Pemollow

THYB on Facebook

Monday, July 28, 2014

Rants on raya dan puasa yang tidak tipikal


Assalamualaikum. Hye.

...dan mungkin juga tidak menepati citarasa umum. Oh well, selalunya macam tu lah.

Dalam tiga, empat hari sebelum nak raya, atau masa Ramadan nak dekat dengan hari last, selalunya akan kemunculanlah di Fb post2 sebak menyayat hati tentang Ramadan. Sedih Ramadan nak meninggalkan kita.

Mungkin kerana iman aku yang setakat buku lali, tak pun setapak kaki sahaja, aku rasa tak sedih pun bulan puasa berakhir. Bahkan aku gembira lah nak raya. Bukankah hari raya disambut dengan gembira bak kata seorang penyanyi dalam lagunya yang klasik?

Kalau ditanya aku tentang apa yang paling Ramadan mengajar aku, mungkin jawapan biasa ialah erti kesabaran, merasai keperitan orang yang hidup susah, mengawal diri, menjadi hamba yang lebih bertaqwa dan sebagainya. Tapi aku lagi prefer mengatakan Ramadan ajar aku untuk berharap.

Berharap kepada Allah.


Banyak benda dalam puasa aku, yang serba tak sempurna, lopek, cikai, cokia, dan sebagainya. Malu sungguh kalau ada orang perhatikan puasa aku. Terlalu tidak sempurna. Tapi aku still mengharap.

Walaupun nabi pernah mengingatkan ada orang yang berpuasa cuma dapat lapar dan dahaga. Aku rasa puasa aku menepati sungguh ciri2 itu. Tapi aku still mengharap.

Mungkin ramai yang sedih bila bulan puasa bakal berakhir. Sebab mungkin mereka rasa puasa mereka juga tidak sempurna. Mereka mahu improve puasa esok. Tapi sama sahaja. Akhirnya bulan puasa tamat. Mereka pun sedih. Aku kadang2 rasa begitu juga. Tapi aku still mengharap.

Siapalah yang tak teruja dengan pahala wajib bagi melaksanakan ibadah sunat, dan pahala berlipat ganda melaksanakan yang wajib. Semua itu no more selepas Ramadan. Rugi betul tak ibadah sungguh2 semalam. Tapi aku still mengharap.

Berharaplah. Sebab puasa itu untuk tuhan, dan tuhan yang menilai sendiri. Sejijik mana puasa aku, aku still mengharap.

Mencarut masa main Dota, tengok cerita omputeh sementara tunggu berbuka, dengar lagu lepas baca Quran, layan Fb, 9GAG, Youtube, etc. Tapi aku still mengharaplah.

Sungguh, aku jeles dengan mereka yang qiyam penuh khusyuk. Aku qiyam cukup syarat ja. Lepas bagi salam terus ngadap laptop balik. Tu pun kalau qiyam. Haha. Khatam Quran, walaupun tak mula dari mukasurat 1, sambung di tengah yang dibaca dulu. Tu pun kalau khatam.

Tapi, aku still, mengharap.

Sebab kita nak apa lagi dari Allah, selain apa yang kita buat, Allah suka dan redha. Walaupun kita tahu kita macam mana, betapa tak sempurnanya kita. Tapi Allah lebih tahu, betapa ketidaksempurnaan kita itulah, membuatkan kita berharap kepada Dia.

Bila dah tiba hari raya, kita kembali macam dulu. Yakin kah puasa kita sebulan itu mampu menjaga kita untuk another 11 bulan, sementara nak jumpa Ramadan sekali lagi? Apa jaminan yang ada, kalau bukan pengharapan?

Amalan sedikit? Tak sempurna? Berharaplah. Tapi kalau amalan banyak? Dah dibuat sehabis baik? Adakah kita berhenti berharap?  Sebab berharap itulah yang kita ada. Harapan kita terhadap Dia. Bukankah tuhan itu sangkaan hamba terhadap Dia? Jadi, berharaplah.

Kerana rahmat tuhan itu lebih besar dari azabnya. Syurga tuhan itu lebih luas dari nerakanya. Keampunan tuhan itu lebih dekat berbanding murkanya.


Sebab tuhan kata 94:8 oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

6 comments:

Naja said...

Senang sekali membaca entry ni.. kejujuran itu seperti setitis embun menitik ke dalam hati, tenang dan nyaman walaupun isinya tidak menggambarkan 'tebal iman' Ramadhan.

Hikaru Yui said...

@Naja tengkyu =p

ayyub afandi said...

:')

Hikaru Yui said...

@ayyub afandi ayuubbbbb

falah said...

:D

Hikaru Yui said...

@falah

=p