Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, December 31, 2014

The Unhappy Ending Of 2014


Assalamualaikum. Hye.

Tak lama lagi tahun baru.

:)

Cuma aku rasa sedikit tak best bila ada orang share artikel ini. Entah kenapa rasa ada some part yang tak betul. Maybe tak sepenuhnya, maybe aku tak faham certain part, maybe maybe tapi still... entah.

Sebab dia kata, 

“We have to do it ‘grandly’. We have to spend ‘huge cost’ to re-invite the lost blessing of Allah,” he added. 

“The blessing and love of God are expensive. He is taking his blessings away from us. The floods might be one of the signs of his wrath that he made real.
“Frankly speak [sic], actually 200,000 is very ‘cheap’ if compared to the price of his blessings,” Asraff claimed, comparing it to billions of ringgit in property damage and losses during the floods.
He also claimed that spending billions to mitigate floods would be useless unless Malaysians fix the problem at its “source”, which is with Allah, rather than anywhere else.
He also claimed that spending billions to mitigate floods would be useless unless Malaysians fix the problem at its “source”, which is with Allah, rather than anywhere else.
Asraff also suggested that it is hard for prayers done by common Muslims to be “approved” by God, urging instead that faith followers use a so-called “shortcut” by offering praises to Prophet Muhammad, whom he claimed is a “main point” towards God.
“The logic is like this: if you want to ask for projects from an ‘orang besar’ (important person), it is confirmed you would not get it because he doesn’t even know you. Even if he knows you, you’re not in his ‘circle’.
“So, if you ask through somebody else who is close to the ‘orang besar’. God willing, the chances of getting it would be greater, right?” he said in an analogy.

Kamu rasa bagaimana?

:(

Kalau tak termampu hadir, cinta rasul ada cara lain yang boleh buat di rumah :)

Rahmat tuhan itu mahal? Kalau rahmat boleh dihargakan, maksudnya ia mahal? Orang kaya saja yang layak dirahmat? Orang miskin perlu bersusah kalau nak rahmat?

Aku faham konsep tawasul, minta orang soleh berdoa, sandarkan pada amalan, etc tapi adakah kita nak nafi yang doa kita sebagai hamba biasa yang berdosa tuhan dengar sama macam tuhan dengar doa orang2 soleh?

Apa beza benda ni dengan surat2 pengampunan yang semua orang pernah belajar dalam subjek Sejarah sekolah menengah?

Nabi Sulaiman itu raja. Nabi Yusuf itu menteri.  Nabi Sulaiman boleh berbahasa dengan binatang. Nabi Yusuf mentakwil mimpi. 

Nabi kita pengembala kambing.  Nabi kita tidak tahu membaca dan menulis. Nabi kita tidak kaya. Nabi kita selalu berlapar. Nabi kita tidak pakai yang mewah2. 

Nabi kita semulia2nya, tetapi apa yang ada pada baginda tak lain ialah yang paling mudah untuk kita sebagai umat untuk mahu ikut sunnahnya.

Kalau nabi kita kaya, maka menjadi kaya itu sunnah. Orang miskin takkan mampu nak mengikut sunnah.

Kalau nabi kita cendekiawan, maka menjadi pandai itu sunnah. Orang yang tak mampu mendapatkan pendidikan takkan mampu mengikut sunnah.

Keturunan nabi kita itu bangsawan, tetapi baginda sentiasa sederhana. Kalau status hidup itu sunnah, maka malanglah kita yang lahir sebagai rakyat biasa.

That's the whole point of nabi kita being the most modest, paling senang diikut. Kita tak semuanya terlahir dalam keadaan cukup serba-serbi. Tetapi kita sentiasa mampu dan berpeluang untuk mengikut sunnahnya.

Tapi kenapa ada orang2 tertentu yang mahu kata, kita perlu berbelanja besar untuk merayu rahmat tuhan? Kenapa kita perlu orang2 tertentu, untuk jadi perantara kita dengan tuhan? 

Munginkah doa kita selama ini tuhan tak degar? Kerana doa kita selama ini murah dan kita bukan siapa2?

Entahlah aku pun tak pasti.

Cuma yang aku nampak, betullah kalau dia kata, bila ada program macam ni, ramai orang yang akan turut serta. Datang ramai2 dan berdoa. Ada majlis yang proper, dan nanti akan dikutip derma so basically RM200,000 tu nanti akan covered bahkan mungkin dapat lagi banyak.

kalau duduk doa di rumah solat hajat 3 minit doa lebih kurang lepas tu tengok Tv, main Fb, gosip dengan jiran. Mungkin sebab tu doa tak sampai kot. 

Setakat itu saja aku mampu nak berbaik sangka dengan program2 seumpama ini. Bagi aku, secikai mana doa kita, tuhan tetap dengar. Sehina mana kita dengan dosa maksiat kita, tuhan tetap sayang.

Tuhan takkan pilih untuk makbulkan hanya doa nabi2. Doa kita2 pun tuhan dengar dan consider. Doa binatang teraniaya pun tuhan dengar tahu? Apatah lagi doa kita yang tuhan sendiri angkat sebagai sebaik2 kejadian.

Tapi aku tetaplah puji dan sokong program sebegini daripada sambutan tahun baru yang tah apa2 kalau setakat nak berhibur dengan orang yang tak tutup aurat, lebih baiklah buat program yang da unsur keagamaan.

Walaupun nampak macam agama itu diletak harga, dinilai dengan nilaian dunia.

Mungkin bermula dari situ orang ramai boleh sambung beramal di rumah, siapa tahu kan? Mudah2anlah. What do you think? Kongsilah pendapat. Kalau ada salah di mana2, boleh betulkan.

Entahlah entah oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, December 27, 2014

Langit, tanah, dan air


Assalamualaikum. Hye.

Banjir yang tengah berlaku ni membimbangkan betul. Tengok gambar2 di Fb dan Twitter yang orang share, rasa insaf sekejap.

Keinsafan yang bila lihat dari jauh tak sama dengan bila nampak depan mata, kena batang hidung sendiri. Acceptable lah.

Lepas tu mulalah nak cakap pasal bala. Asal musibah ja bala. Asal bala ja musibah. Pemarah dan penghukum sungguh tuhan itu di mata hamba2nya rupanya.

Aku tak nafikan memang ada correlation tapi let's not make it the whole point of it.

Instead of kata musibah itu datang sebagai bala atas sebab maksiat2 kita, aku lagi senang mendengar dan terima kalau orang kata musibah itu sebagai peringatan dan tak fokus sangat perkataan bala, dosa, maksiat tu semua.

As if, selama ni yang aman damai tak ada bencana alam, kita tak berdosa? Tak buat maksiat? Bencana alam yang berlaku zaman dulu2, zaman nabi dan sahabat, takkan kerana dosa maksiat?

Pulak ada yang kata sebab maksiat dah banyak, sampai tuhan turun bala. Ini lagi teruk. Pandai pulak dia ukur threshold sabar tuhan itu setakat mana. Oh ini bala turun ni maksudnya tuhan dah marah. Dulu tak turun sebab tuhan boleh sabar lagi. Yeah right.

Sepatutnya kita tak payah tunggu bencana alam pun kalau nak ajak orang supaya beringat dan kembali kepada kebaikan. Apa kalau dalam aman tak boleh nak ingat supaya jangan bermaksiat, jangan buat dosa?

Therefore I don't think any of this as punishment but rather, tuhan nak uji, nak angkat darjat sesetengah manusia yang sabar dan merendahkan sesetengah yang lain.

Siapa yang lain tu? Tu, mereka2 yang bila kamu buka Fb dan tengok newsfeed, tak habis2 berbalah pasal siapa betul siapa salah. Tak kiralah isu apa pun atau apa benda yang jadi pun, mereka berbalah juga.

Bila pesawat hilang, berbalah.
Bila bangunan runtuh, berbalah.
Bila banjir, berbalah.
Bila mati baru berhenti berbalah kot.
Tu pun belum tentu.

Yang bodoh berbalah cara orang bodoh. Main cakap saja tak kira apa. Yang pandai berbalah cara orang pandai. Keluar semua hujah dan fakta nak membuktikan yang dia tu betul sangat dan orang lain bodoh2 semua.

Apa yang sama pasal dua puak ni? Berbalah. Dua kali lima.

Tapi itulah sebagai petunjuk bahawa di negara tanah tumpah darahku itu, masih ramai yang selamat, walaupun banyak nyawa sudah dilaporkan terkorban, tapi masih ada yang berbalah tak kira masa, maksudnya yang hidup itu sungguh ramai berbanding yang mati.

Kalau ada isu di Malaysia dan tak ada perang komen keyboard warrior ni semua, maksudnya seluruh Malaysia tu dah tiada. Senyap sunyi. Mati. Masa tu baru tak ada perbalahan kot.

Kalau air pijak kita, kita mengadu dengan tuan air tu.

Oh negaraku tercinta oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, December 21, 2014

Expo, Abby, dan Undi


Assalamualaikum. Hye.

Banyak benda jugak seminggu dua ini tapi setiap kali aku nak cerita, tetiba ketermalasan melanda dan semuanya aku tak dapat nak ceritakan on the spot atau at least sehari selepas. Always menjadi dah seminggu lebih baru kononnya nak tulis. Haizzz.

Dan tak tertulis2 juga. Kahkahkah.

2014 sudah nak habis. Mungkin antara banyak2 new year resolution yang sealunya diambil dari tahun2 lepas, aku boleh tambah salah satunya untuk update entry banyak2 pada masa yang tepat dan tulis pasal apa saja yang dirasakan nak tulis tanpa perlu nak kisah benda lain.

Well... to recap everything in a short entry, aku akan cuma cerita apa yang jadi saja dan malas nak tulis panjang2. Simpan tenanga untuk tahun depan.

Haritu ada expo dari kedutaan Malaysia. Expo untuk memperkenal budaya Malaysia dan produk2 tempatan gitu. Tapi sebab ada persembahan nyanyi2, dan ada penyanyi perempuan pulak, ada yang tak pakai tudung pulak, dan di Mesir bumi anbiya pulak, yang penuh dengan ustaz ustazah pulak, faham2lah apa yang terjadi seterusnya. Kahkahkah.

Lepas tu, universiti aku ada buat program juga. Fiesta d'Abby macam hari keluarga lah sikit2. Ada banyak aktiviti walaupun aku pergi untuk makan dan tengok persembahan saja. Sambil2 tu aku ada join peraduan dan dapat hadiah buku. Aku beli seluar bundle LE5 bersamaan RM2.50 murah betul hidup aku.

Later, Perubatan Cawangan Ainshams adakan pilihan raya untuk nak pilih AJKT sesi depan. Aku dengan penuh bias telah mengundi kawan2 aku sahaja dan manifesto2 bukan aku tengok sangat pun. More or less random votes untuk those yang aku tak berapa nak kenal.

Sekian sahaja nak cerita sebelum melabuhkan tirai eh eh eh ada lagi rupanya cerita. Tahun lepas kan aku miskin atas sebab2 yang tak dapat dielakkan maka tahun ini Alhamdulillah aku sepatutnya menjadi kaya kembali.

Tapi apakan daya, duit RM jatuh merosot merudum dumdumdum maka kesannya ialah zakat aku yang diberi dalam RM dan bayar yuran universiti dalam USD maka saki baki yang tertinggal jadi sikit tak banyak macam tahun2 lepas.

Maka tertanguhlah niatku untuk berjoli, berjimba, dan berfoya2. Mungkin tuhan sayangkan aku dan tak mahu aku membazir duit beli barang2 tak berguna eh apa pulak mungkin memang tuhan sayang aku pun.

Bukan aku saja. Tuhan sayang kita semua ;)

Tapi aku tetap akan balik Malaysia tahun depan cuti winter. Walaupun ramai orang mempersoalkan balik winter buat apa sekejap sangat aku tetap berpendirian "baliklah rumah selagi mana ada orang di rumah untuk kita balik jumpa".

Deep tak?

Sekian sahaja ok kali ni betul2 punya sekian oktengsbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, December 11, 2014

Of SHL1700 and sembelit telinga


Assalamualaikum. Hye.

Well, harini ada benda yang macam best nak cerita. Might at the same time be gross as well. Tapi tak apalah gross2 pun setakat mana sangat kan? 

Kisah bermula bila aku ni kan jenis penggemar muzik kontemporari so aku mestilah sentiasa pakai earphone. Sebenarnya sebab nak elak interaksi sesama manusia.

Ada suatu masa tu aku rasa macam gatal telinga so aku koreklah pakai cotton bud. Punya nikmat korek tu sampai aku over korek kot.

Time tu tak sakit apa lagi. Malam tu tidur ok lagi. Esok pagi bangun dah telinga bengang semacam. Lepas tu sakit.

Aku buat biasa ja sebab kadang2 memang jadi macam tu dan lepas tu akan baik sendiri. Tapi dah sebab rasa macam ada benda kat telinga, bila guna cotton bud dia keluar something yellowish dengan bau macam haram jadah, maka aku pun risau sikit kot ada infection apa kan.

Dalam kelas pun macam tak best sebab dia ada periodic pain. Dia punya berdenyut2 tu sepanjang masa even time nak tidur pun boleh dengar macam pulses aku agak ada blood vessel dilated kot. I hear noises in my head, literally.

Bila dah tiga hari pun still sakit, aku mula cuak dan cari kawan untuk teman aku pergi klinik. Dah sebab tak biasa pergi kan jadi agak noob sikit.

Di klinik (or is it a hospital?), doc tu cuci telinga dan tolong korekkan segala taik yang ada. Maybe tak segala tapi banyak juga. Aku syak telinga aku sembelit.

It was like... I can't put it into words tapi cukuplah aku gambarkan dengan sekilas aku tengok taik telinga aku sendiri, aku sebut Oh My God secara spontan. Eceh oh my god baq hang omputeh sangat tu.

Hei hei sebelum kamu nak Euuww eeuww sila ingat bahawa taik telinga itu sudah tiada dan telinga aku dah bersih gittew. Telinga kamu masih berkerak. Kahkah.

By the way, proses dia menarik juga. Mula2 dia macam cuba2 nak sedut taik telinga tu tapi sebab taik telinga aku kental dan waja, so dia tak mampu sedut. Pakai alat dia la bukan sedut guna straw pulak kan.

Lepas tu dia guna mesin sembur air. Doc tu letak macam besen untuk aku pegang, lepas tu dia sembur air. Berdesing jugak lah masa dia sembur tu. Lepas sembur air, dia korek guna... aku pun tak pasti benda tu nama apa. Spatula kot?

Lebih kurang macam ni lah rupanya. 

It turns out right eardrum aku inflamed dan doc kata agak dalam juga inflammation tu sebab tu kot aku rasa sakit dan tak selesa. Telinga kan organ untuk balance jugak. Aku jalan macam orang mabuk dua tiga hari ni ok tipu itu aku tambah.

Tapi doc kata takda infection apa so it's a relief.

So what's with SHL1700? Dah sebab telinga sakit tapi masih berdegil mahu mendengar lagu, tuhan dah jentik supaya beringat jangan dengar lagu banyak sangat sila beralih kepada membaca Alquran tapi apakan daya iman kulit bawang.

Instead of resting, aku beli headphone. Aku tak pasti betul atau tak decision aku tapi based on logic, kalau sumbat earphone memang akan accumulate earwax tapi kalau headphone just di luar telinga supposedly tak accumulate earwax lah kan? Ka camna?

Apa2 pun aku berasa begitu hispter pergi kuliah telinga bertepek headphone. 

Ini lah headphone yang aku beli tu. Tak best mana. Biasa saja.

Lepas tu doc tadi prescribe ubat. Augmentin 1gm 1 tablet every 12 hours katanya. Aku bawak surat tu pergi soiduliah (farmasi) harga LE58 terkejut aku baq hang dah la bawak LE50 saja. Terpaksa balik rumah ambil duit. 

Oleh kerana ini 1st time aku beli ubat farmasi so aku tak tahu harga dia macam mana. Boleh membunuh juga harga ubat dia. Oleh demikian wahai rakyat jelata yang miskin kedana, sila jangan jatuh sakit.

Tapi klinik yang aku pergi tu best la jugak. Staff nurse dia pun tak banyak hal. Doc dia pun baik explain semua benda sampai clear.

Tak apalah. Ini kira usaha untuk sihat. Bayar sikit tak apa. Mudah2an sembuh oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, December 5, 2014

Rumah kecik, rumah besar


Assalamualaikum. Hye.

Duduk rumah kecik, barang tak banyak sangat pun tak apa.
Ada meja sikit, makan duduk atas lantai.
Lantai alas dengan tikar biasa2 pun dah ok.
Sebab tak luas sangat, ada kipas satu, buka tingkap, jadi.
Tv tak payah besar bukan muat pun nak letak di mana. Kan?


Rumah besar, bila barang tak ada, rasa kosong.
Meja makan kena ada kerusi. Ruang tamu sofa satu set. Tv plasma.
Lantai tile yang cantik tapi tak nampak sebab tutup dengan karpet bulu2.
Kipas tak cukup satu. Kadang2 siap pasang pakai aircond.
Setiap sudut kena ada perabot. Kalau tak nanti nampak kosong.
Tak cantik lah nanti. Kan?


Hidup ni pun kadang2 macam tu jugak lah. Kan?
Nak bercukup itu rasa susah sebab kita tak biasa dengan sempit.
Kita lapang, luas maka kita isilah dengan apa2.
Takkan nak biar kosong, kan?

Contoh paling dekat aku boleh bagi, aku beli katil baru dengan roommate.
Tetiba tau aku rasa apa?
Eh tilam ni macam dah terkepek2. Dan tak empuk macam dulu2. 
Rasa nak beli tilam baru pula.
Padahal dulu masa tidur atas lantai pakai tilam angin saja, boleh mimpi jugak apa.
Ada orang tidur atas lantai tak bertilam, tahu?

Tapi hakikat kita begitu, maka tak apalah begitu.
Tangan dua, nak kaut semua. 
Yang mana terjatuh, kita tinggal saja. Kita cari yang baru.

Aku. Kamu. Dia. Kita semua. Manusia. Sama.
Kan?

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, December 3, 2014

Masa yang terbaik untuk update blog


Assalamualaikum. Hye.

... ialah apabila esok ada exam.

Haaa begitulah manusia ya wahai kawan2. Nak baca buku, ada saja halangannya. Lemah sungguh iman di dadaku ini rupanya.

Tetiba teringat ayat yang ditulis dalam gaya bahasa annoying iaitu "awa, saia ta kuad". Kahkah.

Mentally disturbed. Aku pun tak tahu apa halnya tapi agak serabut juga. Mungkin communicable diseases ada banyak dan aku pulak sibuk berjuang meng-unlock style pedang Mortred maka satu habuk pun tak baca lagi.

Or is it something else? Who knows? Coz I really don't.

Baca di 9gag rasa nak gelak2. Sekarang rasakanlah hakikat!

Entahlah. Maybe sebab dosa banyak sangat kot stadi jadi tak berapa nak berkat. Jom mari bertaubat oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)