Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, July 27, 2014

Ujian Ramadan dua ringgit setengah


Assalamualaikum. Hye.

Di Mesir, nilai matawang roughly ialah setengah dari Malaysia. Sebenarnya tak sampailah setengah tapi lebih kuranglah. Tak lari jauh sangat. Jadi dua ringgit setengah ialah lima genih.

Ujian tuhan kepada aku di bulan puasa ini, selain dari lapar dan dahaga, demam sakit kepala, tekak perit, orang rusia main dota noob macam bahabi, dan cirit-birit ringan setiap kali sahur dengan cereal, ialah kes tadi yang melibatkan lima genih.

Puasa dah nak habis, Ramadan dah nak berlalu pergi. Siapalah sangka di hujungnya bakal ketemu seekor babi berkaki dua? Tak sangka betul aku.

Ceritanya aku nak topap henset, mintak kredit LE10. Pakcik yang jaga kaunter waktu tu, dia bagi kod tapi bawah tu nilai dia tulis LE15. Aku ingatkan memang ada cas2 perkhidmatan ka tax ka apa tapi still bayar LE10 la. Balik rumah masukkan kod dia tulis Request not completed.

Aku pun pergi lah kedai tu balik nak suruh dia tengokkan kot2 ada masalah apa2. Sebab aku try banyak kali asyik not completed saja. Aku dah syak ada yang tak kena dengan LE15 tu.

Last2, brader yang selalu jaga kaunter tu mintak lima genih kat aku, katanya pasal dah kredited LE15 dalam henset aku. Bila nak check baki, tak boleh pulak. Etisalat pun satu bangang jugak. Padahal pakcik nyanyuk tu yang silap bagi, aku pulak nak kena bayar? Ini sungguh celabi.

Bila aku nak blah dari kedai bahabi itu, mulalah dia nak stall, pastu dok cakap pasal agama, tanya aku pasal Quran lah, Allah lah, solat lah, apa semua. Jadahnya semua tu? Bukan aku yang mintak kredit salah. Pakcik tu yang salah bagi aku pulak nak kena bayar? Hamboih.

Oleh kerana skill berbahasa Arab kurang cekap dan aku tak ada vocabulary nak insult dalam bahasa yang dia faham, sudahnya aku malas nak layan lebih2. Bayar jugaklah lima genih tu. Tu pun sebab dia kata dia check guna operator untuk tengok baki, dan ada suara cakap (aku dengar pakai loudspeaker) baki ialah LE14 lebih2 sebab check baki pun kena cas juga. Memang macam sial perkhidmatan telco di sini.

Maka aku pun blacklist kedai bahabi tersebut mulai malam ini. Walaupun aku selalu topap wifi di situ, tapi ada kedai Fawry lain tapi jauh sikit. Tak apa asalkan tak payah nak pandang muka brader dengan pakcik celaka tu. Buat kerja terhegeh2 bila silap suruh customer bayar. What the f...?

Aku nak berdoa ni bersempena malam terakhir Ramadan ini, dan aku anggap ini kes aniaya walaupun skala yang sangat2 kecil tapi still aniaya jugak ni. 

Doaku ialah agar tahun depan aku dapat jadi rajin dan belajar bersungguh2 dengan istiqamah, menjadi anak yang soleh, dan berjaya di dunia dan akhirat. Aku juga berdoa agar aku menjadi kaya raya serta sihat tubuh badan, dan dipertemukan dengan player2 yang ada otak bila bermain Dota dan bukannya noob bangang yang ambik carry bila tiada support dalam team.

SPOTCHECK! Ada tak yang ingat aku nak doakan kecelabian terhadap kedai bahabi tadi? Haaaa kalau tak ada baguslah tapi kalau ada maksudnya kamu mempunyai hati yang berdendam gittew. Sila minum air Zamzam dalam kadar kuantiti yang banyak untuk proses penyucian. Kahkahkah.

That retard doesn't worth my prayer. Lapar sangat lima genih tu? Hah ambik. Silap besar aku letak atas kaunter patut aku lempar atas lantai ja. 

Mots : Duduk di Mesir, belajarlah bertengkar dan mencarut dalam bahasa Mesir. Sangat berguna semasa menghadapi situasi begini.

Selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang. Lepas ni aku akan start nak blogging macam dulu balik. Well, there are stuff holding me back but it's all over now so I can move on.

Tapi fikir2 balik baru kena uji dengan lima genih dah geram sampai macam ni kalau nanti kena bom macam di Gaza tak tahulah. 

Haizzz lemahnya imanku oktensgbai

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: