Pemollow

THYB on Facebook

Monday, August 11, 2014

Harom mutlaq abadan abada


Assalamualaikum. Hye.

Dunia hari ini, kesucian Islam telah tercabar dengan proses yang aku namakan halalisasi

Ini ialah proses yang mana perkara haram menjadi semakin halal dengan peredaran zaman dan perkembangan semasa. Hipotesis dia, "semakin lama masa semakin halal semua benda".

Hipotesis di atas telah hampir terbukti dengan apa yang berlaku ke atas perkara haram yang besar seperti arak, zina, aurat, dan sebagainya. Perhatikan huraian di bawah.

Arak, sebarang minuman yang memabukkan kerana mengandungi alkohol. Pendefinisian ini sebenarnya awkward sebab as if alkohol saja yang buatkan arak jadi haram. Sebenarnya, minum milo pun kalau memabukkan jadi haram juga. 

Bahkan, benda tu bersifat individu. Katakanlah orang lain minum air kopi tak pernahnya nak mabuk, tapi ada Individu X ni, bila minum kopi, dia mabuk, maka haramlah kopi buat Individu X. Tapi kalau dah benda itu arak, ada Individu Y ni, minum arak tak mabuk, tetap hukumnya haram juga. Sila rujuk ustaz/ah berdekatan untuk pemahaman yang lebih jelas.

Tapi, lately, ada minuman yang mengandungi alkohol, tetapi diisytiharkan halal sebab dalam kadar beberapa peratus tertentu, minuman itu tidak memabukkan walaupun ada alkohol. Inilah halalisasi.

Zina, hubungan seks antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan pernikahan yang sah. Mungkin halalisasi belum sampai ke tahap menghalalkan zina tetapi apa yang kita boleh perhatikan sekarang yang sudah menjadi halal ialah benda yang mendekati zina iaitu budaya couple.

Mak bapak zaman sekarang ini, dah tak kisah anak2 berkapel sana berkapel sini. Tengok Facebook anak ada gambar dengan pakwe/makwe masing2 mak bapak boleh buat cool lagi. Mungkin mereka merasakan anak mereka itu terhangat di pasaran dan ada market yang tinggi sebab tu ada pakwe/makwe. Memalukan betul kalau ada mak bapak jenis ini.

Bila pergaulan bebas sudah bukan perkara janggal, inilah halalisasi yang berpotensi membawa kepada zina. Kalau Zina the Warrior Princess aiyiyiyiyi tu tak apa lagi. Ni zina dosa besar yang ada disebut dalam Alquran. 




Pastu pasal aurat. Walaupun aku agak skeptik ada yang mahu bangkitkan isu aku baru saja share video yang mendedahkan aurat di atas tadi, aku tak mahu justify apa2 sebab aku rasa aku tak perlu. 

Tapi, sesempurna mana pun ajaran yang disampaikan kepada anak2 kecil, bila besar nanti jadi bangang juga bila sampai bab aurat ni. Budak lelaki, yang auratnya senang dijaga, bila dah masuk sekolah asrama, lepak sama2 kawan, dia pakai seluar pendek juga. Alasannya sama2 lelaki.

Itu baru budak lelaki. Budak perempuan aku malas nak cerita.

Fesyen ialah halalisasi untuk mendedahkan aurat. Fesyen terkini makin banyak yang kononnya trendy dan terbaru tapi banyaknya nak mencabar agama juga. Yang lebih mencabar sebenarnya bukanlah fesyen yang mengarut tapi manusia yang menganut agama itu sendiri.

Bila dah agama bagi guideline nak berpakaian macam mana, dia still nak cari baju yang bertentangan dengan apa yang agama ajar. Lepas tu nak kata orang yang ikut agama tu kolot lah apa, tak bebaslah bagai. Padahal dia yang mangkuk. Aku akan cakap pasal benda ni dalam entry lain.

Rokok? Ada ostad kata makruh ja. So boleh pakai fatwa ostad tu kalau dah gian sangat nak merokok. Ini pun halalisasi jugak, to some extent.

Jadi, adakah hipotesis "semakin lama masa, semakin halal semua benda" boleh diterima? Jawapannya ialah... jeng jeng jeng... drumroll....

TIDAK!!!!!!

Kerana masih ada perkara haram yang tidak terkesan oleh halalisasi, walaupun berapa lama masa berlalu. Benda ini terlalu haram. Harom mutlaq abadan abada. Apakah benda itu? Yang terpaling haram tak lain tak bukan pastinya ialah BABI!!!

Hoyeah. Babi ialah unsur terpenting dalam dunia halal haram terutama di Malaysia yang mana apa2 saja yang berkaitan babi ialah haram terbesar dan terulung. Aku rasa di mata rakyat Malaysia, zina itu lebih halal berbanding babi. Babi itu, terlalu... haroommm.

Who could ever forget isu Cadbury dan DNA babi? Dialisis cuci darah dan jihad ke atas Cadbury jangan saman sejuta Cadbury bersin saja? Well, siapa sangka Cadbury cari pasal sekali lagi? Aku browse Facebook dan nampak orang share benda ni sampai aku rasa aku nak tulis entry.

FYI, cadbury buttons tu ialah coklat, bentuknya bulan dan leper macam butang. Dia letak gambar2 kartun di packaging dia macam2 binatang ada dan buttons tu jadi mata yang besar dan comel.

So dalam banyak2 binatang tu ada la babi. Maka haramlah coklat itu kerana packaging dia ada gambar kartun babi. Kahkahkah. Sungguh bangang sekali. Kalau browse komen2 di Facebook tu, siap ada yang tanya "dah tahu ada gambar babi yang kau beli jugak tu dah kenapa?" as if, kalau packaging dia tu ada gambar babi, so dalam tu ada isi babi lah ea?

Aku ingat budak2 kecik saja yang terkesan dengan bungkusan menarik pelbagai warna dan corak lepas tu kena tipu dengan bungkusan yang ada macam2 tapi bila buka habuk saja yang serupa. Kalau bungkusan tu melambangkan isi, dah lama aku beli mainan TORA datang lagi sebab dalam tu ada banyak mainan best2 menurut kotaknya lah.

Ada 6 bungkus coklat. Satu saja yang haram. Kahkahkah.
Ok so kita ada enam bungkus. Sebungus tu ada isi burung hantu. Sebelah dia tu ada isi monyet. Sebelah tu lagi isi kucing. Ada jugak yang berperisa panda dan penguin. Tapi yang haram satu ja iaitu yang ada babi tu. Eh tapi daging monyet, penguin, panda, kucing, burung hantu, halal dimakan kah?

Samalah macam budak2 terencat akal yang pergi main mesin tikam keluar bola kapsul yang dalam tu ada benda tah apa2 tapi dia tikam jugak sebab ada gambar video game kat mesin tikam tu. Kan sungguh bangang sekali kedengarannya? 

Fine, kalau kita nak jaga diri dari perkara syubhah, nak elak consume Cadbury sebab pernah ada isu DNA babi tu. Bagus jugak tu. Tapi untuk menimbulkan isu based on the packaging, it's no longer a concern. It's now officially involving and driven by stupidity.

Balut sayur dengan surat khabar yang ada gambar babi tak menjadikan sayur tadi any less halal than before. Lain lah kalau balut dengan kulit babi. Tu pun sekadar jadi terkena najis. Boleh basuh, bukan haram dimakan pun.

Let's play a game. Aku cabar siapa2 yang baca entry ni (kalau ada lah) untuk sentuh gambar di atas dengan jari, tanpa glove. Aku boleh jamin ada sebilangan yang tak mahu sebab dalam hati ada waswas kalau sentuh gambar babi kena samak atau tidak. Kahkahkah.

Masalah orang Islam di Malaysia terutamanya, ialah terlebih sensitif hal2 berkenaan babi, tapi bab lain dia buat2 pejam mata. Kalau anak makan Cadbury, dia kecoh cari mesin dialisis tapi kalau anak tak tutup aurat, dia buat tak kesah siap tolong pergi cari baju2 tak cukup kain tu.

Benda haram jelas depan mata, buat2 tak nampak. DNA babi dalam coklat, sanggup guna mikroskop nak cari. Gambar babi di packaging? Ada babi dalam bungkusan tu oi. Jangan beli. Kahkah.

Ini ialah sensitiviti? Ini ialah berhati2? Nope. I call bullshit oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: