Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, September 27, 2014

Misi


Assalamualaikum. Hye.

Aku ada la simpan harapan agar blog aku ni cepat loading, laju, ringan, senang orang nak baca, etc etc etc.

So aku pun mencarilah template2 blog di internet. Siap dengan kata kunci "fast loading blogger template" tapi website yang aku buka tu pun loading dia lagi lambat dari blog aku. Sungguh ketara ironinya di situ.

Bila dah jumpa template yang aku agak berkenan, aku pun download. Lepas backup blog asal, aku pun terai la template baru tu.

Lawa memang lawa. Boleh tahan la. Siap ada built in Like dengan Share button. Tapi ruangan komen dia serabut sebab rapat2 sangat. Dan dia buang almost semua widget2 lama aku. Hati mana tak membara kan.

Aku pun upload la balik coding lama. Lepas tu...

Everything was messed up, widget ke mana apa ke mana. Backup jadah apa tah camtu. Siot betul. Haaaaa geram sungguh.

Jadi aku pun kena buat balik bloglist, cari balik plugin Fb, nak letak kotak soalan (tanya la soalan wey tanya la wey tanya la tanya la wey wey tanya la wey kahkahkah) dan lain2.

Alang2 terpaksa menggodek balik semua itu, aku bercadang nak kemas kini entry2 lama. Nak delete entry yang bodoh2 yang tulisan besar kecik warna warni apa semua tu. Hahaha bila buka balik rasa macam nak tutup muka dengan periuk sebab malu.

Walaupun itu tujuan asal aku tulis blog, tapi aku rasa yang memalukan dan yang tak best tu wajarlah letak tempat lain kot. 

Misinya ialah menjadikan blog ini lebih teratur dan tak ada lagi entry2 zaman jahiliyah blog. Jahiliyah blog maksudnya yang tadi itulah tulisan besar kecik warna warni apa semua tu. Sekarang ni pun bukannya better sangat tapi ok sikitlah kan.

Aku masih mengekalkan nombor 2 pada hujung perkataan yang digandakan sebab nak menerapkan ciri2 tulisan jawi sebagai contoh berhati2, buah2an,  dan lain2. Kot lah ada orang yang tertanya2 kenapa aku suka tulis macam tu kan haaa itulah alasan dia. 

Power tak? Kira macam nak asimilasi tulisan jawi dan rumi lah. Tak apalah. Long live Sesedap Oren. Manse manse manse hamboih nak habaq dia tengok Running Man lettew. Kahkah.

So kalau ada sesiapa yang nak kongsi tips/template/cara nak nak bagi blog jadi ringan, laju, dan cepat loading, bolehlah share. Sambil2 tu aku nak buang entry2 lama yang berratus2 tu.

Punya berlambak kerja lain aku ada, yang ini jugak aku nak buat misi. 



Haih oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: