Pemollow

THYB on Facebook

Monday, October 20, 2014

"Come and touch me" - Dog


Assalamualaikum. Hye.

Aku rasa aku tak perlu ulang apa2 sebab mesti dah penuh wall Fb kamu masing2 dengan cerita ni. Jadi mudah kerja aku. Cerita apa pendapat aku saja.

First of all, kita kena faham sentuh anjing itu TIDAK HARAM. Anjing tu najis. Sentuh najis tak haram. Kena cuci saja. Haram tu maksudnya, kalau tiba2 ada anjing lalu dan terlanggar kamu, maka terpaksalah malaikat Atid mencatat sesuatu.

Tidak. Tak ada apa2 dosa menyentuh anjing. Pegang babi pun tak apa. Pergilah pegang. Dukung peluk cium pun boleh. Cuma najis. Wajib cuci. Taik di punggung. Lepas basuh berak kamu istighfar kah? Tak pun kan? Cuci gitu ja. Samalah anjing pun.

Dan kemudian benda cliche yang dah jemu dengar iaitu "pegang awek/balak yang bukan mahram tu lagi haram" tetapi cliche2 pun benda tu kebenaran so tak payah bebal sangatlah nak deny. Bodoh jugak orang bercouple ni rupanya.

Bila ada program macam ni, I want to touch a dog or whatever they wanna call it, aku rasa matlamat asal dia tak salah bahkan baguslah. Dapat juga memberi rasa selesa bila ternampak anjing.

But it won't work for me I guess. Aku rasa aku akan still takut anjing sampai bila2, sampai mati, sampai kiamat sekalipun. Kalau nampak anjing depan mata, dengan ada harimau seekor, mungkin aku akan memilih harimau. Sekurangnya mati aku nanti tak kena samak. Hahaha.

Lepas tu ada pulak di Fb nak cakap pasal samak vs sertu. Aku tahu sertu tu apa tapi aku MEMILIH nak guna perkataan samak sebab aku rasa sertu tu bunyinya awkward dan tak best.

Kembali ke topik utama, pegang anjing ni sebenarnya perlu kah?

Aku tertarik dengan satu post di Fb yang cakap pasal anjing2 comel belaan orang. Nah aku quotekan untuk kamu baca juga.

Comelnya rasa macam nak peluk buat bantal tak pun cekak keliling tengkok.

Aku dengar hari ni ada event Touch The Dog.
Banyak juga gambar gambar di fb.
Cuma gambarnya (yang aku terjumpa lah) semua gambar dengan anjing top breed. Jenis baka mahal punya. Jenis bersih comel kiut miut.
Katanya program ni untuk create awareness tentang pentingnya mengasihi haiwan peliharaan dan janganlah menganiaya haiwan.
Jarang sebenarnya orang nak aniaya anjing top breed macam Husky atau German Sheperd atau Rottweiler.
Yang selalu kena aniaya ni anjing jalanan, homeless, berkurap, anjing liar kurus tak cukup makan, dan badan selalu dihinggap lalat.
Posing begambar dengan anjing yang di alam realiti selalu kena aniaya ni aku belum jumpa.
Berlatih untuk mengasihi haiwan yang selalu kena aniaya dengan simulation haiwan yang bukan kategori dianiaya, susah juga nak sampai maksud.
Memang namanya anjing, tapi ibarat manusia, mereka juga punya kasta hidup berbeza.
Make sense jugak kan?

Cukuplah setakat ustaz2 buat pengisian dan menerangkan cara2 mensucikan najis anjing atau babi, atau menerangkan dari mazhab mana yang dikatakan anjing atau babi itu tidak najis, dan sebagainya.

Nanti bila ada suatu hari, anjing terjun bangunan dan dibawa angin, tertimpa kepala kita, masa tu kita tahu "oh ustaz pernah kata dulu anjing kalau kering sama kering tak najis tak perlu cuci" atau yang seerti dengannya.

Lagi satu, perlukah pergi beramai2 pegang anjing semata2 sebab nak tunjukkan yang anjing ni tak berbahaya, comel, boleh dibelai dan disayang et cetera?

Tak lama nanti ada pulak program "I wanna touch a gay" sebab nak tunjukkan yang gay ni tak berbahaya, comel, boleh dibelai dan disayang. Lepas tu ada "I wanna sip a beer" sebab minuman beralkohol kalau kurang dari 0.5% tidak dihukum arak (correct me if I'm wrong about the content but you get the idea).

Or maybe even worse? Fornication? Murder? God forbid. 

Stand aku mudah. Lepas ni kalau nampak anjing, tak perlu freak out sebab dah ada alim ulama ulas panjang lebar. Otak ada boleh apply mana yang bersesuaian. 

Anjing kalau nak bela bersebab (jaga rumah, berburu, tolong orang buta etc etc) dibolehkan, bahkan wajar sebab kadang2 manusia pun bukan boleh harap sangat.

Kalau nak dibuat pet, sebaiknya tak payah. Kalau betul nak pet, belalah kucing dapat pahala sunnah lagi. Nak jadi hipster bela binatang rare macam2 ada biawak, ular, kala jengking, labah2, kutu, amoeba, paramecium, schistosoma, chlamydia, semua ada.  

Bila rasa nak menunjukkan empati kasih sayang terhadap haiwan, anjing terbiar kan banyak maka bagilah makan. Jangan disepak binatang tak berdosa itu. Mulut tu jangan guna nama anjing sebagai insult. Sebutlah babi sebab babi memang sudah meredhoi sejak azali. Kahkah.

Aku puji la uncle apa tah yang buat rumah kebajikan jaga anjing2 terbiar tu. Tak payah nak belai2 sangat. Bagi makan dan shelter cukuplah.

Ini tak. Jangankan anjing, kucing kurap di restoran pun dicaci dihina. Kalau anjing aku rasa memang tak boleh masuk area restoran pun. Konferm kena halau punya.

Who wanna touch these dogs? They're dogs too ffs.

I rather make it short but as you can see, you get what I mean, yes? This is an issue to be celebrated because people are more or less be more open to learn about this kind of stuff. Ada siapa ka rajin nak cari fiqh pasal anjing sebelum ni?

Bila timbul isu ni, terus haaa bercambah dalil sini sana semua pakat jadi mufti. Baguslah ada jugak input2 walaupun tujuan asal cari hukum ialah sebab nak bercantas sesama sendiri. Eiii manusia pun kerja nak bergaduh. Malu la sikit dengan anjing.

oktengsbai.

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: