Pemollow

THYB on Facebook

Friday, December 5, 2014

Rumah kecik, rumah besar


Assalamualaikum. Hye.

Duduk rumah kecik, barang tak banyak sangat pun tak apa.
Ada meja sikit, makan duduk atas lantai.
Lantai alas dengan tikar biasa2 pun dah ok.
Sebab tak luas sangat, ada kipas satu, buka tingkap, jadi.
Tv tak payah besar bukan muat pun nak letak di mana. Kan?


Rumah besar, bila barang tak ada, rasa kosong.
Meja makan kena ada kerusi. Ruang tamu sofa satu set. Tv plasma.
Lantai tile yang cantik tapi tak nampak sebab tutup dengan karpet bulu2.
Kipas tak cukup satu. Kadang2 siap pasang pakai aircond.
Setiap sudut kena ada perabot. Kalau tak nanti nampak kosong.
Tak cantik lah nanti. Kan?


Hidup ni pun kadang2 macam tu jugak lah. Kan?
Nak bercukup itu rasa susah sebab kita tak biasa dengan sempit.
Kita lapang, luas maka kita isilah dengan apa2.
Takkan nak biar kosong, kan?

Contoh paling dekat aku boleh bagi, aku beli katil baru dengan roommate.
Tetiba tau aku rasa apa?
Eh tilam ni macam dah terkepek2. Dan tak empuk macam dulu2. 
Rasa nak beli tilam baru pula.
Padahal dulu masa tidur atas lantai pakai tilam angin saja, boleh mimpi jugak apa.
Ada orang tidur atas lantai tak bertilam, tahu?

Tapi hakikat kita begitu, maka tak apalah begitu.
Tangan dua, nak kaut semua. 
Yang mana terjatuh, kita tinggal saja. Kita cari yang baru.

Aku. Kamu. Dia. Kita semua. Manusia. Sama.
Kan?

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

4 comments:

Irfan Bakri said...

Ni ja kaaa? Kah4

Hikaru Yui said...

@Irfan Bakri kahkahkah cari gambaq kemain lg kan.

jadi laa nak lagumana lagi =p

Naja said...

Katil tak penting.. yg penting tilam. katil hanya menampung tilam.. tilam tu yg menampung badan. Takde katil, lantai pun buleh menampung tilam yg menampung badan. Faham tak agak2 ? hehe

Hikaru Yui said...

@Naja deep sungguh tu.

=p