Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, May 21, 2014

Arjuna Arjuni Kita


Assalamualaikum. Hye.

Quick update about Fynn Jamal dan suami dia punya album. Simple ja tajuk dia - Fynn Jamal & Tri Hadzir.

Oleh kerana aku dalam keadaan yang tidak memungkinkan aku membeli album original maka aku melanun saja. Sila maafkan aku. Eleh semua album pun aku download sebenarnya. Kamu pun sama. Tak payah purak2 suci okies.

Bagi aku yang tersangatlah biased sebab aku suka Fynn Jamal, maka aku katakan album ni is a golden marterpiece. Maybe tak masterpiece sangat tapi well done jugak lah. Lyrically dan musically memang tak tersangkal lagi Fynn Jamal is one of Malaysia's bestest.

Nak quote lirik yang best is almost impossible sebab nak kena quote satu lagu terus. Fynn Jamal is superb with words. Banyak gaya bahasa yang tak terjumpakan dalam teks2 KOMSAS sekolah menengah. Haa dapat detect tak cara tulis yang cuba ditiru2 di situ?

Track listing :

Arjuna Beta
Untukmu
Lelaki
Situ
Tahu
Dengar

Aku mengambil one step further bukan saja melanun bahkan aku create album sendiri. Aku tambah lagu Terbang Tunduk, Biar, dan Sampai Tua dalam folder tu. Haha hebat tak aku? Enam lagu untuk satu album is too few. Who can get enough from Fynn, right?

Oh lupa. Ini bukan album solo Fynn Jamal tapi suami dia juga. Lagu "Untukmu" dan "Dengar" ialah nyanyian Tri Hadzir. Lagu "Situ" pula ialah duet.

Highlight album ini bagi aku ialah "Arjuna Beta", "Tahu", dan "Situ".

"Arjuna Beta" is just magic. No need further description about it. Lovely lullaby cap ibu dan anak. /Takkan kubiarkan walau ribut menyentakmu yang tidur/, Fynn Jamal memulakan lagu ini dengan lembut, tetapi membawa makna yang tegas dan jelas tentang naluri ibu untuk mempertahan anaknya. /Selama tuhanmu ada, takkan engkau tercela/ - pesanan ikhlas seorang ibu mengingatkan anaknya tentang hidup.

"Tahu" ialah lagu yang ada sedikit unsur ketuhanan, menceritakan tentang hajat manusia yang tak terpenuhkan, kerana mereka tahu apa yang mereka sebenarnya mahu, tetapi masih tetap mencari. /Apa kau cari yang sebetul-betulnya? /Kau tahu namun tak kau akukan/ Kau rindu sama tuhan/

"Situ" pula ialah lagu yang sepertinya tertulis untuk anak2 rantauan. Kiranya siapa2 yang study oversea atau jauh dari rumah boleh lah relate dengan lagu ini. /Jauh kau pergi beribu batu/ Jangan dilupa asal-usulmu/ Kau pergi, aku di sini/ Tetap ada ikut sama/ - Terus teringat rumah. Lagu ini juga menasihat agar menjaga adab dan sopan bila di tempat orang - / Di tanah orang tunduk selalu/ Jangan dibuang budi ajarmu/

Lagu lain yang notably best untuk didengar ialah "Lelaki". Walaupun album version ini kedengarannya seperti agak... hipster(?) tapi lyrical content masih relevan. Lagu ini jadi makin panjang dengan repetition tetapi verse kedua yang versi sebelum ini tak ada. Aku personally lagi suka versi yang ada 2nd verse tu.



Aku bagi 4.25/5 bintang. Macamlah bintang aku orang kesah sangat kan. Tak apa kita bajet2 best sudah lah. Bukan selalu pun kan.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, May 19, 2014

Several days to just let those fingers dance on the keyboard writing some random stuff


Assalamualaikum. Hye.

- Exam practical Patho dah habis. Alhamdulillah ok lagi lah practical kali ni kot berbanding yang lepas kot. Kot. Kot2 lah. Entah lah aku pun tak pasti. Semoga written part nanti aku boleh tampung mana2 yang lompang supaya setel exam ini agar tenang Hatiku di Harajuku. Eh?

- So I'm taking one day off, or two, from stuff. Cuti diri sendiri. Orang cakap kalau nak berjaya kena berusaha kuat mana boleh cuti2 nih. Tapi aku nak cuti jugak. Haha.

- Maka bolehlah tulis entry blog, publish draft2 lama, atau tengok movie. Hmmm movie sebenarnya tak boleh tengok pasal external hard disc aku ada problem. Masuk yang ni dah kali kedua aku tukar external. Tak guna betul. Jenama SAMSUNG kot. Pun nak ada masalah lagi. Sakit hati betul.

- Ujian di atas ujian ialah The International 4 DOTA2 sedang berlangsung. Sungguh distraction. Tak sampai 2 minggu semua stretch goal hampir tercapai. Huuiii.

- Banyak artis2 kegemaran release album baru dan banyak juga aku discover lagu2 best. Sayangnya mp4 player aku boleh bookmark 100 lagu saja. Dalam tu ada beribu2 lagu tapi bukan aku dengar pun. Maka semalam telah aku buat playlist folder untuk mengganti bookmark.

- Ada gaya blog Che Det tak kalau buat point2? Haha tak menarik lah pulak. Point2 bila perlu lah. Rasa tak selesa pulak begini.

Dua tiga hari ni aku selalu mimpi pelik2 lagi. Mimpi mimpi mimpi mimpi selalunya mimpi ngeri2 hantu2 ada yang muncul depan tingkap bilik aku pun ada. Mungkinkah aku perlu membasuh kaki dengan sabun Dettol sebelum tidur?

Dan latest aku mimpi yang paling dahsyat bukanlah hantu setan tetapi... ummm tak tahu nak cerita ka tak. Tak payahlah. Mimpi saja pun.

Sebenarnya entry tak berfokus macam ni sangat random dan tak best. Tapi disebabkan aku ada banyak benda nak dicerita cuma tak ada masa, maka aku putuskan untuk tulis random stuff saja sementara exam nak habis ni.

Will be blogging like crazy once this hell is over. And I hope it will be over. Twice the hell I have felt and it's not even funny anymore.

Hell is never fun, my dear friends.

Cakap pasal exam, spesis2 TYM yang aku cukup murka masih banyak berkeliaran di muka bumi. Walaupun aku menyampah, tapi tak boleh buat apa2 sebab mereka ini lipas. You can clean the kitchen, you can spray them with insecticides. But they are immortal. They will be back. They are never gone. Hahahaha.

Thinking of ways to live alone and still be happy. Aku seingatnya aku, memang jenis hidup sendiri2 tapi siapalah boleh nafikan betapa seronoknya kalau berkawan. Cuma itulah. Duduk sorang2 pun best juga. I love the sound of the silence as much I love the silence of the crowd.

Lastly, aku cuma nak share, aku dah belajar bahawa merisaukan orang lain yang tak perlukan risau kita ialah sungguh sia2. Lebih baik risaukan diri sendiri.

Kadang2, kita rasa bimbang dengan seseorang. Padahal dia ok tak ada masalah apa pun. Bezakan antara pentingkan diri sendiri, dengan kecoh tak bertempat. Haha.

Who loves Fynn Jamal? Dah dengar album baru dia? Aku dah download. Peminat sejati sungguh tapi melanun ja kerjanya. Nak buat macam mana miskin tak mampu nak beli album.

Aku review next entry oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, May 3, 2014

Kuroneko


Assalamualaikum. Hye.

Now is the time to feel like,
transforming into a black cat,
and evaporates into the black night.

Never seen again.




...fits more Nocturnal Rant but I can't wait till midnight. Haha.

Aku dah download album baru Lily Allen. Album ketiga, Sheezus, yang bagi aku agak menghampakan. Material dia macam tipikal sangat. Dah tak ada magic touch yang dulu2. Album 2nd dia by far yang terbaik. Musically and lyrically.

Selain dari lagu2 single yang dah frequently heard, lagu2 lain tak berapa best lah. Tapi ada jugak la yang best.

Highlight lagu yang bukan single yang best ialah URL Badman dan Silver Spoon. Lagu lain agak... kurang best.

Lain2 tu still ok la dan boleh dengar lagi tapi most likely kurang menyengat berbanding album 2nd dia. Even album 1st lagi banyak lagu best rasanya.

Entah. Lily Allen still one of the best singer/lyricist out there even with those craps. Lagu yang jadi highlight still best dan sedap didengar cuma album tu as a whole kurang padu.

Exam start this week. Sempat lagi download album tu. Hahaha. 

Spoiler : Lagu Silver Spoon punya chorus ada iras2 lagu One More Night by Maroon Five. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam tu. Pergilah dengar sendiri. 

oktengsbai. 

Thanks for reading. Bye ;)