Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, September 17, 2014

Di Antara Bintang2


Assalamualaikum. Hye.

Aku sudah ada album baru Flyleaf. Sebagai peminat setia yang tak berapa nak setia (dan tak cukup kaya) maka aku download saja. Memadailah.

Ini ialah album pertama Flyleaf tanpa Lacey Sturm yang sungguh legendary goddess itu. Amboih goddess baq hang.

Semenjak Lacey meninggalkan band itu sebab nak fokus keluarga (tapi masih buat show sebagai artis solo) band tu frontwoman dia diganti oleh Kristen May yang boleh tahan laaa tapi honestly Lacey is much better tapi Kristen pun not bad la cuma Lacey lagi best tapi Kristen pun ok well you got what I mean, yes?

Aku rasa album tu not bad la walaupun kedengaran lagu2 dalam tu dah semakin pop daripada rock. Suara Kristen pulak walaupun sedap tapi suara Lacey lagi power. Lagi satu, Lacey menjerit sendiri dalam lagu dia Kristen pulak ada orang lain kena jeritkan.

Well, aku yakin semua peminat Flyleaf terpaksa mengaku yang walaupun Kristen sudah berusaha tapi Lacey itu irreplaceable. Nak buat macam mana kan. Move on sajalah.

Bye Lacey. You will be missed. Hi Kristen.

Track by track, album ni sangat diversed. Aku suka kepelbagaian bio (?) dalam album ni. Lagu dia ada yang rancak, ada yang slow. Sesetengah lagu ada bridge dan sesetengah lagi tak ada so it's well made lah.

Bermula dengan Set Me On Fire, lagu ni ada reminiscent unsur2 Flyleaf yang dulu2. Macam rock sikit, pop sikit, aku rasa boleh compare dengan lagu Again, New Horizon, etc.

Lirik yang menjadi tajuk album ni, "Between the stars" ada dalam lagu bertajuk Magnetic. Chorus dia agak lain semacam tapi it's interesting in a weird way.

Traitor dan Platonic agak sama dengan SMOF iaitu bunyi dia ada sikit2 macam Flyleaf punya signature material. 

Lepas tu lagu jadi agak slow dengan track Head Underwater. Tapi slow2 pun masa early part saja. Lebih kurang macam My Immortal (Evanescence) la arrangement lagu ni.

Then it starts to go softer with Sober Serenade. Lepas SS, semua lagu favourite aku. Thread, Marionette, Well of Lies, dan City Kids. Probably sebab aku pernah dengar live version lagu2 tu semua so aku attached la sikit kot.

Chorus lagu Thread dan Marionette bagi aku paling best dalam keseluruhan album. City Kids best highlight walaupun ada screaming part yang agak awkward sebab macam tak kena tempat. 

Inilah bezanya dengan Lacey. Lacey kalau dia screaming selalunya ada emphasis di mana2. Screaming dalam CK is more like, random? I don't like. Personally rasa lagu tu macam cacat sikit sebab ada part menjerit tu.

Lepas tu dua lagu last dalam album ni iaitu Blue Roses dan Home. Sounds more pop macam Hey Monday atau Paramore sikit2. Tapi dua lagu inilah yang membuatkan album ni stands out dan begitu diversed.

Overall, lagu2 dalam album ni ada positive messages dan tiada langsung perkataan Jesus. Dulu rasa macam tak selamat aqidah dengar lagu Flyleaf sebab sikit2 Jesus, sikit2 Jesus. Kahkah.

Cumanya, unsur ketuhanan masih ada tapi tidak ketara macam dulu. Banyak lagu dalam album ni stands for different interpretations, macam lagu Circle dari album Memento Mori. 

Instead of terang2an sebut Jesus, lagu2 baru ni more open lah untuk pendengar relate dengan apa. Boleh jadi kekasih hati, diri sendiri, atau tuhan. Gittew.

Oleh kerana aku melanun versi special version so aku ada 4 extra tracks iaitu Avalance, Ship of Fools, Tied to the Broken, dan City Kids versi live. Lagu2 bonus tu boleh tahanlah juga. 

Personal rating : 4.25/5

Favourite song : Set Me On Fire, Thread, Marionette, City Kids

Good listen : Head Underwater, Blue Roses

Cover album

Keseluruhannya, aku masih suka Flyleaf. Lagu2 baru almost semuanya best dan boleh didengar tanpa rasa nak skip. Cumanya aku masih terbayang2 how heavenly will it be kalau Lacey yang menyanyi dalam album ni.

Try imagine lagu Marionette atau Thread dengan suara Lacey. Huuiii tak pun City Kids yang buat screaming part tu Lacey sendiri. Must be perfect.

Tapi tak apalah. Dia sudah tiada. Redho je lah. Huhu. Kristen pun Kristen lah. Kata peminat kan so no matter siapa yang jadi frontwoman Flyleaf is still gonna be Flyleaf.

Sekian review lopek oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: