Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, December 27, 2014

Langit, tanah, dan air


Assalamualaikum. Hye.

Banjir yang tengah berlaku ni membimbangkan betul. Tengok gambar2 di Fb dan Twitter yang orang share, rasa insaf sekejap.

Keinsafan yang bila lihat dari jauh tak sama dengan bila nampak depan mata, kena batang hidung sendiri. Acceptable lah.

Lepas tu mulalah nak cakap pasal bala. Asal musibah ja bala. Asal bala ja musibah. Pemarah dan penghukum sungguh tuhan itu di mata hamba2nya rupanya.

Aku tak nafikan memang ada correlation tapi let's not make it the whole point of it.

Instead of kata musibah itu datang sebagai bala atas sebab maksiat2 kita, aku lagi senang mendengar dan terima kalau orang kata musibah itu sebagai peringatan dan tak fokus sangat perkataan bala, dosa, maksiat tu semua.

As if, selama ni yang aman damai tak ada bencana alam, kita tak berdosa? Tak buat maksiat? Bencana alam yang berlaku zaman dulu2, zaman nabi dan sahabat, takkan kerana dosa maksiat?

Pulak ada yang kata sebab maksiat dah banyak, sampai tuhan turun bala. Ini lagi teruk. Pandai pulak dia ukur threshold sabar tuhan itu setakat mana. Oh ini bala turun ni maksudnya tuhan dah marah. Dulu tak turun sebab tuhan boleh sabar lagi. Yeah right.

Sepatutnya kita tak payah tunggu bencana alam pun kalau nak ajak orang supaya beringat dan kembali kepada kebaikan. Apa kalau dalam aman tak boleh nak ingat supaya jangan bermaksiat, jangan buat dosa?

Therefore I don't think any of this as punishment but rather, tuhan nak uji, nak angkat darjat sesetengah manusia yang sabar dan merendahkan sesetengah yang lain.

Siapa yang lain tu? Tu, mereka2 yang bila kamu buka Fb dan tengok newsfeed, tak habis2 berbalah pasal siapa betul siapa salah. Tak kiralah isu apa pun atau apa benda yang jadi pun, mereka berbalah juga.

Bila pesawat hilang, berbalah.
Bila bangunan runtuh, berbalah.
Bila banjir, berbalah.
Bila mati baru berhenti berbalah kot.
Tu pun belum tentu.

Yang bodoh berbalah cara orang bodoh. Main cakap saja tak kira apa. Yang pandai berbalah cara orang pandai. Keluar semua hujah dan fakta nak membuktikan yang dia tu betul sangat dan orang lain bodoh2 semua.

Apa yang sama pasal dua puak ni? Berbalah. Dua kali lima.

Tapi itulah sebagai petunjuk bahawa di negara tanah tumpah darahku itu, masih ramai yang selamat, walaupun banyak nyawa sudah dilaporkan terkorban, tapi masih ada yang berbalah tak kira masa, maksudnya yang hidup itu sungguh ramai berbanding yang mati.

Kalau ada isu di Malaysia dan tak ada perang komen keyboard warrior ni semua, maksudnya seluruh Malaysia tu dah tiada. Senyap sunyi. Mati. Masa tu baru tak ada perbalahan kot.

Kalau air pijak kita, kita mengadu dengan tuan air tu.

Oh negaraku tercinta oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: