus gabra. Buat mana yang teringat, dan banyaknya tak ingat la. Haih.

Aku sampai cakap kat doc tu, "Doctor, what's YOUR question?" sebab budak semalam cakap, stesen ocular motility ni doc akan tanya muscle apa buat pergerakan mana or sort of. 

Sekali time aku, doc tak tanya apa2. Maunya tak gabra. Terus hilang apa yang ada dalam kepala. Eh pernah ada dalam kepala kah? I doubt it.

Hari ni pulak exam slide. Aku rasa tak lah fakap sangat. Banyak jugak tembakan2 aku mengena. Aku agak positif yang aku betul more than half. Harap2lah.

Tapi problemnya ialah "portfolio" assignment aku yang macam haram jadah tulisan tangan, takda gambar, jawapan tak lengkap, dan lain2. Tak apalah tolaklah markah aku tapi jangan bagi kosong sudah la. Huehuehue.

What eyes can't see, the mind can't know.
Contohnya, jawapan exam. Kahkahkah

Less than 2 weeks is final exam. Hamagad.

Semoga baik2 saja. Doakan. 

:)

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, June 2, 2015

Selow Melow


Assalamualaikum. Hye.

It's that time of the year again, people.

Tak tak aku tak cakap pasal bulan puasa. Mesti dah banyak post2 orang share di Facebook dan Twitter pasal lagi 2 minggu nak puasa so tak payahlah aku ulang benda sama.

Apa2pun kita doalah agar sempat hidup sampai tibanya bulan puasa. Sebab selalunya bulan puasa, kita macam bertambah keimanan so bolehlah ambil peluang kalau diberi kesempatan.

Well, exam end round oftal minggu depan. Lepas tu dua minggu kemudian final year exam pulak. 

Tahun ni aku beraya di perantauan sebab department ngokngek buat kelas internal med tengah2 round so bazir dua minggu secara percuma dan sia2.

Tapi tak apalah. Tak kisah pun. Nanti balik juga.

Cumanya, bila teringat cerita dulu, oh umpama mimpi ngeri menjelma lagi, Macam mana nak bangun dari tidur kalau masih belum terjaga dari mimpi? 

Eceh ayat bajet puitis padahal keling. Sepertinya terdapat unsur racist di situ tapi sebenarnya tidak.

Aku dah buat plan baaaeeekkk punya untuk final ni tapi apakan daya, plan saja yang mampu buatnya tidak. Itulah bahaya dan bahananya bersifat dengan sifat kemalasan yer adik2.

Oleh kerana aku dah tak boleh berpatah balik, aku rasa aku masih boleh slow down dengan aktiviti mengarut aku supaya tak terbabas terus.

Aktiviti mengarut yang dimaksudkan tak lain tak bukan ialah main dota, online 24/7, tengok anime, dan buang masa berangan tak kira masa wassini.

I should really try harder carrying out all the plans instead of just making them happen in my head again and again and again and again and again and again and again.

Yes I have that plenty of time to playing a movie of me working hard in my head. Kakaka.

Fucking please..?
:)


Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, May 31, 2015

English Teacher, Pastry Chef


Assalamualaikum. Hye.

Jumaat ritu, ada senior universiti aku datang buat talk. Super senior jugak lah sebab antara batch2 yang paling awal di Ainshams tu.

Selama ni aku ingat JPA hantar ke Mesir mula2nya Ainshams, lepas tu tukar ke Kaherah, baru2 ni ja hantar Ainshams semula. Simplified version betul.

Rupanya ramai jugak pun lulusan2 Ainshams ni. Kira hebat jugak la. Bangga jugak la sikit.

Benda biasa, bila ada senior yang dah grad, dah pass HO, dah jadi MO, atau nak sambung apa2 specialty, maka benda yang dicakapnya hampir2 sama.

Soalan2 yang budak2 tanya pun hampir sama. 

Tapi talk haritu bagi aku agak seronok lah. Semangat rasanya bila tengok grad universiti aku ni rupanya power2 juga. So kalau dia boleh, basically orang lain pun ada peluanglah juga.

Kata brader tu, momokan2 grad Mesir tak power apa semua tu takdalah betul pun. Depends dengan orang jugak kot.

Tapi beza darjat kerajinan beliau dengan aku, mungkin ada sedikit ketara. Haha.

Apa yang buat aku jadi sayu ialah bila dia cerita part cabaran kerja tu lah. Setiap kali pun teringat benda yang sama.

What the hell am I doing here? Rasa down sangat. Frust. Gittew.

Brader tu kata lagi, degree medicine ni tak semestinya kerja nanti jadi doktor. Boleh ja nak kerja benda lain. Ada banyak jugak peluang nanti.

Tiba2 aku teringat balik cita2 aku dulu atas apa subjek yang aku paling suka di sekolah. Bahasa Inggeris. Seronok tulis essay, join kelab debat bagai.

Atau benda yang aku rasa suka tengok dan rasa inspired iaitu kerja kedai roti. Aku rasa tu pun best jugak. Buat roti, bagi orang makan.

Entahlah. Aku pun pening juga.

Kadang2 nak jadi ahli sihir, tukang tilik, ramal masa depan, menumpaskan jin dan jembalang.

Mungkin kalau dah tuhan letak aku di sini, ada dia nak bagi apa2lah kot. Mudah2an aku mampu sabar. Dan redha.

An apple a day keeps the doctor away.
But if the doctor is cute, screw the fruit.


Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, May 24, 2015

Tangan Dua Cuma


Assalamualaikum. Hye.

Sebelum ni, aku bolehlah dikatakan jenis yang suka mengumpul.

Apa benda yang aku dah ada, aku tak kisah nak ada yang lain. Menambah koleksi, biar banyak. Kalau yang ini dah bosan guna, ada yang itu.

Berjenis2, bukan cuma satu. Boleh tukar2. Boleh pakai yang lain.

Dulu, masa aku tak jaga diri sendiri.

Kain baju, makan pakai minum aku, ada orang yang tolong jagakan. Aku tak risau.

Mungkin sebab itu, aku dulu tak kisah untuk ada lebih dari satu. Saling ada, saling menjaga. Aku tak sendiri. Ada yang tolong.

Cuma sekarang, dengan tangan aku yang cuma ada dua, aku semakin tak larat.

Penat bahu nak pikul, bukan setakat barang yang ada bentuk. Kadang hati yang terlalu abstrak, sekejap halus sekejap keras batu, sekejap sejuk sekejap membakar, sesak jugalah nafas aku.

Aku tak larat. Rupanya aku bukan jenis yang kuat.

Apa yang ada, aku sekarang suka lagi kalau aku jaga seadanya, yang lain, aku lepaskan.

Sama ada berpindah milik, hilang, atau aku ucap selamat tinggal.

Dulu susah juga sebab sentimental sangat. Apa saja aku simpan, pembungkus gula2 pun berzaman2 baru aku buang.

Masa di sekolah dulu, aku simpan pembalut gula2 bawah plastik alas meja. Hiasan, kata aku.

Dan itu barunya gula2 murah beli di koperasi sekolah. Apa cerita masa diluang, emas tak ternilai katanya orang? 

Suara yang aku dengar dan ingat terngiang2.

Dan bila aku nak buang kamu dari hidup aku, dan aku rasa rindu, sayu. Apa kamu tak rasa yang sama semasa kamu buang aku dulu?

Apa kau datang semata2 nak ucap selamat tinggal dibila nanti? 


Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, May 23, 2015

Less Is Not More


Assalamualaikum. Hye.

Aku jamin ramai orang pernah tahu dan dengar pasal frasa "less is more".

Maksudnya, aku tak berapa nak pasti tapi kalau ikut apa yang aku faham, it sort of pasal kita tak payah la nak berlebih2 sangat.

Sikit2 sudeehhh.

Tapi kadangnya, kalau dah less tu maksudnya less lah kan? Macam mana pulak lima lagi banyak dari sepuluh? Kan?

Mungkin dalam konteks hari dan minggu, kita boleh kata DUA minggu itu lebih panjang dari TUJUH hari.

Dan variable x dan y itu, semestinya tak sama bagi semua orang.

Apa yang cukup untuk aku, mungkin terlebih untuk kamu. Apa yang berbaki untuk aku, mungkin belum memadai untuk kamu.

Kita ada apa yang mereka tiada. Mereka ada apa yang kita tak pernah ada. Selalunya macam tu lah.

Dan bila kita bercukup dengan seadanya, mungkin kita akan lebih gembira.

Mungkin.

Takkan sempurna. Tak perlu tunggu.

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, May 19, 2015

Bad Habits, Good Habits


Assalamualaikum. Hye.

Sebagai manusia, biasalah kalau ada masalah nak hilangkan bad habits atau nak mulakan good habits.

Sebabnya, kita memang diprogram untuk suka benda2 seronok yang bersifat short term which is bad habits. Salahkan nafsu. Kahkahkah.

Tapi, kita boleh bentuk semua habits ni dengan mengulang benda yang sama banyak kali. Lama2 nanti biasa. Baik atau buruk, lama2 akan biasa.

Bezanya, lama2 nak bentuk bad habits itu sesingkat tiga hari. Lama2 nak bentuk good habits tu, tiga bulan, tiga tahun, pun kadang2 tak cukup.

Hidup ini sungguh keji. Atau mungkin kita yang tak cukup berusaha agaknya.

Mari aku share kisah aku secara ringkas.

Kelas ophthal ada interactive session yang tak berapa nak active. More like, interpassive atau inter-irreactive sebab budak2 lengai kecuali mereka2 yang pulun.

Aku sebut pulun sebab aku jeles. Bahasa yang lebih indah ialah rajin berusaha. Kahkahkah.

Cuma dua kali aku menyekip kelas dan sekarang aku dah terbiasa untuk balik rumah bila doc masuk lambat. Padahal aku pergi kelas pun bukan awal sangat.

Pulak tu, selama tiga round tu aku ada jugak datang kelas awal tapi still tak boleh konsisten. Sekali dua terdatang awal itu pun sebab salah tengok jadual.

Nampak tak betapa kejinya?

Tipu.

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, May 2, 2015

Tamak Ebola


Assalamualaikum. Hye.

Semalam berlaku satu peristiwa yang buat aku sedar rupanya sifat tamak itu ada dalam diri cuma kita tak perasan.

Kadang2 tak sedar langsung pun. Serius. Scary gila kot.

Kisahnya bermula, Dota 2 The International Championship dah on going. Kiranya dia punya promosi, jualan2 compendium semua dah start.

So biasalah bila keluar compendium, community market akan jadi huru-hara sikit.

Aku rasa macam malas nak beli compendium walaupun item2 lawa nak mampos buat diri ini kepingin gittew.

Tapi aku dah transition dari pengumpul item kepada penyimpan item yang aku nak pakai saja. Lagipun dah ada steam wallet so malas lah nak trade2 bagai. Ada nak apa2 beli terus dari community market lah.

Lagipun trader semua sekarang ni dah macam yahudi. Tamak dan kedekut dan suka hisap darah trader lain. Eh bunyi macam racist pulak.

Jadinya aku pun tak pusing sangat lah pasal benda tu. Tiba2, dalam tengah excited tengok update, sekali aku punya balance steam wallet jadi 100 USD lebih. And I was like, what???

Rupanya2 unusual courier aku ada orang beli. Dan tahukah kamu apa benda first yang aku buat?

Aku cari balik gem yang ada kat courier tu nak recheck harga. Tapi listing semua dah zero. Masa tu community market tengah messed up. Then terlintas satu benda dalam kepala aku.

Harga naik kah? 100 USD tu harga ok atau rendah sangat sampai ada orang beli? Patut boleh jual lagi mahal tak? Ahhh ruginya tak check semalam.

Money money money.

Nampak tak aku punya dysfunctional waktu tu? This tamak thing just came out of nowhere. Aku sendiri rasa tak percaya how could I ever be like that.

Teruknya rasa.

Dan mungkin tuhan nak ampunkan aku (if tamak is ever a sin lah) maka dia pun ambik balik 100 USD tu sebab malam tu transaction reverted.

Rupanya ada glitch dalam community market tu decimal point apa benda tah yang melibatkan rupiah dan dolar.

Aku syak nilai rupiah tu jadi dolar kot so indon kan kaya berjuta2 rupiah dia ada so tetiba jadi dolar maka mereka pun rampage shopping spree lah. Agaknya lah aku pun tak tahu.

So aku pun sedihlah sebab hilang 100 USD tapi tak sedih sangat sebab masih kaya lepas tu courier pun dapat balik cuma nak jual courier memang tak senang lah kan.

Cumanya nak cerita, even with virtual money pun manusia yang tak punya apa boleh jadi macam tu, apatah lagi bila duit fizikal ada depan mata.

Patut la rasuah berlambak. Orang salah guna kuasa demi kekayaan dan macam2 lagilah. Penindasan, eksploit, monopoli apa semua. Huh seram jugak lah.

Semoga hati tidak rosak.

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, April 30, 2015

Bila Dah Annoyed


Assalamualaikum. Hye.

Suddenly rasa nak update blog. Mulanya nak cerita pasal ASFaD haritu tapi cerita dah basi kahkah tu laa peram lama sangat.

Jadi malas lah nak cerita pasal ASFad. Kita move on saja lah. Nak cerita pasal salib pun malas juga sebab dah banyak orang ulas.

Lagi satu, payah benda ni. Orang sensitif terlebih. Cakap pasal sensitif terlebih, tweet sapa tah yang pasal budak oversea melancong budak local terseksa lepas tu budak oversea bukan setakat tweet balas.

TULIS ESEI TERUS! Kahkahkah.

Kenapa kita malas nak react atau overreact? Haa itulah akibatnya bila dah annoyed. It's either you stay in silence or rant everything at once.

Jadi hari ini, aku pergi klinik sebab nak folo up treatment minggu lepas. Aku sakit telinga, lagi. Dah kali kedua. Recurrent ni. Bahaya tau.

Tapi tak apa sebab ubat minggu lepas macam ok lah berkesan juga sakit dah kurang cuma tak pasti dah sembuh betul atau tak.

Macam mana pulak aku boleh jadi tak pasti? Tak tanya doktor kah?

Jawapannyaaa ialaahhh, I AM ANNOYED.

Maunya tak sakit hati. Dah la orang arab potong queue. tapi dah memang bangsa dia begitu, aku lantakkan saja. Kalau dah babi, babi jugak. Tak payah ambik pusing.

Maka, aku mengharapkan warga2 profesional akan bertindak meredakan tekanan jiwa. Ya lah nak folo up kita nak yang baik2 lah kalau tak baik pun kita nak explanation apa semua.

Sekali, ada minah mana tah dah la masuk potong queue aku, lepas tu dia start buat discussion apa jadah pun aku tak tahu. Rasanya student sebab dia ada sebut benda2 pharma, nama ubat, cephalosporin, etc.

Si doktor tu pun satu hal jugak. Dah ada patient depan mata, tak payah nak diskusi sangat lah. Nak kata bangang, kerja doktor. Tapi common sense zero.

Patient datang jumpa hang, nak rawatan, nak dengar hang explain. Student jumpa waktu lain lah. Kalau aku ni memang patient yang nak participate dalam sesi mengajar tak apalah juga.

Tekanan perasaan betul.

It's very annoying tunggu macam orang bodoh dalam bilik tu. Bila dah annoyed, aku punya sesi pun jadi macam antara nak dengan tak nak. Jawab pun jadi malas2. Nak tanya untuk kepastian pun jadi malas.

Last2 aku pun tak pasti telinga aku dah ok atau belum. Tapi sakit dah tak ada. Ok lah kot. Cumanya dia kata still ada remnants of secretion, tak boleh nak tengok tympanic membrane, dan kalau nak buat ear wash pun tak boleh.

Bila aku baca orang share komplen di Fb pasal pegawai kesihatan atau pekerja2 bahagian kesihatan (doctors, nurses, and the likes), aku rasa macam 

"eh come on those people nak tolong hangpa tengah sakit respek la sikit" 

tapi bila berhadapan dengan situasi macam ni, baru aku tahu sakit hati tu macam mana sifatnya. Kita bukan nak komplen sangat pun cuma dah tengah sakit tu, jadi annoyed lebih lah.

Bayangkan kita ada urusan dengan orang, lepas tu dia boleh rilek buat benda lain dulu, layan orang lain yang lewat dari kita, dah tunggu punya lama, dia buat bagi kena tunggu lagi.

Common sense mana hah?

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, April 19, 2015

Telur Goreng


Assalamualaikum. Hye.

ARAHAN : GORENG TELUR UNTUK DIBUAT LAUK NAK MAKAN DENGAN NASIK.

Mudah tak arahan di atas tu? Macam mudah.

Lalu mak kita atau ayah kita pun ajar cara nak goreng telur. Pilih telur, letak minyak dalam periuk, panaskan periuk dan minyak, masukkan telur, tunggu sampai masak, kalih2 sikit, angkat. 

Lepas tu makan lah dengan nasik.

Kadang2 mak dan ayah tak ada, abang kakak ada. Kawan2 pun ada boleh tolong kalau tak tahu.

Mudah sebenarnya kalau ikut step, ikut cara, dan yang paling penting, tak banyak songeh.

Kita kadang2 meletakkan diri dalam situasi yang kita sendiri tak tahu jawapan. Tapi disebabkan kasih sayang orang kepada kita, dimudahkan cara juga.

Kalau nak letak kicap boleh tak?
Kalau nak letak lada boleh tak?
Kalau nak separuh masak boleh tak?
Kalau nak letak bawang boleh tak?

Kalau nak buat telur bentuk bunga, boleh???

Selagi mana sesuai, yang kita sendiri tengok pun kita boleh tahu, sekadarnya itu, gorenglah telur tadi sebagaimana yang kita mahu.

Tapi, sifat kita, makin lama makin menjadi sebenarnya.

Kalau letak milo boleh tak?
Letak cuka dan esen vanila boleh tak?
Goreng guna minyak rambut boleh tak?

Bila diajar goreng telur di dapur, kita segaja cari masalah lain. Betul, zaman berubah, ada yang guna dapur elektrik. Apa boleh goreng telur kalau tak guna api? 

Hal berkaitan, boleh difikirkan. Kita bincang cari jawapan.

Nak goreng di luar rumah, tapi hujan jadi macam mana nak buat?
Goreng tepi jalan. Asap kereta, habuk, asap rokok. Boleh makan lagi?
Tak ada minyak. Ganti dengan hydrochloric acid boleh tak?
Macam mana nak goreng telur di dasar laut?

Asal benda yang mudah, kita susah2kan. Soalan yang berkadar, kita jadikan besar. Benda yang boleh difikir sendiri, kita rumitkan sampai sesat jalan mati.

Kalau goreng telur sambil menyanyi boleh? Sambil melompat?
Nak goreng telur pakai tumit tinggi boleh?
Kalau pegang terus telur dalam periuk panas tu tak pakai sudip ok tak?
Kenapa nak guna minyak? Guna air tak boleh?
Kalau masa tengah goreng telur tu berlaku gempa bumi, nak teruskan menggoreng atau lari?

Lepas tu kita kata goreng telur itu susah nak mampos. Malas lah nak goreng telur. Makan nasik kosong saja lah.

Ini cerita pasal goreng telur. Agama pun macam tu lah lebih kurang.

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, April 15, 2015

Small Matter Is Still A Matter No Matter What


Assalamualaikum. Hye.

Matter is anything that has mass and occupies space. Ingat lagi tak definisi ni adik yang di bangku sekolah?

Better lah ingat definisi scientific terms daripada ingat nama pakwe, makwe semua tu.

Small matter apa yang berlaku baru2 ni? Kunci rumah hilang.

Small matter sebab, ya lah kunci rumah ja pun. Bukannya hilang kena curi lepas tu nanti pencuri tu track rumah aku yang mana satu lepas tu dia pecah masuk.

Walaupun ada possibility tapi tak jadi sampai macam tu lah kot. Kunci aku dah banyak kali hilang sebelum ni.

So hilang lagi? Apa cemerkap sangat? Tak reti simpan barang ke apa? Maybe.

Cumanya kali ni agak devastated sebab yang hilang sekali ialah keychain KREKO yang ada pita pengukur yang aku selalu guna.

Serta... serta... serta... PENDRIVE 16GB!

Hadoih.

Tekanan jiwa jugak la memikirkan kat mana la aku jatuhkan. Semalam pergi menempel adik2 buat jubah di Zagaziq. Lepas tu seluk poket eh takda kunci.

Kunci rumah hilang, boleh sepak terajang pintu. Kunci hati hilang?
Nak sepak terajang perut? :D


Selalu kalau tak ada, sama ada aku letak dalam beg atau tinggal di rumah. Tapi selongkar beg, tak jumpa. Cari di rumah tak jumpa.

Innalillahi wainnailaihi rajiuun lah wahai kunci ku dan pita pengukur ku dan pendrive ku.

Benda small matter akan jadi big matter contohnya macam kes aku ni, kunci hilang tu ok tapi hilang sekali dengan keychain dan pendrive yang aku cakap tadi.

Seolahnya, hilang satu benda, dan benda tu bawa sekali benda2 lain, yang penting, yang kita sayang.

Itu kunci, keychain, dan pendrive. Now replace it with people.

They are gone, and they took with them all the memories, laughter, shoulders we want to lean on. For example, a friend. 

So it matters after all.

Deep tak entry ni? Deep kan sampai terkambus tak boleh keluar.

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, April 12, 2015

Friendship Never Dies, But We Do (reblogged)


Assalamualaikum. Hye.

Ini entry lama yang aku dah delete tapi sebelum delete aku simpan ke sini sebagai reblogged entry lah sangat padahal entry sendiri tak malu betul reblog entry sendiri kahkahkah.

Cumanya aku rasa relevan, sebab masalah aku hari ni, terlalu sama macam apa yang aku pernah tulis dulu. Dan aku malu.

Bila dulu tulis kemain sebab bukan kena pada diri. Sekarang boleh rasa. Susah rupanya nak live up to our own writings. Ok here goes.

***

Aku tutup nama orang yang tanya. Dulu aku terpublish dengan nama dia kot. Haih.

Jujur aku katakan, banyak strangers dalam hidup aku sekarang ni. Kawan2 yang dah lama lost contact sejak sekolah tutup, lepas tu jumpa masa ambik result SPM, lepas tu hilaanggg.

Sebenarnya aku kot yang memencilkan diri. Haha tiap2 kali nampak online di Facebook rasa nak message chat tapi dalam masa yang sama rasa macam mengganggu dia pulak nanti. So tak jadilah nak chat.

Mungkin situasi yang sama berlaku pada kawan2 kita, dan kita merasakan kawan kita menjauh. Lalu kita pun malas nak kecoh lebih. Dia ingat kita sibuk kita ingat dia sibuk dan dua2 pun sibuk lepastu kemesraan pun mula pudar seperti lagu Rossa kurasakan pudar dalam hatiku rasa cinta yang ada untukmu ececeh.

Jadi sebab itu aku rasa apa yang boleh kita buat ialah confront kawan kita tu. Confront di sini bukan maksudnya kita pergi soal dia macam2 lagak kita pihak polis dan dia tu pesalah juvana. Bersemuka dalam erti kata tanya elok2 kot2lah ada kita buat salah ke apa kan?

Lepas tu kita kena act natural. Act bermaksud perbuatan kita pada waktu itu, bukannya berlakon. Sebab kadang2 memang kawan kita betul2 sibuk lepas tu buat macam tak layan kita tapi kita terasa lebih mengalahkan orang ada mood swing.

Ada sesetengah manusia dilahirkan dengan genetik suka menyendiri maka dia pun macam tak berapa nak click dengan kita sangat. Tak payah terasa dengan orang macam ni. Aku kenal seorang sahabat yang bercirikan karakteristik tersebut. Sakit hati sungguh nak dapatkan perhatian dia. Orang takda perasaan macam ni kita kena cool ja. Ajak lepak2, buat aktiviti hangout sekali sekala, cukuplah.

Tak payah nak bukak soal hati ke apa sebab dia tak minat. Kalau dia dah desperate ada masalah macam Desperate Housewives masa tu baru dia cari kita. Dan masa tu sila tunjukkan yang kita kawan sejati dan tolonglah sekadarnya.

Ada jugak kawan yang memang sentiasa ceria di depan kita, tapi rupanya ada maslaah jiwa terpendam. Ada yang jenis suka maki hamun kita tapi dalam masa terdesak merekalah yang ada di sisi kita. Yang spesis suka maki hamun lepas tu bila ada masalah dia lari jauh2 pun ada. Banyakkk.

Kawan2 kita banyak ragam sampai kita letih nak melayan. Tapi sedarkah kita yang kita pun sebenarnya terlebih ragam jugak bagi kawan kita tu? Sebab kita kan tak sempurna. Kalau kita rasa kawan kita annoying, maka ada ja probability kawan kita merasakan yang sama.

So bila dia rasa macam kita dah tak berapa nak kacau dia, dia pun slow2 angkat kaki. Lepas tu jadi stranger.  Maka berbaiklah. Maybe tak payah nak bff sangat tapi sekurang2nya biarlah mesra.

Macam mana pulak kawan baik yang kita ingat kita dah kenal luar dalam, dah tahu minat dia, apa yang dia tak suka, binatang apa yang dia takut, nama mak dia, saiz kasut ayah dia, dan warna gigi palsu nenek dia, all the stuff?

Manusia boleh berubah. Terima hakikat itu dan rasanya takda manusia yang mampu buat kita sakit jiwa lagi. Kadang2 kita ada cikgu yang baik dengan kita tapi tiba2 jadi baik dengan budak lain dan kita terasa. Kadang2 dengan mak ayah sendiri kita rasa macam tu. Apatah lagi kawan2?

Terima saja manusia tidak sempurna. Mungkin kita melebihkan orang lain sampai kawan kita rasa tak dihargai. Who knows? Forgive and forget lah.

Tapi seriously wujud jugak orang yang memang jenis tak ingat kawan bila jumpa kawan baru. Kalau ada kawan2 kamu dari spesis ini maka silalah cari klik lain. Bersyukurlah dia dah tak menjadi klik kamu. Orang macam ni tak reti nak menghargai orang lain. Kalau dia dah insaf dan bertabat nasuha bolehlah maafkan dia. Kalau dia buat donno maka memang dia layak mendapat penampar. Sila beri jika perlu.

Hargailah kawan2 anda. Kalau rasa tak puas hati, cakap ja. Jangan biar hati sakit nanti apa yang dia buat kita rasa tak suka. Dia cadang apa kita kata tak bernas. Dia suka apa kita kata dia takda taste. Apa yang dia ada kita rasa jeles.

Kenapa jadi macam tu? Sebab dalam hati dah ada unfinished business. Sangat tidak sihat dan berbahaya untuk kesejahteraan emosi dan jiwa. Jika anda sayang diri, sila bersihkan hati dari hasad, dengki, dan iri. Insya Allah hidup lebih diberkati dan senang hati. Jiwa yang tenteram membenci orang lain takkan tenang menghadapi hidup sehari2 dan takkan bahagia sampai mati. Believe it or not?

It's better to let go than to hate okbai.

p/s :: eh macam best pulak nak publish jawapan formspring sebagai entry blog. Lepas ni nak karang panjang2 terus dan autopublish lah. Haha silalah tanya.

***Tulisan aku kecikkan supaya susah dibaca sebab aku sendiri segan orang baca apa yang aku tulis ni sebab aku sendiri tak buat***

What now? Do I have to go? Do I have to? Do I really have to?

I'm torn apart by my own words.

God, help me please.

Thanks for reading. Bye ;)