Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, December 11, 2014

Of SHL1700 and sembelit telinga


Assalamualaikum. Hye.

Well, harini ada benda yang macam best nak cerita. Might at the same time be gross as well. Tapi tak apalah gross2 pun setakat mana sangat kan? 

Kisah bermula bila aku ni kan jenis penggemar muzik kontemporari so aku mestilah sentiasa pakai earphone. Sebenarnya sebab nak elak interaksi sesama manusia.

Ada suatu masa tu aku rasa macam gatal telinga so aku koreklah pakai cotton bud. Punya nikmat korek tu sampai aku over korek kot.

Time tu tak sakit apa lagi. Malam tu tidur ok lagi. Esok pagi bangun dah telinga bengang semacam. Lepas tu sakit.

Aku buat biasa ja sebab kadang2 memang jadi macam tu dan lepas tu akan baik sendiri. Tapi dah sebab rasa macam ada benda kat telinga, bila guna cotton bud dia keluar something yellowish dengan bau macam haram jadah, maka aku pun risau sikit kot ada infection apa kan.

Dalam kelas pun macam tak best sebab dia ada periodic pain. Dia punya berdenyut2 tu sepanjang masa even time nak tidur pun boleh dengar macam pulses aku agak ada blood vessel dilated kot. I hear noises in my head, literally.

Bila dah tiga hari pun still sakit, aku mula cuak dan cari kawan untuk teman aku pergi klinik. Dah sebab tak biasa pergi kan jadi agak noob sikit.

Di klinik (or is it a hospital?), doc tu cuci telinga dan tolong korekkan segala taik yang ada. Maybe tak segala tapi banyak juga. Aku syak telinga aku sembelit.

It was like... I can't put it into words tapi cukuplah aku gambarkan dengan sekilas aku tengok taik telinga aku sendiri, aku sebut Oh My God secara spontan. Eceh oh my god baq hang omputeh sangat tu.

Hei hei sebelum kamu nak Euuww eeuww sila ingat bahawa taik telinga itu sudah tiada dan telinga aku dah bersih gittew. Telinga kamu masih berkerak. Kahkah.

By the way, proses dia menarik juga. Mula2 dia macam cuba2 nak sedut taik telinga tu tapi sebab taik telinga aku kental dan waja, so dia tak mampu sedut. Pakai alat dia la bukan sedut guna straw pulak kan.

Lepas tu dia guna mesin sembur air. Doc tu letak macam besen untuk aku pegang, lepas tu dia sembur air. Berdesing jugak lah masa dia sembur tu. Lepas sembur air, dia korek guna... aku pun tak pasti benda tu nama apa. Spatula kot?

Lebih kurang macam ni lah rupanya. 

It turns out right eardrum aku inflamed dan doc kata agak dalam juga inflammation tu sebab tu kot aku rasa sakit dan tak selesa. Telinga kan organ untuk balance jugak. Aku jalan macam orang mabuk dua tiga hari ni ok tipu itu aku tambah.

Tapi doc kata takda infection apa so it's a relief.

So what's with SHL1700? Dah sebab telinga sakit tapi masih berdegil mahu mendengar lagu, tuhan dah jentik supaya beringat jangan dengar lagu banyak sangat sila beralih kepada membaca Alquran tapi apakan daya iman kulit bawang.

Instead of resting, aku beli headphone. Aku tak pasti betul atau tak decision aku tapi based on logic, kalau sumbat earphone memang akan accumulate earwax tapi kalau headphone just di luar telinga supposedly tak accumulate earwax lah kan? Ka camna?

Apa2 pun aku berasa begitu hispter pergi kuliah telinga bertepek headphone. 

Ini lah headphone yang aku beli tu. Tak best mana. Biasa saja.

Lepas tu doc tadi prescribe ubat. Augmentin 1gm 1 tablet every 12 hours katanya. Aku bawak surat tu pergi soiduliah (farmasi) harga LE58 terkejut aku baq hang dah la bawak LE50 saja. Terpaksa balik rumah ambil duit. 

Oleh kerana ini 1st time aku beli ubat farmasi so aku tak tahu harga dia macam mana. Boleh membunuh juga harga ubat dia. Oleh demikian wahai rakyat jelata yang miskin kedana, sila jangan jatuh sakit.

Tapi klinik yang aku pergi tu best la jugak. Staff nurse dia pun tak banyak hal. Doc dia pun baik explain semua benda sampai clear.

Tak apalah. Ini kira usaha untuk sihat. Bayar sikit tak apa. Mudah2an sembuh oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Naja said...

Kesimpulannya bukan sila jangan jatuh sakit.. sila jangan pasang earphone lama2 kat telinga. Serious baqhang.. sampai satu peringkat nanti telinga hang takkan dapat dengaq apa2. Ni bercakap atas pengalaman KakNaja sendiri. Silap2 haribulan hang buleh berhalusinasi... Sayangilah telinga anda. Tih tih tih.

Hikaru Yui said...

@Naja huii dahsyat sgt tu. tp mmg sungguh pun.

=p