Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, June 29, 2014

Diari Ramadan yui92


Assalamualaikum. Hye.

Itu sebenarnya nama folder khas yang aku buat untuk memuatkan cerita2 dan movie2 dan siri2 yang aku nak tonton sepanjang cuti. Bertepatan dengan bulan puasa yang letih nak buat aktiviti berbentuk fizikal maka aku akan duduk depan laptop sahaja.

Ada beberapa cerita dan siri termasuklah Running Man yang aku dah tinggal sejak episod 180. Antara cerita yang telah aku tonton sebelum Ramadan menjelang lagi ialah My Wife Is A Gengster 3, The Insidious, dan The Insidious 2nd Chapter.


Inb4 orang mahu penuhkan bulan puasa dengan amal ibadat. Benda itu tak payah cerita. Dan bolehlah jadi realistik sekarang. Mungkin ada manusia yang mampu tapi aku agak kurang mampu melawan nafsu. Haha.

Tahun ini aku bakal beraya di perantauan. Maka sebulan penuh puasaku akan di Mesir ini. Sebelum2 ni sempat berpuasa 2 minggu lebih di Malaysia. Di rumah aku Streamyx laju. Di sini TEdata selalu habis limit sebelum hujung bulan dan mengguna broadband equals to mencarut.

Sungguh inilah cabaran terbesar Ramadan aku tahun ini. Bagaimana mahu aku jaga pahala puasa agar tak berkurang dengan carutan terhadap Mobinil dan Vodafone. Sumpah mustahil. Kahkahkah. 

Tapi tak apalah. Momo dan Popo bakal temankan aku sepanjang bulan. Terima kasih Momo dan Popo.

Selamat menyambut Ramadan. Tuhan benarkan aku berterawih malam pertama Ramadan. Semoga tuhan benarkan aku berpuasa penuh dan berterawih penuh juga. Semoga tuhan berikan aku kuat untuk menambah apa yang kurang. 

Dan yang paling penting, semoga tuhan beri kekuatan SUPER EXTRA agar tertahan mulutku dari mencarut2 bila broadband slow dan tak stabil. Huehue.

Sebenarnya yang lebih penting ialah kemerdekaan penuh... iykwim =p


 oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, June 12, 2014

Siapa menang?


Assalamualaikum. Hye.

Haiwan2 di Malaysia berkumpul dan bercerita suka duka kehidupan masing2. Jangankan pernah sebelum ini seekor pun bertanya akan kenapa seekor yang lain itu, begitu.

Tetapi hari ini, mereka mahu tahu.

Kucing dan anjing rutin bersama manusia tidak banyak bersuara.

Burung bertanya kepada tidak boleh ia berenang sebebas ikan di dalam air. Ikan pula mahu berterbang bebas di udara. Sudahnya, burung dan ikan rasa tuhan lagi sayangkan katak, kerana walaupun tidak katak itu berkepak, sekurangnya ia boleh meneroka dua dunia.

Lalu katak berkata, apa manusia menandang kita sama? Ikan disuka, burung disuka. Disimpan dijaga, disayang dibela. Katak, mana ada manusia yang suka.

Panda muncul. Semua haiwan terasa aneh. Bukankah kau cuma ada di China? Panda ketawa. Aku sekarang berjelajah dunia. Sekarang di Malaysia. Bukan setakat disuka bahkan aku dipuja. Disanjung dikagum dibayar berjuta.

Srottt.. srottt... kedengaran suatu bunyi.

Alangkah binatangnya kamu semua. Dalam kalangan haiwan, akulah yang terutama. Semua haiwan ternganga. Mereka berpaling melihat siapa yang berkata. Lagi luas menganga bila melihat babi rupanya.

Babi pun berhujah. Asal ada aku, semua benda jadi sensasi. Akulah meter iman manusia tambah2 lagi di bumi Malaysia ini. Benci mereka pada aku bukti mereka ambil berat sebenarnya.

Panda, kau rasa kau sensasi? Mungkin seminggu dua kau didewa2. Lepas tu DNA aku muncul dalam coklat Cadbury, ada kau dengar lagi cerita pasal kau? Kahkahkah.

Bukan setakat rakyat Malaysia. Ulama seluruh dunia pun bercakap pasal aku. Lepas tu ustaz2 di Malaysia ini ada yang hampir berbalah demi aku. Di Facebook pulak tu. Siapa? Aku. AKU!!!

Semua binatang terdiam. Burung tidak mahu berenang lagi. Ikan tidak mahu terbang lagi. Katak tidak mahu menjadi haiwan kesayangan manusia lagi. Kucing dan anjing balik ke rumah masing2. Panda masih belum bercadang pulang ke China.

Sroottt... srott... 

Dan babi pun menyorakkan kemenangannya.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, June 10, 2014

Demam is a panas


Assalamualaikum. Hye.

I am the mum. Get it? Get it?

Kepada sesiapa yang main game Warcraft 3 : The Frozen Throne, ingatkah kamu dengan Sylvanas Windrunner? Bukan Sylvanas waktu dia hidup tapi Sylvanas selepas mati. Arthas bunuh dia dan bangkitkan dia semula menjadi Banshee Queen. Tapi dalam W3TFT dia ialah Dark Ranger. Sebab dalam W3ROC mana ada lagi Dark Ranger. 

Ada satu line dialog dia ialah "The moment is upon us". Demam is a panas. Get it? Get it?

Sepanjang2 di Mesir ini, aku jarang2 demam sebab kalau demam, memang sangat tak best. Selalunya di Malaysia kalau aku demam, aku akan buat ritual berkelubung dengan selimut,  kipas angin dibuka perlahan, lepas tu aku berpeluh sikit, selalunya aku akan sihat selepas itu.

But that healing power macam dah tak menjadi. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe sebab di sini Mesir dan kuasa itu hanya aktif di Malaysia. Mungkin.

In the end, aku telan Panadol, dan still tak hilang sakit kepala aku. Hilang sikit lah sebab aku mampu beronline dan tulis blog. Tapi kepala masih berdenyut2 gitu. It's damn annoying.

Betul bagai dikata. Nikmat yang selalu dilupakan ialah masa lapang dan sihat. Exam dah dekat, masa ni pulak nak demam. Gabra jugak aku rasa. Padan muka masa sihat takmahu stadi betul2. Orang kata kena positif bila demam. Nanti cepat baik. Mudah2an.

One more paper and I can take a small break, depending on the results after. Oh...

Sebenarnya aku dah jadi makhluk nocturnal, minum nescafe dan stay up sampai subuh, stadi sambil multitasking, lepas tu tidur siang. Aku rasa itu tak berapa sihat maka aku pun nak betulkan jam biologi aku dan tidur malam stadi siang pula. 

Makanya malam tadi aku tak minum kopi, dan aku tidur awal. Bangun solat subuh, and guess what? Hari ni terus demam. Mungkin badan aku sendiri dah pening bila dia nak rehat dan bila dia nak berjaga.

Atau mungkin dosa2 sudah melebihi had yang ditetapkan jadi aku pun demam sebagai kifarat dosa. Semoga tuhan mengampunkan dosa2 aku yang bertimbun itu. And perhaps, there are voices I need to hear and faces I need to see. Opps...

Pikachu pun demam tahu???

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, June 7, 2014

I can hear sirens, sirens


Assalamualaikum. Hye.

Walaupun ramai yang kata Lana Del Rey tak boleh menyanyi, suara macam orang mengantuk nak tidur, dan bila nyanyi live terus hancur, aku tetap mengatakan yang sebaliknya.

Lagu dia walaupun selalu pasal benda pelik2, cerita dia dengan balak dia, gejala2 sosial dan sebagainya, tapi musically most of lagu2 dia sangat best dan appreciable. 

Album baru dia nak keluar tengah bulan ni. Sebagai peminat, aku tak sabar nak download. Ini bukan namanya peminat fanatik tetapi peminat munafik. Kahkahkah.

Wanna hear magic?




Born To Die is a masterpiece.
Paradise is an art.
Ultraviolence...? 

Please don't disappoint. Ngahngahngah.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, June 5, 2014

Mimpi jahat


Assalamualaikum. Hye.

Mimpi jahat ialah direct translation daripada bad dream yang sebenarnya patut mempunyai maksud sendiri untuk membezakannya daripada mimpi buruk atau nightmare. Sebenarnya nightmare kalau dipisahkan kepada night dan mare maka menjadilah kuda betina malam. Betul kah mare tu kuda betina? Aku rasa betul. Sila check sendiri.

Sebagai pemimpi tegar, yakni memang yang aku maksudkan ialah mimpi di siang/malam hari ketika tidur, aku selalu juga bermimpi dengan mimpi yang jahat.

Beza antara mimpi buruk dengan mimpi jahat ialah, mimpi buruk selalunya ada imej hantu, jin, dan syaitonirrojim yang menakutkan, bila terjaga jadi seram sejuk, jantung berdegup laju, dan disusuli dengan ta'awuz supaya boleh kembali tidur dengan tenang. Jika ada iman extra, boleh bangun buat solat sunat dan sebagainya.

Mimpi jahat pula, lebih kepada mimpi yang membuatkan kita jadi serba tak kena, memikirkan "kenapa aku mimpi macam tu tadi?". Bila jumpa dengan orang yang terlibat, mungkin akan rasa awkward.

Contoh mimpi jahat ialah bergaduh dengan adik-beradik, mimpi nenek sendiri jadi hantu di hospital, mimpi pergi lawatan sekolah dengan hanya memakai tuala, dan mimpi kepala jadi botak tanpa sebab.

Semua yang aku buat contoh di atas ialah mimpi yang aku pernah alami sendiri. Sepanjang2 mimpi itu, rasa macam sangat risau macam mana nak hidup dalam keadaan macam tu, dan bila terjaga, it's like a huge relief sebab semuanya hanya mimpi.

Tak macam mimpi buruk, mimpi jahat seems sooo real sebab watak2nya dan apa yang berlaku di dalam itu selalunya mencerminkan suasana sebenar.

Mimpi paling jahat pernah aku alami (setakat ini) ialah beberapa hari lepas. Mimpi pasal senior sekolah aku, dan kawan sekolah aku, satu dorm, dan seorang ustazah aku.

Sebab paling besar kenapa mimpi itu jahat ialah, ia buat aku tertanya2, kenapa aku mimpi macam tu? Adakah in real life itu ialah apa yang tersirat di dalam hati? Tapi ketiga2 manusia berkenaan dah lama lost contact pun. Haaa misteri sungguh.

Senior tu dah berkahwin pun. Aku tak pergi sebab aku di sini mereka di sana maka aku ucapkan tahniah di sini saja. Siapakah? Hahaha silalah suspen. Ok dah tak tahu nak sambung apa maka aku tamatkan saja.



Mula2 nak tulis pasal coklat dan babi tapi nanti2lah maka kerana tiada idea tapi nak update entry jugak aku pun mengajar kamu pasal beza antara mimpi buruk dan mimpi jahat.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)