Pemollow

THYB on Facebook

Friday, September 12, 2014

Sifat manusia itu, kekadang dia tunggu tuhan bagi apa yang dia nak dulu, baru dia ingat nak bersyukur...


Assalamualaikum. Hye.

... itupun kalau dia ingat. Kalau dia tak ingat pun tak apa. Tuhan masih sayang. Untung jadi manusia. Tambah2 pulak umat nabi Muhammad.

Hari ini tuhan ajar aku untuk rendahkan ego. Tuhan juga ada bagi hint kasi aku rasa malu sikit sebab lambatkan solat. Semoga lepas ini akan lebih istiqamah solat awal waktu. Better yet, berjemaah di surau.

***
Bangun pagi lewat, aku solat Subuh di rumah saja. Lepas solat buka komputer, tengok apa yang ada. Lepas browse sikit2, keluar notification TEdata yang quota bulanan dah habis. Speed internet akan menjadi slow gila babi yang mana kalau ada babi yang waras menyaksikan betapa slownya internet itu, maka ia akan menjadi gila.

Boring, aku pun tidur balik. Bila bangun dah zohor. Waktu aku dengar azan tu aku masih mamun2 mamai2 mengeliat2 rasa nak tidur balik pun ada. Lagipun kalau aku nak keluar, aku nak mandi apa semua dulu. Tak sempat pun nak siap untuk berjemaah di surau. Aku pun take my time dan bersiap2 seperti biasa, tak kalut2 pun. Solat Zohor di rumah juga.

Guna internet dengan speed slow gila babi itu, apa pun tak boleh buat. Buka Fb pun sangkut. Tengok 9GAG pun tunggu punya lama. Kalau aku ni mayat, which ironically I am, dah lama aku mereput.

Cakap pasal internet slow, ada orang share benda ni di Fb. 


Aku pun share status berbunyi seperti berikut;
"Aku rasa ini pasal internet. The difference is... Maturity? SALAH.
The difference is stable and fast connection. Bila internet laju, buat apa pun senang habis cepat tak payah tunggu lama2. Hati pun tak sakit mulut pun tak mencarut.
Tapi bila internet slow, putus2 pulak tu, maka masa banyak habis tunggu page loading, apa pun tak siap, hati panas membara syaitonirrojim pun mencucuk2 maka bertaburanlah babi keluar dari mulut. Gittew.
=p"


Switch guna broadband, Vodabi (Bodofone bak kata Aiman) pun dua kali lima juga. Cikai betul ISP di Mesir ni. Tengok balik trade2 Dota semalam yang aku buka untuk cari offer bow Windrunner, satu pun takda orang reply. Cis. Dah la nak refresh page tu ambik masa bertahun2.

Petang itu, tiba2 ada orang buka trade, dia ada bow Windrunner yang aku tengah cari, dan dia nak dua item Invoker, iaitu Cape of Arsenal Magus dan Crest of Magus Magnus. Dua2 item aku tak ada tapi aku rasa kawan aku ada. Maka aku pun stalk inventory mereka. Siap tanya lagi mana yang online. Maka, Asarku juga di rumah.

Lalu aku pun pinjam lah item itu dari Rahman dan Ihsan. Aku syak dua orang tu mesti macam "Eh eh eh budak ni, mesej orang sebab nak mintak barang bagai... bukan nak tanya khabar ke apa... choih!" hahaha. Sorilah wahai sahabat. Ketahuilah aku sendiri segan sebenarnya nak mintak tu. Tapi disebabkan teringin punya pasal aku gagahkan jua.

So aku pun trade item tu dengan kawan aku, pinjam sekejap simpan dalam inventory aku, sambil aku offer kat budak tadi yang offer bow tu. Aku add dia. Nama dia Placebo (bukan nama sebenar, nama ID Dota dia la takkan tu pun kena bagitau?).

Crest of Magus Magnus

Cape of Arsenal Magus

Aku pun tunggu. Sambil2 tunggu, rasa macam "eh better aku pergi topap wifi, alang2 keluar tu boleh singgah solat Maghrib sekali di surau... sekarang baru pukul 7... sempat la..." so aku pun keluar rumah sambil memasang Momo di telinga kanan dan kiri. Untuk pengetahuan, Momo ialah nama yang aku kurniakan kepada mp4 player aku.

Kedai pertama yang aku pergi ialah kedai topap dekat2 Zizo sebab selalunya kedai tu lah tempat aku beli kad topap. Kedai tu ada mesin Fawry so boleh ja nak topap TEdata di situ. Aku nak topap LE75 saja sebab masih tengah bulan dan bukan nak renew subscription pun cuma nak extra GB. Kalau nak renew monthly bundle tu baru bayar LE150.

Tapi entah kenapa tadi, brader yang jaga kedai tu tetiba perangai dia jadi bodoh sial babi anak haram jadah sampai aku pun emo. Selalunya tak pernah ada masalah tiba2 malam ni macam2 masalah pulak. Masa aku tengah bertekak dengan dia azan Maghrib berkumandang. 

Aku malas nak layan (more accurately aku tak faham dia kata apa) so aku patah balik ke arah rumah tapi instead of balik rumah, aku pergi kedai lagi satu. Kedai ni jauh almost sampai ke hujung simpang. Aku pergi juga sebab malas nak tunggu lama2 nak topap cepat2 supaya nanti boleh guna internet wifi sebab internet broadband terlalu cibai sifatnya.

Kedai tu pun sama juga. Tak bagi aku topap LE75 nak aku bayar LE150 juga. Dalam hati aku dah mencarut2 apahal pulak tak boleh berbulan2 aku buat selalu boleh saja pun TEdata ni tukar polisi ka apa?

Nak tak nak, aku terpaksa pergi ke kedai dekat rumah aku yang aku pernah berjanji takkan menjejakkan lagi kakiku ke situ ecewah. Kedai tu, aku ada suatu kenangan yang tak berapa indah sebab tu aku malas nak pergi. Untuk maklumat lanjut sila rujuk entry ini. Rujuk tau jangan tak rujuk. Kahkahkah.

Aku masuk kedai tu tak senyum sikit pun. Masa di kedai tadi, pakcik itu (pakcik yang sama) juga kata tak boleh topap LE75. Tetiba aku sebut satu perkataan yang aku tak sebut masa di kedai yang awal2 aku pergi.

"Idhofiyah".

Pakcik tu pun klik2 mesin Fawry dia, dan dia tunjukkan aku berapa yang aku nak. Aku pun tunjuk LE75. Bayar dengan LE100, ambik baki, balik rumah. Guess what? Yeah you guessed right. Maghrib aku di rumah jua.

Sambil melayari lautan internet menggunakan broadband yang sungguh terfaktab itu, aku sekali sekala switch juga ke wifi Badariah (nama wifi aku) untuk test sama ada dah laju atau belum. Selalunya ambik masa juga. Kadang2 laju ja speed dia jadi normal balik. Kadang2 sehari dua. Aku pun tak pasti so aku check juga.

Buka 9GAG, masih loading macam siput babi. Buka Fb, masih loading separuh newsfeed. Refresh page trade Dota, still tak ada reply untuk offer aku. Si Placebo yang aku add tadi tu pun, masih belum accept friend request aku.

Dekat nak Isyak tu, aku buka Mangastream. PUP! Satu page loaded sekelip mata sepantas cahaya menerobos angkasa hamboi haih.

Aku tutup software broadband. Aku refresh Fb, aku refresh 9GAG, aku refresh trade Dota. Laju. Hatiku berbunga2 bagai melihat cinta hati dari suatu sudut yang aku nampak dia tapi dia tak nampak aku. Stalker punya perangai. Kahkah.

Aku pun terus offer untuk bow sambil menunggu Placebo untuk approve. Tapi dia tak approve2 pun. Aku rasa dia ignore request aku. Entahlah kalau tengok trade dia pun 3 hours ago so maybe dia memang tak ada depan laptop kot. Tapi Steam status dia online so kalau aku add dia mesti dia tahu. 

Tak apalah. Aku simpan dulu item kawan aku tu, maybe Placebo akan respon juga nanti walaupun lambat. Tiba2, "berlaku sesuatu yang TAK DIJANGKA!" *sila baca dengan nada Melisa Maureen dalam iklan Fair and Lovely kalau kamu ingat kalau tak ingat sila abaikan* dan azan Isyak pun kedengaran.

Ada satu orang ni, aku offer dia benda yang sama aku offer orang lain iaitu Mega Kill Announcer Clockwerk yang aku dapat daripada kotak naik level. Dia reply offer aku sambil tulis "added" dan lepas tu dia add aku.

Aku pun excited bagai melihat cinta hati dari suatu sudut yang aku nampak dia tapi dia tak nampak aku. Huehue. Aku approve sambil buat2 tanya dia dengan cara yang aku selalu buat iaitu hantar mesej dengan simbol "?" semata2.

Lepas tu kami pun trade. Mula2 tu tak boleh nak buka trade window aku pun tak tahu kenapa. Dalam hati aku tak putus2 berdoa supaya dia tak ubah fikiran. Aku pun send Steam offer sebab dah tak boleh trade secara online maka aku buat offline trade lah.

Dan dia pun accept trade tu. Notification keluar. You have 1 new item in your inventory. Lyralei's Breeze. Auspiciouslah tapi. Untuk pengetahuan, kalau ada tag Auspicious, Cursed, Frozen apa semua tu maksudnya demand item tu rendah. Tapi tak apa sebab aku nak guna dan simpan bow tu. Bukan nak jual pun.

Awwww yeaahhh!

Masa tu surau dah iqamat untuk solat Isyak. Aku pula masih senyum2 sendiri sebab dapat item yang aku cari. Aku buka balik offer2 semalam, aku delete satu2. Lepas siap delete semua, aku diam sekejap. Kepala terdongak sedikit. Perlahan2 aku lepaskan nafas.

Aku bangun, pergi tandas, ambil wuduk, pakai seluar, masukkan kunci rumah dalam poket. Masa aku keluar tu, Muiz jiran atas rumah pun keluar juga. Aku sempat berjemaah Isyak walaupun masbuq rakaat kedua.

***

So adakah kamu dah baca entry yang menerangkan kenapa aku benci kedai dekat rumah aku tu? Ceritanya, walaupun ada kedai lain yang better at giving services, tapi last2 kedai yang aku benci tu jugak yang bagi internet aku laju balik.

Aku rasa tuhan nak ajar aku supaya jangan jadi sombong. Lagipun dia salah topap henset aku LE15 tapi kredit LE15 tu aku boleh guna juga bukannya bayar LE15 dia kreditkan LE10. Tahan lagi sampai hari ni. As if bukan salah dia pun tapi aku nak marah lebih2 buat apa. Macam tu lah lebih kurang kot mesej dari tuhan.

Tak penting pun kedai tu, tapi mungkin penting bila aku terpaksa deal dengan manusia lain bila berlaku situasi yang sama.

Lepas tu, aku rasa sungguh malu. Seharian aku ada masa untuk ingat tuhan, dia pun ingat aku dan panggil aku menyembah dia. Bukan aku tak dengar tapi aku pekakkan telinga. Aku cacatkan diri aku sampai tak bergerak. Duduk rumah tak keluar. Bila keluar pun pergi buat benda lain bukannya nak pergi rumah dia.

Lepas dia dah bagi aku internet laju, dan item yang aku dok teringin sangat, padahal item Dota saja pun, bukan bernilai sangat, barulah aku terhegeh2 nak ingat dia. Oh ini dia bagi. Maka aku kena bersyukur. Apa yang aku kena buat? Pergi solat berjemaah?

Dan bersolatlah aku Isyak itu sambil rasa malu yang amat. Betapa aku sebagai hamba memerlukan nikmat yang aku nampak sebagai sebab untuk aku bersyukur padahal selama ini dia bagi beribu nikmat tapi aku macam tak peduli pun. Siap bermaksiat lagi.

Kerdilnya diri. Tuhan, ampunkan aku. 

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: