Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, October 22, 2014

Recap about the running thing


Assalamualaikum. Hye.

Kalau kamu membaca entry sebelum ni secara teliti, ada part yang aku sebut pasal aku join kawan aku lari2 di Cairo sampai sakit kaki berhari2. Entry recap tu lah.

Sebenarnya aku tak bercadang pun nak join tapi sebab ada orang ajak tetiba rasa macam nak terai pula. Lagipun lari seronok2 bukan pertandingan pun so macam tak ada apa sangat.

Lama betul tak lari2. Penat macam nak mati sebab dah lama kaki aku tak bekerja sekeras itu. Berhenti jalan tiga empat lima kali juga. Kira halal lah. 

Lepas habis benda tu, aku pun tanggalkan kasut sebab kaki dah macam kena gigit Godzilla. Sakit kebas mencucuk apa semua ada. Siap berjalan2 tak pakai kaut lagi. Seronok tau jalan tak pakai kasut di luar rumah. Rasa macam Elyana time persembahan AJL tahun bila tah.

Lepas tu ada orang tag gambar. Haha lekat lah sekeping. Tapi gambar huduh kahkah dah memang aku kan huduh juga tapi kesah pulak aku boleh ada watermark Cairo Runners kot tak apalah tak fotogenik pun tak apa. 

Sebelum tu, sila tengok gambar yang aku berjaya browse satu2 dalam album tu. Yang mana muka aku rasa macam kenal aku letak. *SEMUA CAPTION IALAH REKAAN SEMATA2 DAN TIDAK ADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP, YANG MATI, YANG SEDANG MATI, ATAU APA2*


Faeez Gagfari (bukan ejaan sebenar) pantas berlari, kacak orangnya baik hati berbudi bahasa semualah cukup  tapi busuk sampaikan brader tu nak terbersin bila dipintas si pait ni. 

Sila fokus yang baju biru Samsung tu. Namanya Fahmee Asnawee (bukan ejaan sebenar) dia kelihatan kabur2 sebab dia tengah penat. Itu bukan sebab fokus kamera tau! Memang Fahmee ni bila dia tak bertenaga dia akan menjadi kabur2 sebab sebenarnya dia ialah makhluk tanpa jisim. Kahkahkah

Huikz? Faeez Gagfari (bukan ejaan sebenar) lagi? Aku syak yang ambik gambar ni ialah sejenis akak yang minat sama dia tak pun sejenis brader. Kalau brader maka syak aku yang kedua ialah brader itu gay. Harharhar. Bukti dia busuk ialah tengok akak baju biru tu kelihatan bergegas tergesa2 nak pergi dari situ kerana tak tahan bau. Ok tipu dia tak busuk pun tapi akak tu yang nak terberak sebenarnya.

Itu saja gambar yang aku rasa aku kenal kalau ada lagi bolehlah tambah. Eh mana gambar aku? kata lekat sekeping? Malu nak share tapi sebab ada kawan aku sekali dalam tu kira tak apalah share lah lagipun di Fb aku dah tepek pun siap ada cerpek lagi. Cerpek stands for cerita merepek.

Maka... inilah dia. Hahaha. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Nama Matju ada link Fb beliau kot2 ada yang berkenan bolehlah PM. Kahkah keji sungguh aku share Fb orang. Tapi Matju memang baik orangnya. Hahaha. 

Kawan aku kata Jumaat ni ada lagi. Ahah malas dah nak join. Nak tidur di rumah. Eksesais aku untuk setahun sudah dicover oleh peristiwa di atas. Kahkahkah. Lagipun bak kata Nobita usaha keras akan merosakkan badan. Pandai hang Nobita.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: