Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, August 26, 2014

Cara Berkhurafat Siber dan Terkini di Era Moden Globalisasi


Assalamualaikum. Hye.

Tajuk dah serupa usul perbahasan baq hang. 

Bila disebut khurafat, aku ada satu pengakuan. Kadang2 aku guna istilah khurafat arrasyidin sebab bunyi dia macam nak dekat sama. 

Respon yang aku terima sangat extreme sama ada orang tu rasa lawak maka dia gelak walaupun aku rasa takda lah lawak pun atau dia rasa aku memain2kan agama dan menghina khulafa' arrasyidin maka aku diberi tazkirah percuma.

Bila disebut khurafat juga, aku ada beberapa ritual amalan tertentu dan kepercayaan2 karut yang direka2 untuk dijadikan modal bersembang dan jenaka. Seperti tadi, ada orang take it as a joke as intended, dan ada juga yang menasihati aku agar bertaubat nasuha.

Antara amalan khurafat aku yang paling prominent ialah, bila ada sesuatu perkataan disebut serentak oleh aku dan seseorang, maka salah seorang perlu tepuk/sentuh/tampar/tempuh or whatever perkataan yang difahami yang merujuk kepada melakukan physical contact yang bersesuaian kepada yang seorang lagi.

Kiranya tak boleh la nak tendang ka, nak sepak ka, nak tikam ka tak boleh no no no. Just mild touch. Ini aku belajar dari kakak aku semasa kecik. Jangan hang cuba2 nak menafikan yang hang pernah ajaq aku kak lang. Kahkahkah haa sebut terang2 kat situ sapa dia yang ajaq.

Aku juga kalau nampak tahi lalat di lengan orang, maka kekhurafatannya ialah, orang yang tersayang akan mati di situ. Lebih kurang macam di pangkuan tangan dia la kat tempat tahi lalat itu maka di situlah orang tersayang mati. Ini sangat extreme level punya khurafat. Aku pun tak tahu aku dengar dari mana.

Khurafat seterusnya, aku malas nak sambung sebab banyak sangat nanti kamu kata aku cuba nak buat ajaran sesat ayah pin pula. So aku hentikan di sini.

Ok enough with the small talk. Dulu masa sekolah, aku agak suka dengan astroLOGI. Kalau perkataan itu terlalu hipster (which is not) mungkin perkataan horoskop lebih mesra alam.

Untuk pengetahuan anda, astrologi itu sifatnya terhina. Kalau nak yang sifatnya terpuji, astroNOMI. Haa yang tu ramai sungguh yang puji dan puja tinggi menggunung.

Sekolah langgan surat khabar dan oleh kerana aku tak baca sangat isi surat khabar, berita sukan pun aku tak lalu nak baca, berita artis budak perempuan kebas dulu, maka yang tinggal untuk aku baca ialah ruangan sudoku, komik, dan horoskop.

Sudah tentulah mereka2 dari kalangan BADAR akan memberi teguran separa berhikmah kepada aku. Ok yang itu aku tipu. Rasanya tak ada siapa pun larang aku tapi yang share pasal larangan2 khurafat tu banyak maka aku terasa lah tanpa perlu disuruh sebab ada iman dalam hati gittew.

Kita ni, bila dilafazkan perkataan "khurafat" itu, yang datang dalam kepala tak lain tak bukan mestilah benda2 bomoh seperti asap kemenyan, keris lama, limau purut, pulut kuning, telur ayam kampung dan jampi serapah dalam bahasa Jawa kuno tak pun siam.

Tak pun amalan2 serta pantang larang orang tua2 seperti anak dara jangan menyanyi di dapur nanti lambat ketemu jodoh, jangan duduk atas bantal nanti juboq tumbuh bisul, jangan tunjuk pelangi nanti jari kudung, dan sebagainya.

Orang juga ingat, dengan modernisasi, segala bentuk khurafat terhapus secara total. Ayat cliche ialah "zaman moden macam ni mana ada lagi benda2 macam tu" dan "dunia dah maju tapi masih percaya benda2 karut" dan yang seerti dengannya.

I beg to differ.

Pergi log in Facebook kamu masing2, tengok newsfeed. Kenali kawan2 anda yang sedang berkhurafat di alam siber. Khurafat, sekalipun zaman berganti zaman, ia berevolusi dan terus beradaptasi untuk kekal wujud dan dikhurafati oleh pengkhurafat2 yang kononnya sudah civilized tapi tetaplah terperangkap dalam kekhurafatan yang berubah bentuk.

FIND OUT WHO MISSES YOU THE MOST?
FIND OUT WHO CARES YOU THE MOST?
WHO HAS SECRET CRUSH ON YOU?
MARRIAGE PREDICTION?
FIND OUT WHICH CELEBRITY YOU LOOK ALIKE?
FIND OUT YOUR PROFESSION BY BIRTH?

etc etc etc.

Benda ni, sama ada dah jadi darah daging kita, atau kita dah terbiasa sampai dah tak jadi pelik, dah tak jadi khurafat lagi dah. Bahkan, kita justify benda tu sebagai "for fun purpose".

Aku mengaku, aku pun main jugak benda2 ni semua. Walaupun sedar, tapi buat juga. Biasalah kita kan manusia. Cumanya nak kata, it's very easy lah untuk kita terlibat dengan benda ni semua walaupun kita sendiri sedar benda tu *aku nak sebut salah tapi konferm ramai nak justify so faham2 sendiri*.



Reti2lah sendiri dan justifylah tindakan masing2 dengan apa rasional sekalipun. Kalau ada oang tanya nanti jawablah mengikut kepala otak masing2. Mungkin betul, benda ini bersifat relatif tapi aku rasa di zaman serba moden ni, orang dah tak main la tangkal azimat apa semua tu kan.

Nak khurafat pun up to date lah sikit oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

mama'snia said...

Aahaha..Kannn..khurafat sungguh

Salam kenal
Singah bw

Hikaru Yui said...

@mama'snia

wsalam. trima ksihlah sudi singgahnye.