Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, December 21, 2014

Expo, Abby, dan Undi


Assalamualaikum. Hye.

Banyak benda jugak seminggu dua ini tapi setiap kali aku nak cerita, tetiba ketermalasan melanda dan semuanya aku tak dapat nak ceritakan on the spot atau at least sehari selepas. Always menjadi dah seminggu lebih baru kononnya nak tulis. Haizzz.

Dan tak tertulis2 juga. Kahkahkah.

2014 sudah nak habis. Mungkin antara banyak2 new year resolution yang sealunya diambil dari tahun2 lepas, aku boleh tambah salah satunya untuk update entry banyak2 pada masa yang tepat dan tulis pasal apa saja yang dirasakan nak tulis tanpa perlu nak kisah benda lain.

Well... to recap everything in a short entry, aku akan cuma cerita apa yang jadi saja dan malas nak tulis panjang2. Simpan tenanga untuk tahun depan.

Haritu ada expo dari kedutaan Malaysia. Expo untuk memperkenal budaya Malaysia dan produk2 tempatan gitu. Tapi sebab ada persembahan nyanyi2, dan ada penyanyi perempuan pulak, ada yang tak pakai tudung pulak, dan di Mesir bumi anbiya pulak, yang penuh dengan ustaz ustazah pulak, faham2lah apa yang terjadi seterusnya. Kahkahkah.

Lepas tu, universiti aku ada buat program juga. Fiesta d'Abby macam hari keluarga lah sikit2. Ada banyak aktiviti walaupun aku pergi untuk makan dan tengok persembahan saja. Sambil2 tu aku ada join peraduan dan dapat hadiah buku. Aku beli seluar bundle LE5 bersamaan RM2.50 murah betul hidup aku.

Later, Perubatan Cawangan Ainshams adakan pilihan raya untuk nak pilih AJKT sesi depan. Aku dengan penuh bias telah mengundi kawan2 aku sahaja dan manifesto2 bukan aku tengok sangat pun. More or less random votes untuk those yang aku tak berapa nak kenal.

Sekian sahaja nak cerita sebelum melabuhkan tirai eh eh eh ada lagi rupanya cerita. Tahun lepas kan aku miskin atas sebab2 yang tak dapat dielakkan maka tahun ini Alhamdulillah aku sepatutnya menjadi kaya kembali.

Tapi apakan daya, duit RM jatuh merosot merudum dumdumdum maka kesannya ialah zakat aku yang diberi dalam RM dan bayar yuran universiti dalam USD maka saki baki yang tertinggal jadi sikit tak banyak macam tahun2 lepas.

Maka tertanguhlah niatku untuk berjoli, berjimba, dan berfoya2. Mungkin tuhan sayangkan aku dan tak mahu aku membazir duit beli barang2 tak berguna eh apa pulak mungkin memang tuhan sayang aku pun.

Bukan aku saja. Tuhan sayang kita semua ;)

Tapi aku tetap akan balik Malaysia tahun depan cuti winter. Walaupun ramai orang mempersoalkan balik winter buat apa sekejap sangat aku tetap berpendirian "baliklah rumah selagi mana ada orang di rumah untuk kita balik jumpa".

Deep tak?

Sekian sahaja ok kali ni betul2 punya sekian oktengsbai.

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: